Pembukaan

88 3 1
                                    

Sinaran matahari bersinar menyinari jalan raya seperti ingin mengisytiharkan sudah datangnya musim panas. Asfalt membakar membahangkan kepanasan, bercampur dengan aroma ombak,atmosferanya yang panas dan lembab.Apabila Cuaca musim panas yang memanaskan ini,kamu akan menjadi gila dengan kepanasan yang teramat ini.Serangan seksual,Perompakan,termasuklah kes pembunuhan-Aku tiada masa untuk menerangkan semua jenis jenayah yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai otak yang kepanasan.Kesimpulannya,Pada waktu begini pihak polis akan lebih berhati hati tentang perkara yang mencurigai.
...Kira-kira 10 minit lalu, aku sedar bahawa aku telah disalah anggap sebagai salah seorng daripada orang yang melakukan jenayah yang berat.

"..Nama,Kazami Yuuji.Alamat..Asato di wilayah Yamanashi..".Seorang polis Mengulang perkataan yang tertulis di atas kad pengenalanku.

Peluh gelongsor dari dahi ku sementara polis memeriksa kad pengenalan aku,polis yang berada di hadapan ku merenung tajam pada beg galas yang besar digalas oleh aku,kemudian polis itu menyoal aku.

"..Kamu datang sini Dari Yamanashi?".Soal polis itu.

"Ye".Jawapan daripada aku.

"Apa urusan kamu berada di bandar ini?Mengapa kamu menggalas beg yang besar gedabak ini...?Kamu mahu pergi ke mana ye?".Soalan kedua daripada polis.

"Seperti yang saya kata tadi,Saya sedang berpindah.Di dalam beg ini adalah semua barang kepunyaan saya." Jawapanku pada soalan polis itu.

"Jadi,apa alamat Baharu kamu?."Soal polis itu lagi.

"Saya sudah kata,Saya belum ada lagi.Jawapan saya tidak akan berubah berapa kali awak tanya."Terang aku.

"Kamu berpindah,tetapi kamu tidak tahu di mana kamu hendak berpindah?Baiklah,apa yang kamu tengah sembunyikan?Lebih baik kamu berterus terang sahaja?"kata polis.

Di mana kamu berasal?Ke mana kamu mahu pergi?Apa yang awak rancangkan apabila berada di sana?Berdasarkan konteks itu,semua soalan ini sememangnya agak falsafah,tetapi setakat mana soalan polis ini tanya padaku,soalannya agak biasa didengari.Daripada pandangan mereka,sesiapa yang berjalan tiada hala tuju dikira sebagai seorang penjenayah.

Termasuklah aku,menggalas beg yang mudah dilihat walaupun dari jarak jauh.Sememangnya mereka akan menahan aku disebabkan beg ku ini.

Ini ialah kerja mereka,..rasanya.Tetapi aku tiada masa untuk bermain dengan mereka ini.Aku membaca jam digital yang dipakai di bahagian kiri pergelangan tanganku.

"Maaf,Sebenarnya saya sedang bergegas.Saya memang tidak boleh melepak dengan polis yang membosankan.."Tegasku kepada polis itu.

"Adakah kamu mengejek saya..?"Tanya polis itu kemarahan.

"Polis yang membosankan membuktikan sesuatu bandar itu dalam keadaan aman.Ambillah kata - kata saya sebagai pujian."

Tidak boleh mengambil sindiran dari mulutku,polis itu menggigit lidahnya dengan tidak puas hati lalu memberikan semula kad pengenalanku.

"Baiklah,Encik kazami.Maaf atas kesulitan yang berlaku,tetapi bolehkah saya memeriksa beg yang awak galas itu?"kata polis itu.

"Saya tidak benarkan"Lantas ku menjawab.

"Mengapa?Ada sesuatu yang kamu taknak saya lihat?Mungkin, pisau?".Tanya polis itu.

"Saya tidak menggunakan mata pisau.Polisi saya.Baiklah,Adakah kamu beritahu saya untuk mengeluarkan semua barang saya serta merta?Ia akan mengambil masa satu jam.30 minit mengeluarkan semua barang ,30 min memasukkannya semula."Ujarku.

"Kalau begitu,Mari ke balai.Tiada sebab untuk berdiri di tengah panas ini.,bukan?Saya akan sediakan secawan teh ais dan kita akan berbual panjang."kata polis itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Le Fruit Le Grisaia[Malay]Where stories live. Discover now