MAS vs JAP

4 0 0
                                    

CERITA 1

Suasana pada malam ini kelihatan sangat indah dan tenang. Bintang-bintang di langit berkerlipan indah disertakan bunyi cengkerik yang mendamaikan. 'Malam ini mungkin hujan tak turun',getus hatiku. Melihatkan betapa indahnya panorama malam membuatkan kaki ini terdetik untuk melangkah ke ruang gazebo di hadapan rumah. Ayah dan ibu sudah lama terlelap dek keletihan kerana membeli-belah barangan keperluan siang tadi. Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. 'Sudah lewat malam',kata hatiku. Namun, mata ini masih tidak mahu lelap walaupun badan ini sungguh letih. Sudah beberapa minggu aku diganggu insomnia. Macam macam cara yang aku lakukan untuk membuatkan mata ini mengantuk namun tidak berjaya. Aku tahu kesukaran tidur aku ini disebabkan satu perkara yang berlegar-legar di fikiranku. Peristiwa lima tahun lepas terimbas kembali di minda. Ya! Aku tahu perkara ini yang sebenarnya membuatkan mata ini tidak mahu tidur. Perkara yang menjadikan aku seorang lelaki yang masih belum berkahwin sehingga ke har ini. Akhirnya, mata aku tertutup jua dek hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa. Aku terlena bertilamkan gazebo.


"Kirito, Kiritoooooo!!! Bangun, cepat. Kita dah lambat ni nak solat Subuh", Kejut teman sebilikku, Zamani. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala hijauku, bergegas ke tandas untuk mandi. "Nasib baik ada Zamani, kalau tidak pasti tak bersubuhlah aku. Lambat ke kelas lagi hari ni nampaknya",keluh hatiku.


Aku dan Zamani sebenarnya ialah wakil Malaysia yang mendapat pendidikan di Asian Gifted Centre (AGC). AGC ialah sebuah sekolah yang dikhususkan kepada pelajar di seluruh Asia yang mempunyai kepintaran luar biasa Di sini, kami diajar menggunakan kelebihan kami dengan cara yang betul. Setiap negara dalam Asia mempunyai wakil masing-masing di sekolah. Kami hidup berbilang bangsa. Bunyinya seperti PERMATApintar di Malaysia tetapi perbezaannya adalah berlainan negara, bukan negeri. Maksudnya, di sini lebih mencabar.

"Kirito, kau lambat. Habislah kau. Aku akan beritahu Mr. Pak", kata Asuna, seorang perempuan berbangsa Jepun yang memang menjadi musuhku sejak dahulu lagi. Dia ialah ketua MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang amat menyakitkan hati di AGC. Tugasnya adalah untuk mengambil nama pelajar yang lewat ke kelas dan menyerahkannya kepada Mr. Pak, guru disiplin AGC berbangsa Korea yang memang diakui ketegasannya.



Nampaknya, terpaksalah aku mendengar "ceramah" Mr. Pak yang panjang lebar sekali lagi selepas ini.


Aku berjalan ke kelas. Malas rasanya tetapi inilah beban yang harus dipikul demi negaraku sebagai seorang duta Malaysia. Sebenarnya, kehidupan di sini tidaklah seteruk mana tetapi dengan kehadiran perempuan Jepun itu membuatkan keadaan bertambah teruk. Apatah lagi, Asuna sekelas denganku. Sangat menyusahkan. Setiap apa yang keluar dari mulutnya pasti menyakitkan hati aku. Dalam kelas, aku selalu bertekak dengannya tentang semua perkara. Haluan kami sangat berbeza. Pro dan kontra. Ying dan Yang. Bagai langit dengan bumi. Dia selalu memperkatakan kebanggaan tentang negaranya yang pernah suatu ketika dahulu menjajah negaraku. Aku pula selalu mempertahankannya. Tidak akan aku biarkan maruah negaraku diinjak-injak oleh sesiapa, lebih-lebih lagi perempuan yang seorang ini.


"Kunnichiwa, Kirito",sampuk Asuna dari dalam kelas sebaik sahaja aku membuka pintu kelas.


"Jangan cakap dengan aku dengan bahasa Jepun kau tu. Kan aku sudah katakan aku benci mendengarnya", balas aku kasar.


"Kenapa? Bukankah nama kau pun dalam bahasa Jepun? Bencikah engkau terhadap bahasa nama kau sendiri? Ke, kau membenci diri sendiri? Hahahaha......", dia cuba menggunakan teknik psikologinya terhadap aku.

Short StoriesWhere stories live. Discover now