"Ni apa?" Tanya Akil. Di depan kami terhidang beberapa jenis lauk-pauk Melayu. Balik saja dari sungai, aku terus angkut mamat ni ke kedai makan berdekatan rumah. Macam-macam jenis masakan aku order. Khas untuk Tuan Akil. Muehehe
"Ni apa? Ni sambal belacan. Yang kuning tu, tempoyak." Aku terangkan satu persatu. Boleh ke ni dia makan tempoyak? Mehehehe. Tanduk syaitoonnn dah keluar.
Dia mengambil bau dari jauh. Berkerut-kerut dahi!
"Ni apa pulak?"
"Asam pedas ikan pari."
"Ni?"
"Rendang ayam."
"Ni?"
"Ishh asyik tanya je. Ni aku pulak nak tanya kau, kau duduk kat mana eh sebelum ni sampai tak tau makanan ni semua. Nepal? Bangladesh?""Ishhh, aku mana lah makan semua benda pelik ni. Aku English okey, makan daging je" Kata Akil sambil tayang muka poyo dia. Ergh.
"Eish! You girl, makan je. Habiskan. Semua." Hah. Padan muka dia. Habiskan lah semua.
"Girl what hah?" Dia pandang aku dengan muka tak puas hati.
"Dah rambut tu panjang macam pompuan, so what do you expect from me huh?"
"Em okey lah jadi girl. Daripada bini tarzan macam kau. HAHAHAHA." Ehh mamat ni. Dapat kat aku balik. Tak padan dengan hantu.
Akil abaikan aku yang sedang marah. Dia mula menyuakan ulam pucuk gajus ke dalam mulut. Hanya hujung daun digigit. Berkerut-kerut muka apabila dia mengunyah. HAHA! Mesti tak sedap kan? Mesti pahit kan? Aku saja je bagi dia makan ulam tu. Padahal aku pun tak suka. Saja menggedik bagi dia makan.
"Kalau tak sedap letak tepi. Makan lain." Walaupun pada mulanya aku memang nak dera dia, tapi aku tahu betapa seksanya kene paksa makan ulam. Sebab aku pun selalu kene paksa bila balik kampung. Maaf nenek. Fira tak suka daun tu.
"Fira?"
"Awat?"
"Apsal kau tak nak cari boyfriend?"Uhukkk uhukkk. Apa ni boyfriend pulak? Please lahhhh. Aku muda lagi okey. Nak enjoy puas-puas dulu. Baru fikir tu.
"Tak minat lah. Payah lah ada boyfriend ni. Nanti nak kene jaga hati dia, nak kene hadap cemburu dia, itu pun kalau tahan lama sampai kahwin. Kalau tak? Buang masa je. And one more thing, baru boleh enjoy flirting. Hahaha." Waa gedik sangat kau ni Fira!
Akil buat muka menyampah dia tu. Erghh macam lah aku nak flirting ngan kau. KLCC runtuh bina balik pun takkan!
♥
"Kalaupun kau boleh tembus dinding, besi, titanium bagai, don't you dare to get into my room. Faham Encik Akil?" Suara aku lantang memberi amaran. Seharian kami buang masa berseronok. Tapi Bumi mana yang tiada malam? Mana ada mata yang tahan ngantuk kan? Eh cakap je lah nak tidur.
"Ya, ya, ya, tau. Stop remaining me lah. I'm not like the other guys yang likes to take advantage of girl lah. Lagi pun..." Dia berhenti bersuara lalu memandangku atas-bawah-atas-bawah. Dah kenapa?
"... you are not my type, bini tarzan." Seraya itu dia berlalu pergi. Errrrgh! Tak habis-habis dengan bini tarzan dia tu. Aku hempas pintu bilik. Kuat. Tanda protes! Apa tak cukup cun aku ni? Sesiapa yang pandang terus jatuh hati jantung semua kat aku tauuu. Kau tu je yang rabun. Tulah, mesti sebab rambut panjang sangat. HAHA.
Papa baru telefon. Katanya balik seminggu lagi. Haih, rindu papa. Tapi takpa. Dapat lah aku habiskan masa lama-lama ngan Akil. Jujurnya, aku dah mula selesa kawan dengan dia. Mungkin sebab mulut dia yang tak reti nak diam dan perangai dia yang sporting. Buatkan aku pun rasa tak malu nak kawan dengan dia. Tapi disebabkan aku ni jenis senang suka dekat orang, i think i have a little crush on him. Eh ayat. Takpa abaikan.
Kalau diikutkan, memang tak patut pun aku suka dekat dia. Tapi nak buat macam mana? Dah dia tu comel. Kahkahkahh. Tapi, setakat suka macam tu je lah. Cinta tu... tak kot. Atau mungkin belum lagi? Entahlah. Aku tak berani ulas apa-apa. Takut nanti bila aku dah mula cinta kan dia, dia pergi tinggalkan aku...
Macam dia cakap dekat sungai tadi...
♥AKIL♥
Badan aku henyakkan ke sofa. Takut sangat aku ceroboh bilik kau. Buat betul nanti, padan muka. Ashfira... Ashfira... Sedap nama dia. Dia tak sama dengan mana-mana manusia yang aku pernah kenal dan jumpa. Memang ada yang lebih baik daripada dia, tapi tak sebaik Ashfira. Memang ada yang lebih cantik berbanding Ashfira, tapi tidak secantik Ashfira. Siapa tak suka Ashfira, memang menipu lah. Potong lidah!
Aku pun suka dia. Malah mungkin cinta. Sebab aku dah lama perhatikan dia. Cuma sekarang baru berani nak muncul. Tapi aku buang masa je. Makhluk macam aku ni takkan pernah dapat hidup bersama manusia. Apa tah lagi cinta. Aku sedar tu. Jangan risau. Takkan pernah sesaat aku lupa. Kalau aku suka dia, cinta dia, dia akan suka dan cinta aku balik ke? Tak pernah, tak mungkin dan tak akan.
Tak tak tak.
Jangan risau. Nanti aku pergi. Aku datang ni pun saja-saja je sebab bosan. . .
Mungkin.
✔
YOU ARE READING
Sesat Dalam Cinta ✔
FantasyLove sees no colour, age, weight, looks or whatever you are. It's only sees what's in your heart. Memang lah sees no differences semua tu, tapi kalau yang datang tu 'sesuatu' , boleh ke bercinta? Bahagia ke? Atau, hanya sesat dalam cinta? Sesat cari...