Cast:
1) Lisa manoban:
Gadis cantik yang pada mulanya nerd, baik hati, agak "boyish", dan merupakan seorang pelajar di sekolah menengah dan tidak mementingkan paras rupanya.2) jeon jungkook:
Rakan sekelas lisa yang memendam perasaan suka kepadanya, suka mengusik lisa, perihatin.3) bae suzy:
Kawan rapat lisa sejak kecil lagi, juga rakan sekelas, cantik rupawan dan merupakan budak popular di sekolah mereka.4) kim woo bin:
Sunbaenim mereka bertiga. Seorang yang kacak, lisa menyukainya sejak woo bin masih "Nerd" lagi. Menjadi playboy setelah berubah menjadi kacak,agak sombong.
Scene 1
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bermula setelah cuti pertengahan tahun.
Kringggg!!! Kringggg!!! Jam lonceng berbunyi itu menandakan sudah tepat pukul 6:00 pagi, "Lisa! Lisa! Bangun la dah lewat ni..nanti lambat pulak kamu ke sekolah nanti..cepat bangun"
kata ibu lisa ketika cuba menbangunkan nya.Lisa pun bangun dan bergegas bersiap sebelum ke sekolah. Setelah siap berkemas dan bersarapan ibu lisa pun menghantarnya ke sekolah. Tiba saja lisa ke sekolah suzy pun menghampirinya.
"Weiiiii,lisa lambatnya kau datang hari ni...kau dah siap tak kerja rumah yang cikgu beri?" Kata suzy.
"Aku terjalak tidur pulak tadi haha..mestilah dah sebelum cuti tamat lagi aku dah siap...haa kau dah siap ke?"
Kata lisa."Belum...haha sebab tu lah aku tanya kau sebab aku nak pinjam! Boleh yer?"
Kata suzy."Yela..yela...dah jom masuk kelas."
Kata lisa pulak.Tiba saja mereka ke kelas tiba-tiba jungkook pun muncul mengejutkan mereka.
"Hahhhh!!! Hai lisa!."
Kata jungkook sambil tersenyum.Lisa terkejut.
"Jungkook!! Kau ni tak sah kan kalau tak kacau orang? Tepilah!" Kata lisa dan terus masuk ke dalam kelas.
"Haa..aa..lisa marah! Padan muka...haha" Kata suzy pulak dan terus mengejar lisa ke dalam kelas.
"Haduiiii...apalah aku ni! "
Jungkook berbisik dalam hati.Masa pun berlalu dengan pantas...."Ring...gg!!!ring...gg!!!" Lonceng berbunyi, menandakan sudah tiba waktu rehat. Lisa dan suzy pun pergi ke kantin bersama-sama dan dalam diam jungkook mengekori mereka dari belakang. Jungkook sering cuba mendekatkan dirinya dengan lisa tetapi ada sahaja yang menghalanginya. Setelah sampai ke kantin jungkook pun membeli air untuk diberikan kepada lisa adakah usahanya itu akan berjaya?
"Lisa,nah air aku belikan untuk kau."
Kata jungkook"Susah-susah je kau ni terima kasih la ye...ibu aku dah bekalkan aku air tadi"
kata lisa sambil tersenyum."Kau tak nak ke lisa? Rugi nya..kasi aku la jungkook."
Kata suzy."Ek..elehh belilah sendiri"
kata jungkook. Lisa ketawa melihat kerenah mereka."Kedekut la kau ni...aku petik jari kang 10 yang datang bawa air tau!"
Kata suzy."Sudah-sudah lah gaduh tu yerr...cepat sikit makan masa dah nak habis ni" kata lisa.
Setelah mereka selesai makan mereka pun kembali ke kelas seperti biasa.
YOU ARE READING
3 Flavours Of Love♥
RomantikKisah cinta remaja yang penuh dengan perasaan 3 flavours of love? Macam mana perasaan 3 flavours of love tu? Apa akan berlaku pada lisa dalam mencari erti cinta yang sebenar. Sama ada mahu menunggu yang mengejar atau mengejar yang berlari laju. Kala...