BAB 1

400 7 0
                                    

Seratus tahun selepas Malaysia gagal mencapai Wawasan 2020, masa depan dunia kini turut mengikuti jejak langkah kegagalan aspirasi rekaan konglomerat politikus. Keharmonian dan keamanan dunia yang dicanang PBB kini hanya tinggal cebisan literal akademik yang dijadikan sebagai rujukan definisi pelajar untuk digunakan sebagai jawapan dalam kertas peperiksaan.

Dunia yang dulunya segar dengan tumbuhan malar hijau, kini ditransformasi menjadi padang jarak padang sintetik. Kesemuanya sintetik. Bermula daripada tumbuhan, tenaga kuasa, ubat-ubatan dan tidak terkecuali makanan.

Era kemajuan sains dan teknologi kini sudah ketinggalan zaman. Dunia kini tidak lagi memandang sains dan teknologi sebagai satu keperluan mendesak. Ini kerana orang awam biasa yang sedang terdesak!

NATO sudah dibubarkan. OIC berkubur kerana tidak lagi mempunyai keberanian untuk bertindak. Lagipun sejak bila pula mereka punyai keberanian sebegitu? NAM pula sudah hilang punca kerana negara berkecuali semuanya tengah menghadapi polemik pentadbiran dek perang saudara yang saban hari meletus. PBB sudah lama tidak berfungsi (dan sejak bila pula dia berfungsi dalam rangka kerja sebenarnya?!) kerana tiada lagi negara yang mahu menganggotainya.

Negara kuasa barat sudah pupus. Konotasi dunia tanpa sempadan kini menjadi kenyataan. Tiada lagi sempadan daerah, mahupun sempadan negeri. Nama-nama negara dan benua sudah dikikis dari peta dunia. Yang ada hanya satu iaitu DUNIA.

Pembersihan etnik ala Nazi dan ala tentera Serb kini menjadi tunjang kelangsungan dunia. Kesemua bangsa sudah hilang nama, termasuklah bangsa Melayu yang sering dimitoskan dengan ayat 'Takkan Melayu hilang di dunia' oleh Laksamana Hang Tuah. Yang tinggal hanya tiga puak yakni puak rakyat belasahan, puak pemberontak...dan yang paling berkuasa iaitu puak Bandit!

***

Di HQ Bandit, salah satu kawasan rahsia di Tibet...

Hari ini merupakan mesyuarat agung tahunan puak Bandit. Secara umumnya puak ini adalah gabungan beberapa kumpulan tentera antaranya konglomerat (yang ditaja oleh ahli perniagaan yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi berbillion ringgit), Jerusalem (yang dahulunya dikenali Zionis), dan kapitalis (serpihan tentera bekas negara kuasa besar sekitar abad ke-21). Walaupun dianggotai oleh kumpulan tentera yang berbeza, tetapi puak Bandit masih mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab mengatur koordinasi hubungan antara kumpulan tentera yang berada di bawah lembayung sayap puak Bandit. Seorang yang sudah tiada rasa simpati, yang sudah hilang gentar untuk mati dan seorang yang sanggup korbankan apa sahaja untuk capai apa yang diimpi.

Orang itu bernam Chief Sergei Musalini.

Sebelum usul perbincangan mesyuarat agung tahunan dibentangkan kepada para perwakilan, Chief Musalini memanggil Jeneral bagi setiap kumpulan tentera yang menganggotai puak Bandit untuk bermesyuarat. Lokasi mesyuarat itu 100 km jauhnya dari lokasi mesyuarat agung tahunan. Medium pengangkutan ke lokasi tersebut hanya menggunakan helicopter Eurocopter X3 yang boleh mencecah kelajuan 472 km/jam. Blueprint helicopter ini telah dirampas oleh tentera konglomerat pimpinan Jeneral Zakaria Gustov daripada kerajaan Perancis.

Chief Musalini memulakan mesyuarat dengan membentangkan beberapa siri operasi pembersihan etnik yang sudah selesai dan berjaya dilaksanakan. Antaranya pembersihan etnik Arab di kawasan utara Afrika, pembersihan etnik Mongol di Tibet, pembersihan etnik di Asia Tenggara, dan di sekitar negara Latin.

Sedang Chief Musalini ralit membentangkan kejayaan operasi yang dijalankan, Jeneral Ben Rabi dari tentera Jerusalem angkat tangan minta izin mencelah. Chief Musalini menghentikan pembentangannya dan memberi ruang kepada Jeneral Ben Rabi untuk bersuara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(Preview) ROMAN CELAKAWhere stories live. Discover now