Epilog
Kelam , sunyi , busuk , rimas . Aku kat mana ? Aku berdiri lalu menepuk habuk yang terlekat di baju dan seluar yang aku pakai .
Ahhhh . Ini bukan kali pertama aku kenali tempat ini . Sejak aku dan kawan-kawan aku pergi bercuti di kawasan air terjun . Aku bosan dengan mimpi yang tak pernah habis ini . Tolong siapa-siapa di alam sana kejutkan aku bangun . Situasi ini sungguh merimaskan .
Sejuk tapi aku berpeluh . Bau hanyir menusuk hidung . Ala ala bau darah yang sudah lama .
Bab 1
"Fiq .. Fiqq . Bangunlah . Kita dah lewat kot nak pi kelas . Hang ni suka tiduq mati"
Suara housemate aku memanggil . Terasa kebas pipi . Bangang lah wan ni , sakit pipi aku dia tampar . Kejut apa macam ni . Aku bangun perlahan-lahan sepak kaki dia . Terus aku meluru masuk bilik air . Terdengar suara dia menjerit di luar bilik air .Aku tahu aku dah lewat . lecturer cina tu sah akan bising nanti bila aku masuk lewat kelas dia .
Aku dan wan lari seakan akan kena kejar hantu . Tapi , nasib kami tak ada la sebaik mana sebab lecturer dah masuk selangkah dah pon dalam kelas .Ahhh serabut aku dengan wan ni . Time ni jugak dia pijak selipar aku sampai terputus . Aku malas nak ambik kisah , jadi aku ambil kasut aku ketuk kepala dia dan masuk ke kelas . Miss wang dah pandang aku macam nak terkam .
Aku malas nk ambil tau aku heret kasut yg terputus dan duduk di sebelah mamat hensem, Haikal. Tak adalah hensem sangat , perempuan kat kampus ni sahaja yang kecoh kata dia handsome . Aku malas nak ambik kisah .
Aku sedar aku perlu struggle di kampus ni Sebab aku datang dari family yang sederhana . Aku tak suka susahkan parents aku . Jadi aku buat keputusan kerja part time tanpa pengetahuan parents aku .
Wan di sebelah aku menguis tangan aku , aku pandang dia . Dah kenapa minah ni dok kuis tangan aku .
"Miss suruh hang jawab soalan woi"Ahh bala apa lagi yang datang , aku pula yang jadi mangsa kena jawab soalan . Aku ni antara budak pandai dia kampus ni , jadi aku bangun jawab apa yang si cina tu tanya . Settle . Bukan nak riak tapi mungkin sebab usaha aku bangun malam untuk study .
.....
wan atau nama penuh di I/c dia syazwanie nadhirah , nama kemain ayu , tapi perangai dia dengan aku lebih kurang sama je . Mungkin sebab kisah hidup kami yang membuatkan kami agak kasar dan hidup berdikari .*bam*
" Juwita Afiqah ! hang pekak ka ? Beratuih kali aku panggil "
Bising je minah utara ni .
"Haa awat syazwanie nadhirah sayangku ?"
Dia ketawa terbahak-bahak dengar aku pelat utara . Kurang asam minah ni . Aku pon nak jugak sekali sekala cuba guna pelat yang dia selalu guna. Biul betul minah ni ."Semalam hang ka yang mai ketuk pintu bilik aku ? Bising hang tau dak . Itu sebab hari ni kita lewat . "
Ini yang aku pelik , bila pulak aku ketuk pintu bilik dia . Bingai la wan ni . Suka buat suspen .
"Weh sakit la bodoh . Yang hang ketuk kepala aku pasaipa ? "
Aku rasa nak gelak golek-golek . Muka dia macam beruk . Aku tau dia panas hati sebab aku baru je ketuk kepala dia pastu gelak macam orang gila .
"Tak de laa . Kau ingat aku tak ade keje lain ke nak pegi ketuk pintu bilik kau malam malam . Bengong la kau . langsuir kot yang ketuk ajak tidur sekali"Meremang jugak la cakap pasal hantu . Muka wan dah pucat . Tapi nak buat macam mana dah bukan aku yang ketuk pintu bilik dia .
Tiba tiba bunyi ringtone phone wan berbunyi . Lagu omputeh baq hang .
"Hello .... . Ya ? Haa ok "
Islam ke tak minah ni , salam tak ade .
"Weh , jom mirah dengan kinah ajak lepak kat cafe . siapkan assigment yang mak angkat hang bagi . "
"hahaha bodoh la kau wan . Sejak bila pulak cina tu jadi mak angkat aku bingai . K jom gerak"
Sebenarnya aku masih risaukan apa yang wan ceritakan tadi . sudah la aku pon dah mula bermimpi benda yang tak elok .