Aku

38 3 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cahaya mentari yang terik seperti membakar tubuhku yang mulus. Batang tubuh kubiarkan terdedah menjadi tatapan mata - mata durjana yang hanya mahu memenuhi tuntutan nafsu buas mereka semata. Hari itu aku hanya mengenakan short pants berwarna khaki yang hampir menyerupai warna kulitku yang putih cerah tanpa sebarang kecacatan. Baju pula sengaja aku memilih untuk memakai baju T putih yang transparent, menonjolkan pakaian dalamku yang berwarna merah. Tanpa rasa malu, aku menapak ke kafeteria bagi menghilangkan gigitan bahang mentari.

Usai memesan minuman, aku berlalu menuju ke sebuah tempat duduk yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Kaki yang kurus, aku silangkan. Sebuah notebook jenama Apple aku keluarkan dari beg sandangku.

Oh ! Aku lupa kenalkan siapa diri aku.

Hmm, nama aku Rabiahtul Adawiyah dan berumur 24 tahun. My name sounds weird, so I decide to use Adda as my name. Nampak lebih sesuai dengan karakter aku. Ohya, aku seorang arkitek dan mempunyai sebuah syarikat yang ditadbir sepenuhnya oleh aku. Ayah aku, Tan Sri Mahmud seorang businessman yang berjaya. Manakala ibuku, Puan Sri Jannah hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Aku ada seorang adik perempuan, Aisyah Humairah. Hanya beza setahun denganku. Adik aku seorang guru di salah sebuah sekolah menengah agama yang berada jauh di pedalaman. Berbeza dengan aku, adik aku sangat menjaga aurat serrta hubungan dengan Tuhan.

Well for me, bila aku dah bersedia untuk bertaubat nanti, baru aku akan ikut jejak langkah adik aku. Perhaps. Lagipun, hidup dekat dunia ni sekali je beb. Takkanlah aku kena berpakaian kolot sepanjang masa. Furthermore, Tuhan tak pernah bagitahu bahawa syurga hanya untuk orang yang menutup aurat. Lol.

Okay cut. Kembali semula pada situasi di kafeteria.

Seorang pelayan lelaki datang untuk menghantar minuman yang ku pesan tadi. Aku mengangkat wajahku sedikit. Melihat wajah pelayan itu. Namun pelayan itu hanya menundukkan wajahnya. Langsung tidak mahu memandangku. Hanya suaranya saja kedengaran.

"Selamat menjamu selera cik,"ujarnya tanpa melihatku.

Aku sedikit bengang dengan layanan pelayan itu. Rasanya tak pernah lagi ada pelayan yang bersikap seperti ini kepadaku. Selalunya pelayan lelaki akan melayanku dengan ramah dan kadang - kala akan cuba untuk menguratku sekali. Cuma aku yang jual mahal. Namun kali ini berbeza. Pelayan lelaki yang wajahnya aku tak nampak jelas itu hanya menundukkan pandangan.

Konon hendak menjaga pandanganlah tu. Hipokrit ! Mana ada kucing tolak ikan. Lebih - lebih lagi kalau ikan yang super duper hot macam aku ni. Mampu membuat hati lelaki yang memandangku itu tunduk jatuh tersungkur dengan hanya sebuah carikan senyum.

"Hey you !" panggilku kepada pelayan lelaki itu.

"Ye cik, ada apa - apa yang cik nak pesan lagi ?" sahutnya.
Tetap tunduk tidak ingin melihatku.

"Jangan tunduk bila bercakap dengan orang. It is rude okay," tegurku sinis.

"Maafkan saya cik. Saya malu lihat cik. Kalau tak ada apa - apa lagi, saya masuk dulu.."

Aku terkedu. Terkedu dengan jawapan si pelayan. Shit ! Sakit jiwa raga aku bila pelayan lelaki itu membuka mulut. Nampak sangat hendak menyindir aku.

It's okay Adda. Lain kali kita akan jumpa lagi. Masa tu memang kau silap besarlah hendak menyinis dengan aku. Aku hanya mendengus kasar sebelum menyisipkan straw ke dalam mulut. Menyedut fresh orange dengan rakus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Balik Awan MendungWhere stories live. Discover now