Kisah Awal belum Tengah

72 2 0
                                    


Sore hening.

Dunia baru di rahmati air mutiara membasahi segala pelusuk makhluk sandaran.. Tak seberapa nak kuyup bersambung bersembang berdialog bersama teman lama, kretek herba juga segala minuman koko kopi dan juga sepinggan rojak di Gerai. Keluarga Kerjaya Dunia. Bersimpang siur menusuk bertalu memainkan peranan merasuk menguasai jasad. Pusing pusing macam gasing atau rollercoster.

Kitaran skema kelaziman menjadi topik isu atau ukuran setiap insan yang mendambakan yang tak kekal lama.

Ah! Selit satu kali topik keAkuan yang menghantui sekalian umat Tiada. Usul pada benda material yang dipertontonkan di depan kita. Ah mula lah rokok, kek, lautan dan segala macam perumpamaan perbandingan diusulkan. Mula diri intro bertanya pada teman...

"Macam mana hidup sedang yang menghidupkan tidak Kamu kenal? Tidak Kamu Yakin akan keberadaanNya yang awal akhir zahir bathin? MengESAkan gaya mana kamu atau terhanya bersandarkan pada Kalimah di dinding juga penzahiran timur tengah yang mula menerap ana ente dan segala macam berhala yang kamu sendiri ciptakan?" Itukah Tujuan?

Ah jadi inilah semut hitam di atas batu hitam di waktu yang gelap cari mencari tahu tahu dapat sakit dek kena gigit serangga yang lainnya mana tahu babi pantai atau anjing laut. Ahahaahah!

Layan sajalah kawan janji kau bahagia sentosa. Picisan marhaen apa kudratKu ingin meluah segala sedang dia mengizinkan segala?

Jikalau berkehendak mengintai rasa kerinduan kecintaan senang sahaja ingin rasa berkongsi kenikmatan lindungan rahmat Sang Pencipta semasa ini.
Pusing masuk bulatan gasing dan teruslah selesa didalam lingkaran diri sendiri.

Jika diketuk disedarkan dari awangan teruslah tempuh jangan berpaling lagi. Yang Awal terlepas pandang, yang akhirnya hanyalah hampa binasa.
Awal segala permulaan...

Rata-rata manusia mengharap sesuatu bentuk ketenangan kepuasan diri samada berbentuk berupa berbanding banding betul salah halal haram dosa pahala dan hanyut tenggelam di dalam ganjaran habuan syurga bidadari sedang betul salah hanya tinggal perbandingan, contoh teladan tauladan sempadan semata dunia hanyalah senda gurau mainan khayalan yang dikemudi bahtera. Sarkis ni!! Buatlah baik! dapat Ganjaran! Pahala menggunung tinggi melangit mendongak perasan lagak biri-biri berbulu emas kursani! Dan sarkis pun akur dengan maharaja segala Sarkis lagak Tuhan mendabik bangga hebat keluar hukum sendiri. Siapa pula nak jadi hamba?

Sembah Tak BerdiriWhere stories live. Discover now