Air mata Sarah menangis deras selepas mematikan panggilan Adrian.
Kau bodohlah Sarah!
Apa jenis kawan kau ni?
Selama ni, kau pentingkan diri kau ja.
Kenapa kau tak hargai dia?
Dia ada depan kau ja. Takkan tak nampak.
Banyak persoalan berlegar di fikirannya.
Dia terus mengambil handphonenya dan cuba mendail nombor Farah.
"Sarah? Haa, sinipun kamu. Aunty cari kamu dari tadi." Suara ibu Hisyam memberhentikannya.
Pantas dia menyapu tangisan di pipinya dan menguntumkan senyuman palsu.
"Eh, aunty kenapa kat sini? Ada apa apa ke?" Sarah bertanya. dengan harapan, Ibu Hisyam tidak menghiraukan matanya yang sedikit merah dan lebam selepas menangis itu.
"Kamu okay ka Sarah? Oya, Farah dah datang. Baru ja tadi. Sekarang dia ada kat dalam bilik, jaga Hisyam kononnya. Kamu tak nak jumpa dia kah?"
Farah ada kat dalam bilik Hisyam? Perempuan tu kan. Esy
Sarah mendengus di dalam hati.
"Okay aunty. Sarah jumpa dia dulu ya."
"Ah, baguslah tu. Aunty pergi beli makanan dan minuman dulu kat bawah eh. kamu dua sembanglah dulu." Terus Puan Mariam pergi meninggalkan Sarah yang panas api selepas mendengar nama Farah ditelinganya.
❁❁
Farah terkejut melihat kelibat Sarah dihadapannya.
"Hi, Sarah. Apa kau buat kat sini?" Farah terus bangun daripada kerusi dengan kekok. Tak tahu nak buat apa.
"Farah. Kenapa kau buat macam ni kat aku?" Tangisan yang dari tadi ditahannya terus keluar.
Dia dah tak peduli dengan penampilannya yang serabai sekarang. Dia hanya mahu penjelasan.
" Er, Sarah. Kau dengar dulu penjelasan aku. Aku tak tahu nak buat apa dah. Ad-Adrian yang buat semua ni. Sumpah. Janganlah macam ni. Kau tenang dulu." Farah cuba memegang bahu Sarah dengan perlahan tetapi di tepis oleh Sarah dengan pandangan jijik.
"I thought kau baik. Rupanya ni gaya kau sebenar. Sumpah, gaya kau depat aku kat sekolah. Pijak semut pun tak mati! tapi, kat belakang aku? Wow, Aku tak sangka Farah. Kenapa? Apa aku buat pada kau?." Lutut Sarah terjatuh di lantai. Lemah.
"Aku fikir kita kawan, Farah. Aku kecewa dengan kau. Kecewa sangat." Semakin deras tangisan Sarah .
"Sarah, janganlah macam ni. Aku anggap kau kawan gak. Korang ja lah yang layan aku kat sekolah tu. mana ada orang yang nak layan orang macam aku ni. kau tahu kan, aku tak seberapa pandai bercakap dengan orang."
"Kau dengan Hisyam ja yang layan aku. Tak pernah merungut pasal gaya aku yang pendiam ni. " Farah meluah. Tetapi dibalas dengan pandangan yang tajam oleh Sarah.
"Kalau macam tu, kenapa kau bersubahat dengan Adrian, Farah? Kenapa korang buat aku macam ni? Sampai hati korang tengok aku menderita hah?"
Farah hanya mendiamkan diri dan memeluk badan Sarah dengan perlahan-lahan.
"Btch. Jangan buat aku macam ni lagi. Aku sayang Hisyam. Sakit, tahu?" Sarah memukul belakang Farah perlahan.
"Maafkan aku Sarah. Aku tak tahu pun, semua ni akan jadi macam ni." Dia terus mengusap kepala Sarah yang diselaputi tudung.
Rasa bersalah menyelubungi hatinya.
"Sa-sarah." Kedengaran suara lelaki yang amat dirindui oleh Sarah.
Hisyam?
Woop.
Cliffhangers. Lol, Esok sambung! ヾ(@^▽^@)ノThankyou so much!
Ayy, vote and comment jgn lupa! timbak nanti. HAHAHA
YOU ARE READING
"Kawan" ✔
Teen FictionStatus: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun lelaki juga, Sarah. Ingat tu." -Hisyam "Dia, aku suka dia. Tapi aku tak nak persahabatan kita musnah...