Mini novel ni sekadar mahu menceriakan anda sahaja. Kalau rasa stress bce novel K&K dan JBCA! yg more to conflict tu bce lah mini novel ni sbb dye sedikit happening tpy x cacar-marba. X jamin apa2 ya tuk mini novel ni.
"FATEEN AMIZA!!!" ah! Sudah. Suara sang singa sudah mengaum. Bersiap sedialah ya Fateen? Semua rakan sepejabat ku memandang ke arah ku. Seperti mereka simpati. Mungkin tahu aku akan dihambur sekejap lagi. Haih, boleh stress lah kalau kerja dengan big boss yang bengis anytime anywhere aje ni! Sekali-sekali dengan aku boleh tempias bengis nya. Uish, bengis itu bukan type aku!
Dengan lemah nya aku menapak ke arah bilik ofis Tuan Izzat, boss ku itu. Boleh dikatakan sebagai boss yang paling garang abad ini lah. Kalau tertypo sikit dalam apa-apa surat atau tender syarikat pasti akan dimaki hamun. Aku rasa masa dia kecil-kecil dulu demam panas kut. Sebab tu asyik angin taufan aje mood dia. Nak kata dah beristeri, masih solo. Umur pun dah nak masuk three series. Tak teringin nak berbini ke Tuan Izzat oi?
Sebelum masuk ke dalam, aku ketuk dahulu pintu pejabat nya. Kang tak pasal-pasal dimarah nya aku kerana tak ketuk pintu dulu. Mana lah tahu dia tengah sedap-sedap korek hidung ke apa kan? Nanti dia juga yang malu. So, kaedah untuk menutupi malu nya dengan menempelak aku lah. Tahu sangat fi'il boss ku itu.
" Masuk!" suara dia kalau masuk pertandingan jeritan paling nyaring, pasti dia jaguh nombor satu. Dia nak bagi satu bangunan ni dengar ke? Aku menolak daun pintu. Dia sedang duduk di atas kerusi kerja nya dengan wajah yang berkerut seribu merenung fail di hadapan nya. Omaigad! Itu fail kerja yang aku hantar kepada nya kelmarin! Bersiap siaga lah kau Fateen untuk dihambur buat kali yang ke-1439.
Aku berdiri betul-betul di hadapan meja ofis nya. Dia masih menundukkan wajah kacak nya itu. Ops, lupa nak kato. Memang Tuan Izzat mempunyai raut wajah yang kacak serta menawan plus boleh menggetarkan hati seorang wanita. Tapi sayang nya bagi aku rupa paras bukan lah segala nya. Kena sekali dengan pakej beriman, bertatasusila dan bersopan-santun. Hendak macam boss ku ini? Harap sahaja muka ganteng tapi mulut dia Ya Rabbi! Berpuaka. Sempat aku mengutuk nya dalam hati. Dia bukan nya tahu pun!
" Apa yang awak hantar kepada saya ni? 'Tuan Izzat kerek giler! Orang giler pun tak kerek macam dia! Macam mana lah aku boleh stuck dekat dia ya? Muka aje ala-ala Aaron Aziz tapi cakap main lepas. Fikir orang lain tak ada hati nurani ke? Okay encik boss, sekali sekala kalau saya advice boss pun apa salah nya? Kita sebagai orang Melayu kena lah menjaga lidah. Islam juga menuntut penganutnya untuk menjaga kata-kata kita bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata? Lu fikir lah sendiri!" mata ku membuntang. Dia memandang ku tajam. Kemudian melemparkan helaian kertas di tangan nya ke arah ku. Tepat mengena wajah ayu ku ini. Aku cepat menyambut nya.
Mata ku meneroka isi helaian kertas itu. Ya, seperti apa yang dikatakan oleh Tuan Izzat itu sebijik macam apa yang tertulis pada kertas itu dan..aku cam tulisan ini! Ianya tulisan aku! Alamak! Cuma ada penambah baikkan sedikit. Ada lukisan orang lidi yang dilakar kan sama pada kertas itu. 'Ini Tuan Izzat!' Aku memejamkan mata rapat. Hari ini hari paling malang aku woi!
Bunyi kerusi ditolak menerpa masuk cuping telinga ku yang berbalut dengan tudung litup ku. Derapan langkah kedengaran kemudian nya. Beberapa langkah barulah kembali sepi. Aku tetap setia dengan mata yang terpejam rapat. Aku yakin Tuan Izzat kini sudah berdiri betul-betul di depan ku.
" I kerek? By the way kerek tu apa?" suara jantan nya kedengaran gemersik di tepi telinga ku. Dia begitu hampir dengan ku. Mata ku tercelik. Betul, dia berada dekat dengan ku kini. Dengan tersenyum senget, mata yang tajam menikam, wajah nya serupa seperti lelaki miang kelas satu! Aku menapak ke belakang. Menjarakkan ruang antara kami. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan akan datang yang ketiga iaitu syaitan. Lebih baik, aku berjaga-jaga sahaja. Pertanyaan Tuan Izzat itu bagai angin lalu sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
[Mini Novel]Mr. Meletop Habisss!!!
Humor[Highest ranking - #7 in Humor] TUAN IZZAT NAJMI. FATEEN AMIZA. 2 insan , 2 perangai. Berkerja di bawah satu bumbung. Sorg boss sorg lagi pekerja. Sorg tegas, sorg lagi sengal. Kemunculan kembali bekas tunang Tuan Izzat, Baby Unara tlah merapat...