"Hani, cepatlah sikit! Apa kau buat lama sangat dalam tu?!" ujar Sohyun sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Setelah beberapa kali mengetuk, akhirnya Hani membuka pintu bilik air. "Isy sabar lah, aku baru 10minit kut dalam tu," balas Hani sambil melangkah keluar dari bilik air.
"Tak, masalahnya aku tak mandi lagi. Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" tanya Sohyun dengan muka penuh risau.
Hani terkebil-kebil. "Lah, yang kau tanya aku dah kenapa? Manalah aku tahu," Hani berjalan ke arah biliknya.
"Dah pukul 9 wei! 9.30 ada kelas dengan Miss Hyemi. Kan dia cakap nak buat test hari ni,"
"Serius ah? weh matilah kalau kita lambat," Hani kelam-kabut mengambil blouse dan skirt labuh yang telah digosoknya malam tadi. "Sohyun-ah, ppali ppali!" laung Hani.
♔♔♔
Mereka berlari-lari anak bergegas ke kelas. Hani sudah tercungap-cungap. Dia melihat jamnya. "Lagi 5 minit!" katanya kepada Sohyun.
"Sempat k sempat" balas Sohyun sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Mereka sudah berpeluh kerana berlari tanpa henti sejak keluar daripada bilik mereka. Mereka hampir sampai ke pintu kelas apabila tiba-tiba sahaja muncul seorang lelaki di hadapan Hani.
Mereka terhenti. Hani mengetap bibirnya sambil mengeluh.
"Mamat ni lagi," ujarnya perlahan."Mwo ? Saya tak dengar apa awak cakap. Kuat sikit," Jaebum membalas lalu tersenyum. Hani hanya mendiamkan diri.
"Oh btw hai Hani. Hai Sohyun," kata Jaebum sambil memberikan senyuman termanisnya. Sohyun mengangguk dan membalas sapaanya.
"Tepi lah. Orang nak masuk kelaslah," Hani menolak lengan Jaebum dan berjalan memasuki kelasnya. Malas dia hendak melayan mamat yang selalu mengacaunya itu. Buang masa je.
"Sohyun, kaja," Hani menarik tangan Sohyun."Jamkkanmanyo!" kata Jaebum. "Apa lagi?"balas Hani dengan malas tanpa memandang Jaebum. " Nama saya bukan mamat. Nama saya Jaebum. Kan saya dah bagitahu,"
Hani berpaling ke arahnya dan berpeluk tubuh. "Kau ingat aku nak ingat ke nama kau?" dia menjeling Jaebum dan berpaling ke hadapan semula untuk masuk ke dalam kelas. Sohyun memandang Jaebum sambil merapatkan kedua tangannya sebagai tanda meminta maaf.
Jaebum hanya ketawa kecil. Dia mengangguk kepada Sohyun sebagai tanda memahami. Dia melihat Hani dan sohyun sehingga hilang dari pandangannya. "Susahnya nak lembutkan hati kau kan, Hani" katanya sambil berlalu pergi.
♔♔♔
"Hoi asal lambat?" tanya Jinyoung setelah melihat Jaebum melangkah masuk ke dalam kelas. Jaebum meletakkan begnya di atas kerusi bersebelahan meja jinyoung. "Macam biasa ah, jumpa girlfriend," balasnya. Jinyoung hanya ketawa sambil menggeleng kepala. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Jaebum. Tak lain tak bukan, Hani lah tu.
"Yo ssup!" sapa Jackson sambil mengangkat tangannya. Jaebum membalasnya "Yo man, lambat kau hari ni?"
"Aku bangun lambat do sebab malam tadi siapkan assignment Madam Jasmine. Sampai tak tidur lena aku tahu tak", balas Jackson sambil buat muka minta simpatinya. "Ah, banyak ah kau," Jaebum ketawa menolak lembut bahu Jackson. Jackson tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun lawa.
YOU ARE READING
Be My Girl? (Jaebum); Malay fanfic
FanfictionOh Ha ni merupakan seorang pelajar tahun ketiga di Universiti Hankook. Kisah silam keluarganya nya menyebabkan dia takut untuk mendekati lelaki dan tidak memberi peluang kepada lelaki untuk mengenalinya. Kehadiran Im Jaebum menyebabkan Oh Ha ni terb...