BAB 24 : BERBEZA KEHIDUPAN
Rusdi mengamati peta yang berada ditangannya itu. Setakat ini, dia adalah pemandu arah yang terbaik jika dibandingkan dengan kumpulan yang lain kerana dia sememangnya pandai membaca peta dan amat teliti dalam perjalanan itu. Sesekali Danish akan membantunya sambil mengawasi kawasan sekeliling. Jyra pula jalan sedikit jauh dari mereka sambil menebas-nebas rumput disekelilingnya menggunakan kayu yang dipegangnya dan merungut perlahan.
"Awak tahu tak..." Danish memandang gadis itu dengan muka menyampah. "Kalau Noorizan ada kat sini... Dia pasti dah lilit awak dengan akar dia sebab lepaskan geram pada tumbuhan kat sini."
Jyra hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu langsung tidak peduli. Dia hanya meneruskan apa yang dilakukannya.
"Benda dah jadi pun kan..." ujar Danish sambil mendengus kuat. "Bukannya kita boleh buat apa-apa."
Rusdi berhenti berjalan ketika mereka masuk ke sebuah kawasan yang sedikit lapang. Dia segera memandang Danish. "Rasanya kita patut bermalam kat sini je. Hari dah nak gelap ni. Payah kita kalau tak buat persediaan awal."
Danish memandang langit yang kini sudah mula gelap. Jyra turut mendongak untuk memandang langit.
"Ya." Danish mengangguk bersetuju sambil bercekak pinggang. "Kita kena cari kayu api lagi ni."
Rusdi mengangguk kemudian melipat peta yang dipegangnya lalu dimasukkan ke dalam beg.
"Jyra..." Danish memandang gadis itu yang masih lagi dengan wajah sugulnya. "Awak tolong sediakan apa-apa yang patut kat sini. Saya dengan Rusdi akan pergi cari kayu api kejap."
Jyra hanya mengangguk-angguk. Rusdi dan Danish meletakkan beg galas mereka di bawah sebatang pokok yang besar berdekatan situ kemudian mula berjalan untuk mencari kayu api.
"Perungut betul budak tu." Danish bersuara apabila mereka sudah berada agak jauh dari Jyra.
Rusdi tidak bersuara bagaimanapun bersetuju dengan kata-kata Danish. Jyra asyik merungut sepanjang jalan mengenai pembahagian kumpulan itu. Dia hendak membalas bagaimanapun tidak mahu merumitkan keadaan.
"Rusdi..."
Rusdi memandang lelaki itu ketika hampir terlicin bagaimanapun mampu bertahan pada pokok.
"Saya nak tanya satu soalan ni."
"Apa dia.?" Soal Rusdi.
"Awak dengan Aieyn... Dah okey ke?"
Rusdi tersentak serta-merta mendengar kata-kata lelaki itu sambil membesarkan matanya. "Apa??"
"Awak dengan Aieyn lah..." Danish berkerut memandang lelaki itu. "Selama ni kamu tu tak boleh betul berjumpa. Silap-silap ada yang mati. Tapi sekarang ni... Saya tengok dia dah boleh senyum tengok awak."
Rusdi tersenyum sendiri mendengar kata-kata lelaki itu.
"Amboi dia ni..." Danish menyindir Rusdi. "Saya tanya... Tersenyum-senyum pula dia."
"Tak ada lah." Rusdi tersengih yang lebih kepada tersenyum bahagia. "Kami dah okey. Dah bincang pun."
Danish mengangguk-angguk.
"Tak kan kami nak bermusuh sampai bila-bila kan?"
"Bagus lah tu." Danish segera tersenyum. "Kalau tak... Asyik bergaduh je lah kamu tu. Silap-silap kami yang mati."
Rusdi hanya tersengih.
"Saya pun tak tahu." Danish bersuara lagi sambil cua berfikir seketika. "Benci betul dia dengan awak."

YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...