Usik adik

2.5K 52 1
                                    

Adib POV...

Aku mengeliat malas selepas menyiapkan 3 kerja sekolah yang aku terima pada hari pertama sekolah. Gila! Aku duduk bersandar pada kerusi dan berpusing2 sambil memejamkan mata. Lagu Stacy (Gilalah) bergema di dalam bilik aku yang bertutup rapat. Memang gila hari ini. Pertama kali seumur kehidupan sekolah aku, merasakan sekolah ini adalah 'The Best' ever. Aku tertawa sendirian mengenangkan wajah masam Arza kerana baju sekolahnya basah terkena air coca cola yang aku goncang dahulu sebelum pertandingan. Aku rancang dengan Khairul a.k.a Kodok untuk mengenakan Arza. Bukan apa, baju sekolah dan rambut aku yang 'bertepung' membuatkan ia susah dicuci. Siapa tak sakit hati? Kalau korang dalam kasut aku, pasti korang bengang!

Aku teringat keluarga aku yang tidak habis ketawa mendengar kisah 'welcome party' aku di dalam kelas. Aina a.k.a adik aku sampai menekan perut kerana ketawa. Ayah jangan cakaplah, dia sampai tersedak air ketawakan aku. Ibu pula, terdiam. Dia mengembungkan pipinya menahan ketawa, tetapi tersembur keluar juga. Ketukan di pintu bilik aku menyentap lamunan aku.

" abang?" Aina menjenguk masuk. Aku menggamitnya untuk masuk.

" ada apa?" Aku berpusing dan melihat Aina masuk bersama Kitty, kucing peliharaan keluarga kami.

" saja nak sembang santai bersama abang tersayang. Hehe..." Aina melompat naik ke atas katil tidur aku. Kitty juga sama. Aku menggeleng dan berbaring bersama mereka di atas tilam, sambil memandang siling bilik aku yang penuh dengan gambar pasukan bola kegilaan aku, MU.

" macam mana kelas abang? Dengar cerita abang tadi, mesti kelas tu ceria. Kan?" Aku ketawa dengan pertanyaan Aina. Cerialah sangat!! Teruk lagi adalah.

" not bad jugak. Ceria tu...macam tak kenalah dengan kelas abang. Lebih kepada ekstrem. Or...senang cerita, agak 'gengster' sikit. Ketua dalam kelas abang tu perempuan." Aina hanya 'ohhh' dengan cerita aku.

" ketua dalam kelas Aina pula lelaki. Nama dia Ashraf a.k.a Ash. Dia jugak ketua kelas. Dia ada seorang kakak. Nama kakak dia...Mira? Armira? Macam tu lah." Aku angkat kening. Armira?

" ada nama panggilan tak? Sebab dalam kelas abang pun ada girl yang bernama Armira." Aina berfikir sebentar.

" tak sure pulak. Tapi, Aina dengar Ash panggil kakak dia Arza. Tadi Kak Arza ada datang kelas, muka dia masam gila. Baju sekolah dia kotor dengan bekas air. Ash bagi baju tambahan padanya. Tapikan...akak tu pakai baju lelaki. Pelik!" Aku ketawa dalam hati. Memang sah la dia!

" nama kelas abang apa?" Aina berbaring meniarap pula. Aku juga sama. Kitty pula di tengah2 antara kami.

" Kasturi. Aina pulak?" Aina terdiam. Dia pandang aku dengan rasa tidak percaya. Apa hal budak pendek ni?

" tingkatan 4 Kasturi ke?" Aku angguk. Aina terus bangun bersila.

" kelas pandai itu ke?" Aku menyengetkan kepala ke tepi.

" kelas pandai apanya? Penuh dengan budak bermasalah! Ada hacker, ah long, mafia, penyeludup, katak, padi, pizza...dengan kata lain, semua ada. Troublemaker punya class!!" Aina ketawa.

" Katak?" Aku juga ketawa.

" bukan katak betul pun. Nama timangan je. Nama sebenar dia Khairul, tapi mereka panggil dia Kodok. Sen-sen pun nama timangan untuk bendahari kelas. Poji, Padi, PC, Keli, Amoi, Pok Deng, MU pun ada. Pelik2 nama mereka." Aina ketawa bergolek, sampai jatuh katil. Mengilai2 macam Miss Ponti!

" MU? Peminat macam abang ke?" Aku geleng.

" tak adalah. Dia peminat Arsenal. Nama dia Muhammad Usin. Sebab itulah melekat nama MU tu. Pada hal, dia anti gila dengan club itu!" Lagi kuat ketawa Aina. Memanglah kelas aku layak masuk maharaja lawak!

" kenapa Aina cakap kelas abang tu kelas budak pandai?" Aku bertanya, ingin tahu. Rata2 yang aku dengar hari ini, kelas itu sudah banyak kali kena panggil ke bilik pengetua. Terutama minah tu, Arza.

" abang ni...nama saja duduk kelas itu, tapi tak tahu apa2. Cubalah bersembang dengan mereka. Jangan jadi katak bawah tempurung!" Aina siap memerli baik punya. Aik, terkenan kakak Ashraf itu ke?

############

Arza POV...

Atcchooo!!!

" gatal betul hidung aku." Ash yang seronok bermain game PC dalam bilik aku, menoleh.

" kak, dalam kelas kau ada pelajar baru yang bernama Adib tak?" Aku yang sedang menyiapkan kerja sekolah, menoleh.

" Adib? Adib Izani ke? Kenapa kau tanya?" Aku meletakkan pensel yang aku gunakan untuk membuat jalan kira di tepi telinga.

" tak adalah. Dia ada adik, kan? Nama dia Aina Nasuha." Ash meneruskan permainan itu sambil tersenget2 bahu dia. Kejap kiri, kejap kanan.

" mana lah aku tahu! Kenapa, dah jatuh hati ke?" pergerakan tangan Ash terhenti. Aku senyum musang si Guntang, dan merangkak ke arahnya.

" hooo...dah pandai, eh! Comel tak budak tu?" Aku mencuit2 pipinya dengan bulu pelepah yang aku simpan di dalam bilik aku sebagai tanda kenangan.

" apa kakak ni? Geli lah! Pergi sana!" Ash menolak tangan aku, tetapi kedegilan aku membuat padah apabila Ash bangun dan mengejar aku keluar daripada bilik. Mengekeh2 aku ketawa sambil melompat turun tangga. Mulut dia pulak...

" haram jadah la kau, kak! Aku dah cakap jangan cari pasal, kau degil! Sini kau! Pa*tat! But*h kau la!" pelbagai ayat carut terkeluar. Memang mulut h*ram! Aku ketawa, sambil berpusing2 meja makan.

" apa bising2 ni, kakak? Adik? Sampai atas mama dengar suara kamu!" suara mama bergema di ruang tamu. Hehe...mama sudah naik hantu!

" Ash suka seseorang~~" aku menggiat sambil menyanyi.

" bila masa aku suka Aina!?" Ash mencampakkan kusyen kecil yang mama letakkan di atas sofa kepada aku. Dan, aku elak. Ahahaha!!

" kejap!" Aku berhenti. Ash juga sama berhenti, sambil tangannya tergantung di udara dengan kusyen kecil itu.

" apa?" Ash bertanya. Nafasnya turun naik dengan laju. Mama pula sudah senyum2. Dia tahu apa yang bakal aku katakan.

" aku tak cakap pun yang kau sukakan Aina. Aku cakap kau suka seseorang. Betul tak, ma?" Aku berpaling ke arah mama. Tapi, kusyen itu selamat 'landing' atas kepala aku.

" damn you!!" Ash terus berlari naik. Macam anak dara sunti! Pemalu nak mampus. Mama sudah ketawa sakan.

" kakak ni...suka sangat usik adik tu." Mama menggosok kepala aku dengan geram. Aku sengih.

" siapa lagi kakak nak kacau kalau bukan adik? Betul tak, pa?" Aku lihat papa duduk diam di atas sofa, sambil membaca majalah.

" ya lah. Jangan sampai Ash tak mahu bawa kamu esok, sudahlah!" Erk? Mampus aku! Kena pujuk balik ni! Aku terus berlari naik sambil menjerit nama penuh Ashraf a.k.a Muhammad Ashraf Adli.

" aku tak nak bawak kau esok! Kau pergi jalan kaki!!" Ash menjerit di sebalik pintu biliknya. Tetapi, aku tak sorry punya. Makin kuat aku menyakat adalah!

" kalau macam tu, aku call Aina lah. Nak merajuk dengan dia!" Aku terus berlari ke bilik aku apabila mendengar kunci pintu bilik Ashraf berbunyi 'Klik'. Bermakna, dia bakal keluar dan maki aku lagi!

" KAKAK!!!!"

Eheh...Nama aku Nur Armira Zarina binti Ahmad Fuad. Hobi aku pula mengusik dan menyakat satu2nya adik yang aku ada, Muhammad Ashraf Adli bin Ahmad Fuad.

Nakal tak aku?

******************

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now