Part 1

44 3 3
                                    

"Yah! Jackson! Bangunlah! Pergi sekolah! Nanti lambatlah!" jerit Youngji.

Jackson membuka mata dengan malas. "Alah, lambat lagi kan," cakap Jackson dalam keadaan mengantuk.

Youngji mendengus kecil. Hish! Dari kecil hingga besar sama sahaja!

"Bangunlah Jackson!" jerit Youngji lagi lalu mengeluh kecil.

Jackson masih lagi belum bangun. Youngji terduduk. Memang kerjanya kejutkan Jackson setiap hari. Puan Wang sudah tidak larat nak kejutkan. Jadi, Youngji lah yang terpaksa kejutkan Jackson. Mereka berdua telah berkawan dari kecil lagi. Bukan itu sahaja, mereka berdua juga berjiran. Youngji bangun untuk mengejutkan Jackson untuk kali terakhir tetapi, dia menuju ke arah bilik air.

"Drushhh" bunyi air jatuh ke atas muka Jackson. Terkejut Jackson dibuatnya lalu terus bangun dengan masam mencuka. Youngji tergelak tanpa suara. Itu adalah keunikan Youngji.

"Pergi mandi cepat! Nanti lambat pergi ke sekolah!" arah Youngji. Jackson bangun dari katil dan terus pergi ke bilik air dengan langkah yang lemah.

"Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Kalau masuk, memang siaplah aku kena kan kau!" marah Youngji.

"Yelah, salah aku. Sekarang kita selamat kan. Janganlah marah. Tak comel langsung. Dah jom duduk my chingu yang comel ni." Jackson menarik tangan Youngji supaya duduk di kelas.

Takkan anggap kawan sahaja. Sedihnya. Mungkin aku tak cantik tapi, apa yang aku buat selama ini untuk dia, tak bermakna langsung bagi kau? Dari kecil hingga besar kita kawan. Takkan langsung tak ada hati dengan aku? takkan kau tak perasan selama ini, bisik hati Youngji lalu mengeluh kecil.

"Hari ini kamu semua akan dapat kawan baharu. Silakan masuk," cakap Cikgu Lee.

Semua orang memandang ke arah pintu. Muncullah seorang lelaki masuk ke dalam kelas.

"Annyeonghaseyo Kim Jongin. Panggil Kai sahaja. Sila tunjuk ajar," cakap Kai.

"Okey Kai, kamu boleh duduk di belakang Youngji," arah Cikgu Lee lalu menunding jari ke arah Youngji.

Kai mengukirkan senyuman kepada Youngji dan Jackson. Youngji membalas dengan senyuman. Manakala, Jackson membalas dengan jelingan.

"Kenapa kau tak senyum?" tanya Youngji.

"Suka hati akulah. Nampak berlagak pula tu. Kenapa? Kau dah terpikat ke? Carilah orang lain."

"Kalau aku suka macam mana? suka hati akulah," balas Youngji lalu memandang ke arah tingkap.

Beberapa minggu kemudian,

Youngji datang awal ke sekolah. Dia pergi tanpa Jackson hari ini. Katanya Jackson sudah pergi ke sekolah tetapi, batang hidung dia tak nampak dekat sekolah ni. Kelas masih kosong kerana masih awal lagi.

Beberapa minit berlalu, Kai masuk ke dalam kelas. Dia melihat Youngji di hadapannya lalu tersenyum. Youngji tidak tahu kedatangan Kai kerana dia sedang membaca buku.

"Hai! Youngji!" sapa Kai lalu mengambil tempat di sebelah Youngji.

Terkejut Youngji dibuatnya lalu dia mengukirkan senyuman kepada Kai.

Suasana senyap beberapa minit. Malu pun ada juga.

"Hmmmm, Youngji. Saya nak tanya satu soalan boleh?" tanya Kai.

Youngji memandang Kai. Dia pelik. Tanya apa pula. Jangan tanya benda-benda pelik sudah.

"Boleh. Apa benda?"

"Awak dengan Jackson, ada hubungan ke?" tanya Kai.

"Saya dengan dia berkawan sahaja. Kami berkawan dari kecil lagi. Malah, kami juga berjiran," jawab Youngji. Pelik juga dia dengan Kai. Tiba-tiba sahaja tanya macam tu tapi, malas pula nak dengar alasan dia.

"Hmmmm. Kenapa hari ini awak tak pergi sekolah dengan Jackson hari ni?" tanya Kai lagi.

"Sebab omma dia cakap, dia dah pergi sekolah. Jadi, saya pergi seorang dirilah." jawab Youngji dengan biasa lalu menyambung pembacaannya. "

Youngji, saya nak cakap sesuatu ni. Awak jangan marah tau," cakap Kai.

"Apa benda?"

"Awak suka Jackson kan?" agak Kai.

"Bo?! Mana adalah! Saya anggap dia kawan jelah. Okeylah saya nak buat baca buku dekat luar," jawab Youngji lalu pergi dari situ.

Jackson ternampak Youngji di pondok bacaan lalu pergi ke arah gadis itu.

"Youngji!" panggil Jackson.

Sekali lagi Youngji terkejut. Tadi Kai buat dia terkejut sekarang Jackson pula. Lepastu siapa pula. Tak lama juga aku akan mati.

"Kau ni Jackson, terkejut aku. Dahlah tadi Kai buat aku terkejut. Lepastu kau pula. Nanti aku mati serangan jantunglah," bebel Youngji tanpa memandang Jackson. Dia terlalu syok membaca buku kegemarannya.

"Kai? Nampaknya kau macam dah rapat gila dah ni dengan si Kai tu. Aku sarankan, cari laki lain. Tak sesuai langsung dengan kau. Lebih baik kau cari lelaki macam aku," cakap Jackson.

Youngji diam. Cari lelaki macam kau? Aku memang suka kat kau. Tak payah cari lelaki macam kau, aku ambil kau je. Nak buat macam mana, dia tak suka aku pun, bisiknya.

"Suka hati akulah. Aku punya hidup. Bukan masalah kau pun. Kau tu cuma kawan aku je. Kenapa? Kau cemburu ye?" gurau Youngji.

"Tak ada masa nak jealous dengan kau. Pergilah dengan dia. Okey, aku nak kenalkan seseorang dekat kau. Seulgi come here!" panggil Jackson.

Youngji melihat perempuan yang sedang datang ke arah mereka berdua. Siapa pula ni?

"Youngji, this is my girlfriend. Nama dia Kang Seulgi. Seulgi, ini chingu I dari kecil lagi. Nama dia Heo Youngji," cakap Jackson.

Seulgi menundukkan kepalannya. Begitu juga dengan Youngji.

"Okeylah Youngji. Aku nak jalan-jalan kejap dekat sekolah ni dengan Seulgi. Kau masuk kelas tanpa aku tau. Annyeong," cakap Jackson.

"Annyeong Youngji," cakap Seulgi.

Mereka berdua lenyap dalam penglihatan Youngji. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Jackson ada girlfriend? Sepatutnya aku gembira dengan berita ini tapi, kenapa hati aku sakit sangat? Kenapa?! Sampai hati kau buat macam ni, Jackson, bisiknya. Air matanya menitis dengan lajunya. Youngji jatuh terduduk di atas pondok itu. Youngji teresak-esak menangis. Dia tidak kisah mata memandang ke arahnya. Hati dia sangat sakit sangat. Sakit sangat!

My Chingu, My Love?Where stories live. Discover now