BAB 19

146 4 0
                                    

Lapangan Terbang Incheon sesak dengan manusia. Ada yang mahu terbang pergi, ada yang menanti yang tersayang kembali, ada yang sedang bergelak ketawa dan ada yang sedang menangis berpelukkan. Betul cakap orang, "airport see more sincere kisses than a wedding hall."

Rania sedang menanti panggilan masuk untuk penerbangan pulang ke tanah air. Sebelas hari di bumi Korea, hari ni dia akan meninggalkan tanah ini.

Iris dan Thia sudah tertidur bersandaran antara satu sama lain. Masing masing keletihan. Semalaman mereka tak tidur. Ralit bersembang dan mengulit kenangan. Thia ikut bermalam di homestay, berhari hari ke mana mana bersama, mereka sudah seperti sahabat lama.

Tinggallah Rania terkebil kebil di kerusi. Tadi ada juga Iris dan Thia cuba cuba ajak Rania berbual tapi melihatkan mood Rania yang ibarat angin yang bertiup kencang, keduanya memilih untuk mendiamkan diri sebelum masing masing tertidur.

Mahunya mood Rania tak terumbang ambing, semuanya gara gara Ayden! Semalam semasa mereka berempat lepak di Sheep Cafe bukan main beria lagi Ayden berjanji untuk temankan Rania kat airport, tiba tiba pagi tadi Ayden hantar mesej cakap tak boleh turut serta. Ada unexpected things to settle katanya. Berangin la Rania.

Malas mahu fikirkan Ayden, Rania belek belek gallery handphonenya, sebelas hari trip, beribu gambar yang dia abadikan. Scroll dia terhenti pada gambar pertama dia bersama Ayden yang diambil di dalam subway.

"Tak guna! Tak gunaaaa!!" Perlahan Rania menyumpah. Nak jerit kang orang ingat dia gila pulak. Amarah Rania muncul kembali. Muka Ayden di screen ditunjal tunjal dengan jari telunjuknya. Sakit hati pulak bila tengok wajah itu sedang manis tersenyum.

'Kau dah gila, Rania!' Satu suara menjerit pada Rania.

'No I'm not crazyy!' satu suara lagi membalas.

'Kau perasan! Kau ingat bila Ayden buat semua tu Ayden cintakan kau? Jangan bermimpi, Rania! Bangkit dari mimpi kau! Hadaplah realiti walaupun ia menyakitkan.'

'Aku tak perasan!! Ayden sendiri cakap, dia sukakan aku!'

'Ahh. Semudah tu kau percaya pada kata kata orang yang baru kau jumpa? Rania..Rania.. Hidup Ayden dikelilingi banyak perempuan yang lebih sempurna, kau rasa kau mampu tandingi mereka? Kau bukan siapa siapa Rania!'

'Sudah! Sudahhh!! Cukup aku tak nak dengar apa apa lagi!'

Rania meraup raup mukanya. Jauh benar dia terkhayal. Walaupun suara suara itu hanya muncul dalam khayalannya, dada Rania terasa sesak. Cintakah Ayden padanya? Cukupkah tempoh perkenalan tujuh hari untuk mereka bercerita tentang soal cinta?

Ahhh. Cinta memang mampu buat orang jadi gila! Salahkan dia letak harapan pada Ayden? Bukankah lelaki itu yang membina harapan berpaksikan kasih dan sayang? Ayden, is it wrong to put up some hope?

Rania naik buntu. Tiba tiba Rania terasa ingin cepat pulang. Dia mahu tinggalkan semua mimpi indah ini. Biarlah dia kembali pada dunia nyata.

"You really think I won't come, did you?"

Sudah. Rania garu kepalanya. Tak cukup dengan suara hatinya bertelingkah sesama sendiri, sekarang muncul pulak suara Ayden. Rania makin kurang waras!

"Don't you want to see my face?"

Tapi kenapa suara tu macam real sangat? Terasa begitu hampir di belakang Rania.

"I'm here, Rania." Suara itu terus menampar telinga Rania. Rania masih berfikir fikir. Ayden datang? Perlahan lahan dia berpaling ke belakang, masih takut takut andai suara itu hanyalah dari khayalannya. Takut kecewa untuk kali kedua.

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now