Ayden melangkah malas menuju ke pintu penthouse miliknya. Password pintu dimasukkan. Tittt. Huh? Access denied? Siapa pulak buat kelakar tukar password pintu rumah dia? Tak kelakar okey.
Ayden cuba tekan sekali lagi. Krek. "Welcome back, Ayden." Suara robot menyambut kepulangannya sebelum pintu terbuka. Boleh pulak? Mesti dia tersalah tekan tadi. Ahh kronik benar penyakit cinta Ayden sampai password pintu rumah sendiri pun dia boleh tersalah tekan. Nasib baik tak kena berkhemah depan pintu. Sadis.
Ayden menanggalkan kasutnya. Matanya terfokus pada dua pasang kasut bukan miliknya yang tiba tiba muncul di ruangan berhampiran pintu. Milik siapa? Ada tetamu tak diundang ke? Setahunya cuma empat orang yang tahu password rumahnya, lima termasuk dirinya. Lagi pula rumahnya memiliki sistem kawalan yang sangat ketat. Bukan senang senang orang boleh ceroboh.
Berbekalkan minda yang penuh persoalan Ayden bergerak menghampiri ruang tamu yang sedikit terlindung dari muka pintu utama.
"You owe an explanation!" Suara lantang itu memecah kesunyian penthouse Ayden.
"Eomma." Ayden terkejut melihat kemunculan tiba tiba ibubapa. Bapanya Kim Jae Myung memiliki syarikat hartanah di Canada. Ibunya pula memiliki butik di sana. Kesibukkan keduanya ditambah dengan kesibukkan Ayden sendiri menyebabkan mereka jarang sekali dapat bertemu.
Itu belum dicampur dengan kesibukkan satu satunya kakak yang Ayden ada, Kim Ardell yang berkerja sebagai doktor. Tambahan, kakaknya kerap mengikuti aktiviti kemanusian di negara negara yang sedang dalam kancah peperangan. Kadang kadang, Ayden sendiri hilang jejak kakaknya. Kali terakhir Ardell ada beritahu dia akan ke Sarajevo.
"Should I book a wedding hall by now?" Suara lelaki itu mengukir senyum di wajah Ayden.
"Appa!" Ayden meluru memeluk tubuh ayahnya. Belakang Ayden ditepuk tepuk oleh Mr Kim. Anak lelakinya itu masih lagi anak manjanya. Walaupun sudah dewasa dan terpisah jauh Ayden masih rapat dengan keluarga.
Ayden beralih dan memeluk ibunya pula. Wajah ibunya masam adalah tu yang tak puas dihatinya namun pelukkan Ayden masih dibalas.
"Why didn't Eomma and Appa tell me you're coming." Ayden menyoal. Mereka bertiga duduk di sofa panjang. Ayden memeluk lengan ibubapanya. Bukan sedikit rindu buat mereka. Kali terakhir jumpa mungkin sudah lima atau enam bulan lepas. Atau lebih?
"Why? We have to booked an appointment before we can meet our own son?" Mrs Choi Yi Jin menyoal dengan nada kurang senang. Seolah olah kehadirannya tidak dialu alu oleh si anak. "Yeobo." Lembut Mr Kim menegur tingkah laku isterinya.
"No, eomma. It wasn't like that. I'm just worried if you come but I'm not home." Ayden memujuk ibunya. Kepalanya dilentokkan di bahu Mrs Choi. Sejuk hatinya dengan sifat manja anak bujangnya itu. Mr Kim hanya tersenyum. Ayden memang bijak mengawal mood ibunya.
"Now tell me, what is happening? Who's she?" Mrs Choi terus menyoal soalan utama yang bermain di fikiran mereka suami isteri. Persoalan yang membawa mereka terbang berjam jam pulang ke bumi Korea. Persoalan yang buat mereka tolak tepi segala kesibukkan dan segera terbang mencari Ayden demi sebuah jawapan. Mereka berdua terkejut besar dengan berita berita Ayden dan gadis itu yang menjadi perbualan hangat.
"Who's she? I don't know. Who's she?" Ayden sengaja menyoal kembali. Tangannya menggaru dagu konon konon sedang berfikir. Mr Kim sudah ketawa melihat Ayden sengaja menaikkan suhu kemarahan si ibu.
Laju tangan Mrs Choi mencubit perut Ayden. Geram dengan kenakalan anak lelaki tunggalnya itu. Boleh naik darah dibuatnya. Ayden mengaduh kesakitan. Mrs Choi mencemuh. Macam la sakit sangat. Perlahan je dia cubit. Ayden memang mengada lebih!
"Who's she?" Mrs Choi ulang semula soalannya dengan nada mendesak menagih jawapan.
"She's someone."
"Just someone?" Laju Mrs Choi menyoal. Mr Kim hanya pasang telinga mendengar perbualan dua beranak itu. Sedikit sebanyak dia juga ingin tahu siapa gadis yang berjaya menawan hati batu Ayden itu.
Ayden sandarkan tubuh pada sofa. Pandangan dihala ke beranda mengadap kesibukkan kota metropolitan Seoul. Tangannya masih setia berpaut pada lengan Mr Kim dan Mrs Choi.
"She's not just someone. She's too special that no word can describe. Seeing her smile make a world a better place. Being with her is like having a spring in the middle of winter. Too comforting. I don't know what is happening and I'm not sure either, the next thing I know I want her. Badly want her. I just met her but I feel like I want to own her. She doesn't have to do anything, just by standing there, she already win my heart. Have I gone crazy?"
"No, you're not crazy, Ayden. That's what we call LOVE. You've fall in love, Ayden. You love her!" Mr Kim menggosok gosok belakang Ayden. Meyakinkan anaknya tidak ada apa yang tidak kena. Mrs Choi terdiam. Dari mata Ayden, dia sebagai ibu dapat lihat dengan jelas, betapa Ayden mencintai gadis itu. Namun Mrs Choi masih ragu ragu. Adakah gadis itu turut mencintai anaknya?
"How can you fall in love this fast?" Sesi soal jawap Mrs Choi masih belum tamat. "Why can't I, eomma?" Ayden menjawap soalan dengan soalan. Bukankah cinta tidak perlukan masa?
"Yeobo, love require no time at all. Like Ayden said, the next thing you know, you don't want to lose her. I fall for you from the very first sight, dear. We got married less than a month after we met. I believed man of this family really fall in love at the first sight."
Mr Kim buka semula kisah cinta dia dan Mrs Choi. Muka Mrs Choi sudah kemerahan menahan malu. Walaupun mereka sudah berpuluh tahun berkahwin, Mrs Choi masih malu malu setiap kali kisah cinta mereka diungkit. Merah pipi itu masih sama sewaktu kali pertama Mr Kim bertemu dengannya. Ayden sudah ketawa kecil melihat bapanya mengusik ibunya.
"Yaaa Yeobo! Stop talking about that. We're talking about our son, not about us." Mrs Choi sudah muncung. Merajuk diusik si suami. Mr Kim hanya tersenyum. Tahu benar rajuk isterinya takkan bertahan lama.
"We're not talking about us nor about him. We're talking about love, yeobo. Love just happened. The cupid have shoot his arrow toward their heart together. Love need no explanation."
Ayden terangguk angguk dengan penerangan bapanya. Mrs Choi masih belum puas hati.
"What if she's after you money?" Mrs Choi cari alasan lain pula. Meletus tawa dari bibir Ayden.
"Eomma I thought you're so busy but you still manage to watch some drama I guess. This is not a drama, eomma. She's not like that. I'm pretty sure." Mr Kim ikut ketawa dengan jawapan Ayden. Hanya Mrs Choi tidak berminat untuk ketawa.
"You must be under her spell, Ayden." Mrs Choi mengomel geram bila setiap alasannya berjaya dipatahkan dua beranak itu. Mr Kim memang pembela Ayden sejak dulu. Setiap kesalahan Ayden jarang sekali menimbulkan kemarahan Mr Kim. Nasib baik Ayden masih jadi orang berguna. Kalau tak memang dia letak semua kesalahan pada Mr Kim yang terlalu manjakan anak anak.
"Yess. Just like I'm being under your love spell for decades." Usikan Mr Kim mengundang tawa Ayden. Makin masam wajah Mrs Choi jadinya.
"Don't worry, yeobo. Your son just wanna get married. He's not going anywhere." Mr Kim memujuk pula.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...