part 1

30 0 0
                                    

"What!!!!!! ??? "
Terkejut aku  apabila diberitahu bahawa dia mendapat dua lamaran serentak.
" Awak pikirlah apa yang terbaik untuk diri awak. kami hanya menyampaikan. " kata mak cik saudara aku kepada ku

Disaat aku  sedang memikirkan mengenai tawaran belajar aku di Australia. Hadir pula dua jejaka yang tidak dikenali dalam hidup ini. Tawaran yang diterima masih lagi belum diberitahu kepada ahli keluarga ku . Bagiku , aku ingin memikirkan dahulu. Mungkin aku  akan memberitahu ahli keluarganya pada saat dan waktu yang sesuai. Hati aku semakin risau apabila diberitahu bahawa dia telah mendapat dua lamaran  serentak.

"Perlu ke aku menolak kedua -dua atau pon memberi tahu kepada ahli keluarga ku untuk memilihkan yang mana terbaik. "

Mungkin jalan terbaik aku adalah istikarah. Bisik hati Amira.

"Mir rasa bagi mir masa, untuk buat solat istikarah dulu. Mir jugak mintak semua doakan Mir. " Begitu berdebar aku  apabila ingin menyampaikan kepada semua ahli keluargaku yang sedang menunggu jawapan.

" Kalaw macam tu kami tidak menghalang tetapi kami harap Mir buat keputusan fikir dengan baik. Jangan terlampau ikutkan perasaan.
"Kata pak usu kepada aku

Dari kecil aku tidak begitu rapat dengan ahli keluargaku . Aku hanya rapat dengan nenekku sahaja. Ini kerana sejak kecil aku  dibesarakn oleh nenekku .Bukan kerana aku  tidak mempunyai mak ayah. Tetapi kerana semasa kecil kami  adik beradik banyak meluangkan masa bersama nenek. Apabila ibu bapanya mendapat tawaran bekerja di luar negara aku seorang hanya mahu tinggal kerana terlampau sayang untuk meninggalkan nenekku . Jadi apabila besar aku tidak begitu rapat dengan keluarga.

Disebabkan semalam berbincang hingga lewat malam jadi aku  tidur agak lewat. Bukan setakat itu sahaja aku  juga rungsing untuk memikirkan masalah yang dialami.
Istikarah penentuanya moga allah tunjukan jalan.

"Mir!!!!! Mna pulak budak ni selalu pukul enam setenggah dah riuh dapur tapi hari ni pukul tujuh masih belum bangun" bebel ibu saudara aku . 

"Mir dah bangun ni mak angah. Jap lagi Mir keluar. " jerit aku dari dalam bilik. Aku  melihat jam di dinding.

Patut lah mak cik aku bising rupa nya dah terlebih tidur.

Disababkan harini aku  terlewat bangun ibu saudaraku  yang menyiapkan sarapan pagi.

Sampai sahaja di dapur terus Aku mencapai teko dan di isikan kopi uncang . Memang telah menjadi runtin harian aku begitu selepas tamat SPM. Mungkin kerana terbiasa jadi aku tidak begitu kekok untuk berada di dapur. Mana tidaknya, selepas  aku abis UPSR nenek sudah suruh belajar masak kerana senang jika berlaku apa apa kepada nenek.

" maaflah mak angah Mir terlambat bangun pulak . "

" tak apa lagi pon sementara kami semua disini kami boleh masak lagi pon mesti Mir penat kerana samalam. "

Aku hanya tersenyum apabila mak cik saudaraku membalas .

"Mir pasal semalam tu, mak angah rasa kamu kenal kedua-dua lelaki itu . Kalaw Mir nak tengok gambar mak angah boleh tunjukan. "
Aku hanya berdiam mungkin kerana rungsing .

Mak angah menuju ke telephone bimbit yang berjenama Asus dan menunjukan gambar salah seoranh daripada lelaki itu.
Didalam hati ku. Handsome jugak lelaki ni. Tapi kejap

" Raja Huzair Amirulaah ? "Tegamam aku apabila melihat gamabarnya yang dipaparkan di telephone mak angah.

" yer lah ini lah lelaki tu . Kan betul Mir kenal . Sebab dia ada cakap kat mak angah semalam yang dia kenal kamu sejak bangku seklolah . "

Mana tidak kenal senior yang menjadi rebutan ramai termasuk aku .Dan penah mengajar aku ketika form 2 . umur kami tidak lah bigitu jauh hanya beza 4 tahun sahaja .

"Mak angah boleh tunjukkan lelaki yang kedua ? " kata aku kepada mak angah . Tujun aku cuma ingin mengatahui siapa lelaki itu.

"Ini dia lelaki itu. "

Ohh siapa ni.?Setahu aku . Aku tidak pernah bejumpa dengan mamat ni . Nak cakap kawan sekolah tak .Gumam aku di dalam hati

" Ehh lupa mak ngah nak cakap ini Sharul  . Kalau Mir ingat ini anak Ibu Karmilah . "

" ibu Karmilah? Sudah bertahun aku tidak mendengar nama ibu Karmila. Sudah hampir 12 tahun kami tidak berjumpa .

" Mir tak tahu ke yang Ibu Karmila sekeluarga dah balik sini . Diorang balik sini dah setahun. Dia jumpa Umi kat selangor hari tu.  Masa  umi balik sekejap hari  itu .Umi tunjukan gambar Mir kat dia kerana rindu pada Mir. "

" kiranya umi dengan abi tahu lah mengenai dua lelaki ini ?"

"Sebenarnya umi dengan abi yang suruh Mir pilih mna satu yang Mir " belum sempat mak ngah menghabiskan ayat tiba" nenek memanggil aku.

" Amiratul Nazihah !!! , kamu kat mana ? ..apabila mendengar nenek memanggil , aku segera bangun dari kerusi dan segera meletakan kopi ke dalam cawan.

" yer nek .nenek nak sarapan ?"

" buatkan nenek susu ngan lemping . Tetiba terasa nak makan lemping cecah gula . Jangan lupa buat cair " dah siap nanti panggil nenek.

Tanpa membuang masa aku terus membancuh tepung untuk membuat lemping yang diminta nenek. Bila nenek teringgin nenek memang akan memanggil aku untuk masakan. Katanya senang bila aku kawin nanti aku pandai melayan suami aku . Ahhh chooi .

Selesai membuat lemping hampir dua puluh keping. banyakan ahh memang banyak pon sebab anak sedara aku memang memang mengemari lemping lagi lagi dicecah dengan  susu .uwahhh sedap  tu. 

Aku duduk di sebelah pak ngah aku yang begitu sedap  makan mee goreng yang disediakan oleh mak angah .

" Mir jangan stress pikir pasal tu. Pak angah tahu Mir nak capai cita " mir dulu . Pak angah rasa baik Mir pikir baik ". Mir jangan stress tau .nanti sakit susah.

Aku hanya menganguk dan terus mengambil mee goreng disebelah kuih keria.  Boleh tahan sedap jugak. Mana tidaknya mak angah memang cerewit  .
Jadi kalau masak tak sedap dia yang akan membebelkan diri sendiri.

Kemanisan senyuman wanitaWhere stories live. Discover now