Part 1[Aizawa Nami]

1.3K 59 14
                                    

"Nami!! Awal kau sampai? Weh, aku ada cite nak share ni." Ujar Kishihara Hanako sambil meletakkan beg sekolahnya yang meriah dengan segala keychain Naruto. Ya, kawanku seorang ni memang minat habis dengan cerita anime yang merapu tu. Entah la, bagi aku, cerita tu sesuai untuk budak-budak berhingus aje. Entah ape punya cerita pun aku tak tau. Yang pasti, aku tak suka cerita Naruto. Titik!!

Pandangan mata masih menghala ke luar tingkap. Apa yang aku pandang pun, aku tak tahu. "Cerita apa Hanako? Jangan kata kau nak cite pasal buah hati yang tak wujud kau sudah." Dengan malas, aku memalingkan wajah dan mengadap gadis yang berambut panjang separas bahu itu.

"Bingo!! Pandai kau. Macam tau-tau aje. Eh, movie baru Naruto dah keluar. Jom la temankan aku tengok petang ni. Please." Hanako membuat muka seposennya itu. Haish, ni aku lemah ni.

Jari telunjuk diletakkan pada dibibir. Konon berfikir la. 'Aku dah la tak minat cite tu. Habis, kalau aku tengok buat bazir duit aje. Tapi, kesian pulak tengok Minah kerek ni.' Kusut sekejap fikiran aku yang sememangnya bercelaru.

"Ala, jom la. Kalau kau balik rumah pun, bukan ada sesiapa pun." Hanako masih cuba memujuk.

Erk. Tapi, Betul la apa yang dikatakan Hanako. Aku, Aizawa Nami, pemilik tunggal Aizawa's Corporation. Keluarga aku semuanya mati dalam kebakaran 6 tahun lepas. Ayah, ibu, kakak, abang dan adik, semua berpakat tinggalkan aku seorang kat dunia ni. Ya, memang aku sahaja yang terselamat. Siapa sangka, ayah Hanako sanggup meredah api selamatkan aku yang berusia 11 tahun ketika itu.

"Tapi, Hana, nanti ayah kau marah kalau kita balik lambat." Ujarku agar Hanako mengubah fikirannya. Iya la, ayah Hanako bimbang akan keselamatan anak daranya yang satu itu.

Dialah satu-satunya kawan rapat yang dia ada. Kishihara Hanako. Nama bak selembut kapas, tapi siapa sangka dia seorang yang sangat ganas. Semuanya hasil daripada pengaruh Naruto. Katanya, kita kenalah ikut jalan ninja kita sendiri. Jangan ikut apa yang orang kata. Tapi Hanako, masalah sekarang ni, kita bukan ninja. Apa punya pegangan la yang dia pegang pun aku tak tau. Macam mana aku boleh rapat dengan dia? Dulu ayahnya seorang pengawal peribadi keluargaku, tapi kini tak lagi. Okay, stop cerita pasal minat otaku ni.

"Takdenya ayah aku marah. Aku dah kasi tau dekat dia pagi tadi. Jom la. Bukan senang nak enjoy macam ni. Bulan depan dah exam. Jom la." Hanako masih lagi cuba memancing minatku. Siap mengocak-ngocak tangan lagi.

"Okay la. Tapi, kau belanja. Aku tak nak keluarkan duit sikit pun." Akhirnya aku mengalah. Bukan apa, kalau dibiarkan minah ni, alamatnya tak belajar la aku hari ni.

~
Normal's pov

Ding dong! Ding dong! Pergh!! klasik gila bunyi loceng sekolah ni. Macam sekolah zaman dinasor. Ahahaha, hiperbola melampau!!

Hanako pantas bangun dari kerusinya. Skirt yang dipakai dibetulkan. semangat la katakan. Nami masih lagi malas untuk bangun.

"Cepat la Nami. Nanti tiket habis. Menangis tak berlagu la aku nanti." Gesa Hanako. "Kau aje yang nangis, aku tak." Kata Nami sambil menggeliat perlahan. Sengaja dia membuat gerak slow motion.

Dia menyimpan segala buku yang bersepah di atas meja. Diliriknya pada wajah Hanako yang sabar menunggunya.

"Hana, rasa malas la pulak. Lain kali ek?" Saja Nami menduga hati sahabat baiknya itu.

"No!! Kau dah janji tadikan? Mana boleh mungkir janji. Tak baik tau." Pantas Hanako menjawab. Nami ketawa melihat kekalutan Hanako.

"Iye la. Iye la. Jom." Sehabis bicara Nami bangun dari tempatnya. Seiring mereka berjalan.

Mulut Hanako riuh bercerita pasal Movie baru Naruto. "Nami, kau tau tak, semalam aku ada la search serba sedikit pasal movie yang kita nak tengok ni. Cerita diakan pasal anak Naruto. Uzumaki Boruto namanya. Pastukan, dia ni macam kurang kasih sayang. Iye la kan, Naruto selalu sibuk, mana ada masa nak layan Boruto."

Mata Nami dah juling keatas. dah start minah ni punya story. "Ha, sekarang ni, kau bayangkan aku ni Naruto, kau Boruto. Maknanya, aku takde masa nak layan kau." Perli Nami. Hanako memuncungkan mulutnya lantas dia menarik rambut panjang Nami yang melepas paras punggungnya.

"Aduh! Sakit la! Tunggu kau!!" Jerit Nami. Dia mengejar Hanako yang pantas berlari setelah menarik ekor kudanya itu.

Tanpa melihat kiri dan kanan, dia terus mengejar Hanako. Tanpa disangka sebuah lori yang dipandu seorang pemandu yang sedang mabuk menuju laju kearah Nami.

Nami berhenti melihat kenderaan yang meluncur laju ke arahnya. Terkejut melihat kenderaan yang dipandu secara ganas itu. Iye la, mana pernah dibuatnya melihat orang memandu guna kaki. Suasana menjadi sepi seketika.

Bum... Akhirnya badan Nami melambung tinggi ke udara. Hanako terkejut. Mata Nami yang 'terbang' di udara berkelip-kelip perlahan sebelum badannya menyembah bumi.

"Nami!!!!!" Jeritan Hanako memenuhi ruang jalan raya tersebut. Dia berlari mendapatkan Nami. Suasana menjadi riuh dengan tiba-tiba. Ramai yang menghurungi mereka untuk melihat apa yang berlaku. Lori yang melanggar Nami terlanggar dengan pokok sakura yang sedang mekar pada waktu itu.

Bunga-bunga sakura terus berterbangan ditiup angin.

Kepala Nami semakin menerawang.

"Ayah, ibu, abang, kakak, adik. Tunggu Nami datang." Kelopak matanya semakin tertutup rapat.

Apa yang didengarnya cumalah suara Hanako yang semakin menjauh.

"Nami, jangan tidur. Bukak mata kau. Nami!!!" Tangisan Hanako semakin menggila. Dikesat darah yang membasahi wajah sahabat yang dianggap sebagai adiknya itu.

Namun, Nami degil. Langsung dia tidak hiraukan arahan Hanako. Pandangan mata semakin gelap sebelum segalanya menjadi kelam. Gelap. Dunianya semakin sepi. Akhirnya dia terkulai layu dipangkuan sahabat yang sentiasa ada bersama dengannya.

"Nami!!! Bangun Nami!!" Jeritan Hanako menjadi semakin pilu.

***************************

Hye guys.. hoho, nie novel fanfic first saya.. hope korang enjoy.. well, saya memang suka mengarut..

Idea datang secara spontan.. mungkin sbb saya dah terlalu lama cuti n kerja saya pun selalu mengadap cite Naruto, jadi otak saya memang penuh dgn bayangan Naruto aje.

Nama watak?? Ngeh ngeh ngeh. Yang ni, tiada kena mengena dengan hidup atau mati. Nami dan Hanako? Sebenarnya, dua nama tu adalah pelukis komik. Disebabkan saya memang lah tak pandai mereka cipta nama, saya ambil dan ubah sikit aje. Dan watak2 lain tentunya daripada watak Naruto sendiri.

Akhirul salam, hope korang boleh terima imaginasi saya yang annoying ni.. jaaa~

Naruto!! Enter!! √Where stories live. Discover now