Halwa Jannatun nama yang indah diberikan oleh Pak Mahmud dan Mak Salwa untuk puteri sulung mereka yang sekian lama diidamkan dan dinantikan kehadirannya setelah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.Selang dua ke tujuh tahun kemudian,Pak Mahmud dan Mak Salwa dikurniakan lagi dua orang puteri disusuli dua orang putera.Masa berlalu dengan begitu pantas dan kini, kelima-lima mereka masing-masing berusia dalam lingkungan tiga belas hingga enam tahun.Walaupun Pak Mahmud hanya seorang pekebun sayuran namun beliau tetap gigih membanting tulang untuk mengusahakan tanah yang tak seluas mana pun demi kebahagiaan mereka sekeluarga.Setiap pagi,beliau akan mengayuh basikal tuanya untuk menjual hasil tanamannya kepada penduduk kampung.Kadang-kala,ada juga yang terus datang ke kebun untuk membeli sayuran ditanamnya.Pendapatannya taklah menentu tapi dapatlah sedikit sebanyak menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.Ada kalanya,Pak Mahmud bersama kawannya Pak Halim akan pergi menangkap ikan di laut.Hasil tangkapan mereka akan dijual di pasar dan selebihnya untuk mereka makan.Isteri Pak Mahmud,Mak Salwa seorang suri rumah dan gemar membuat ikan kering hasil lebihan jualan suaminya.
Petang tu....
"Assalamualaikum.." Pak Mahmud memberi salam.
"Waalaikumussalam..bang" jawab isterinya pula sambil menyalam mencium tangan dan mengambil barang-barang dari tangan suaminya.
"Anak-anak kita mana, maknya?" tanya Pak Mahmud.
"Halwa belum balik lagi dari sekolah. Mumtaz, Zahrah dan Amru pergi sekolah Agama dan Usu tidur kat atas tu, bang" jawab Mak Salwa.
"Ooo..Ya lah pula. Hari ni kan, anak-anak kita tu sekolah. Abang terlupa pula, maknya.." kata Pak Mahmud sambil mengukirkan senyuman untuk isteri tercintanya.
"Ya, bang" jawab isterinya sambil membalas senyuman suaminya.
"Banyak dapat ikannya bang?" kata Mak Salwa sambil menghulurkan air kepada suaminya.
"Al-Hamdulillah..Banyak juga, maknya" jawab Pak Mahmud sambil menghulurkan wang dan lebihan ikan
kepada isterinya.
"Al-Hamdulillah dan terima kasih, bang.." jawab Mak Salwa dengan gembiranya.
"Bang, tu pun anak kita Halwa dah pulang.." kata isterinya sambil mereka memandang ke arah anaknya yang tersenyum manis.
"Amboi..Dah besar pun anak kita tu ya maknya..Makin cantik macam awak muda-muda dulu.." Pak Mahmud mengusik isterinya.
"Assalamualaikum abah, mak.." sapa Halwa sambil menyalam dan mencium tangan kedua ibu bapanya.
"Waalaikumussalam nak..Al-Hamdulillah,kamu dah sampai rumah.." jawab abah dan maknya serentak dengan senyuman.
"Halwa balik berjalan kaki dengan siapa?.. Izzatul Aini dan Nurul Qamar ke?." tanya maknya.
"Ya..Halwa balik dengan mereka berdua tu mak..Tu jalah kawan rapat Halwa kat kampung ni " jawab Halwa.
"Ooo..Kalau begitu tak pa lah ya nak..Mari,kita naik kat atas. Abah kamu ni pun belum makan lagi ni.Baru balik dari laut dan jual ikan tadi kat pasar.." kata maknya.
"Halwa pun tentu dah lapar kn.." tambah maknya lagi.
"Ya,mak..Halwa dah lapar. Masa dalam perjalanan balik tadi. Asyik terbayang-bayang ja masakkan mak yang sedap tu tau.." jawab Halwa manja.
"Dah,Jom..kita naik atas makan. Perut abah pun dah berbunyi ni.. " pelawa abahnya.
YOU ARE READING
Dia Bukan Ditakdirkan Untukku
RandomSinopsis Kehidupan suka duka dan percintaan gadis yang bernama Halwa Jannatun dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup bersama keluarganya yang tercinta. Halwa seorang gadis yang tabah dan cekal namun dia juga seperti gadis lain yang ingin mempunyai...