Balik

139 1 2
                                    

Buto! Pehal la lambat sangat ni.... Mana pulak bangsat ni-abang aku. Dah pukul 6 petang dah ni. Dah sejam aku tunggu kat pusat latihan memandu ni. Aku dah cakap dah aku balik pukul 5 kat dia tadi. Nak call, takde credit. Celaka!

5 minit....

10 minit....

Bzzz..Bzz..Bzz..

Ade orang call. Terpapar nama Ayah di screen Samsung Galaxyku.

Aku angkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Uda dah balik ke belom?" suara ayah kedengaran di hujung talian.

"Belom." ringkas sahaja jawapan aku. Aku merajuk.

Aku mematikan telefon panggilan tersebut. Tiba-tiba seseorang menepuk bahu aku dari belakang. Aku menoleh. Ya Allah! Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui yang menepuk aku itu adalah Fahmi (kawan sekolah menengah aku). Pakaiannya compang camping.

"Ade lima posen tak?" sambil dia menghulurkan sebuah mangkuk ke arah aku.

Memandangkan aku ni seorang yang kaya, dan di tambah pula si pengemis itu kawan aku, aku meletakkan RM5000 ke dalam mangkuknya.

"Nah! Shuh shuh. Pegi main jauh-jauh." sambil tangan aku mengibas2 menghalau si pengemis itu-Fahmi.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada aku, dia terus beredar sambil berlari lari anak. Aku tertanya-tanya kenapa dia menjadi miskin seperti itu. Oleh itu, aku mengekorinya.

Terbeliak mata aku! Di hadapan mata aku sendiri, aku lihat si pemuda selekeh itu menaiki sebuah kereta Ferrari. OH MY GOD!

Aku dengan pantasnya mengambil kereta ford mustang ku. Entah macam mana entah boleh tetiba je muncul. Dengan kemahiran yang aku ada, aku memecut laju mengejar Fahmi. Saat yang ditunggu telah tiba. Keretaku kini disebelah Ferrari yang dimiliki Fahmi. Kami berlumba. Top speed sudah mencecah tahap maksima. Kami tidak berputus asa. Aku melihat Fahmi memakai helmat. Aku kehairanan. Lalu aku mencapai helmet ku yang diletakkan dikerusi belakang. DEMI KESELAMATAN BERSAMA.

Aku menyesal dengan tindakan aku...

Kami tidak berputus asa. Hendak seribu daya taknak seribu dalih. Itu merupakan prinsip yg aku pegang selama ini. Badanku kini sudah tidak bermaya. Aku nampak Fahmi mengeluarkan keyboard... aku semakin kehairanan... AKU MENJADI GILA APABILA MELIHAT FAHMI MEMBUAT CHEAT CODE GTA . KERETANYA TERBANG.....

Keretanya meluncur jauh di hadapan. Aku sudah ketinggalan. Aku terpaksa menggunakan ultimate power aku. Butang merah di bawah handbrake di tekan laju. Bahagian atas kereta aku terbuka luas. Aku menekan butang hijau pula. Kerusi aku terlompat keluar dan laju kehadapan. Aku hilang imbangan. Badan aku diawangan. Dengan kemahiran yang aku ada, tangan aku dapat berpaut pada kereta Fahmi. Seperti stunt dalam citer dongeng orang putih jahiliah, aku dapat memasuki Ferrari tersebut. Aku berada di seat belakang dan Fahmi masih dihadapn tekun memandu. Aku mengeluarkan RM5 lalu menghulurkannya kepada Fahmi.

"Nah. Hantar aku sampai rumah aku tau. Nak tunggu abang aku datang memang lambat la kan.. Dia tu dah la lembab".

Fahmi terkejot lalu keretanya hilang imbangan. Kami panik... kereta kami menuju kearah laut.
Aku menyuruh Fahmi membuat Cheat Code terapung atas air.. die lupa.. dengan pantas aku google internet kejap dan....
YEAH. AKU JUMPA!
Fahmi menurut apa yang aku cakap.
Kami terselamat daripada terhempas....

Aku menyedari bahawa aku bukan dibumi.....

AKU SALAH BUAT CHEAT CODE!!!
TU CHEAT CODE TUKA DIMENSI!!!

Kebodohanku telah membawa kami kealam yg lain. Penuh dengan keindahan dan perempuan.. kami rasa TERUJA..

"Astarghfirullah hal azim" tetiba sahaja Haakim menegur aku. Eh, SIAL! Siapa Haakim? Asal tetiba je watak dia ni muncul?

"Cuba kau baca doa naik kenderaan" Haakim menyuruh aku. Entah kenapa, aku turuti sahaja arahannya. Aku menadah tangan. Selesai sahaja baca, aku menyapu kedua tangan aku ke muka.

Tidak! Ferrari yang kami naiki kembali ke bumi semula dan meluncur laju di jalan raya yang banyak rosak. Lopek punya JPJ tak betulkan jalan.Diorang lah punca sebenar banyak kemalangan di Malaysia.

Haakim yang tadinya di sebelah aku telah hilang. Pelik. Aku dan Fahmi keliru. Mahu bersyukur atau menyesal. Bersyukur kerana dapat mengelakkan maksiat atau menyesal kerana terlepas nikmat maksiat dunia bersama perempuan perempuan jalang tadi.

..........

Fahmi meneruskan pemanduannya. Tiba2 dia memberhentikan kenderaannya.

"Ok. Dah sampai. Keluarlah cepat. Semak je dalam kereta aku." akhirnya Fahmi bersuara setelah 15 minit kami membisu.

Aku keluar dari keretanya dengan dimulakan dengan kaki kanan. Ikut sunah la katakan.

"Terima kasih bro." lalu aku menutup pintu keretanya.

Aku lihat Ferrari merahnya pergi meninggalkan aku sendirian. Aku melambai2 sayu. Sedih. Kerana terpaksa berpisah dengan kawan aku.

Aku memusingkan badan aku untuk masuk ke dalam rumah aku.

Aneh. Pagarnya terbuka luas dan berwarna putih. Biasanya warna hitam. Lain daripada biasa ni.

Aku mendongak sedikit kepala aku untuk melihat bahagian bumbung. Terdapat sebuah papan tanda. Aku membaca dengan tekun. Pilu. Aku cuba hadamkan apa yang aku baru baca. Tidak puas hati. Aku baca berkali2 tulisan yang terdapat di papan tanda tersebut.

Air mata aku deras jatuh ke tanah. Aku tunduk kerana aku tidak sanggup lagi. Dugaan apekah yang telah aku alami ini. Aku berlutut sambil mengenangkan nasib aku yang malang ini.

Aku membuka helmet aku. Rimas.

Aku mendongak sekali lagi. Mungkin ini kali terakhir.
Aku baca dengan perlahan..

"PUSAT LATIHAN MEMANDU"

----------TAMAT--------

AKU TERLUPA!!!
DUIT RM5000 AKU DIKEBAS!!!

ImaginasiWhere stories live. Discover now