Bab 2

37 2 0
                                    

Setelah menunaikan solat maghrib berjemaah dan sementara menunggu azan isyak berkumandang, seperti kebiasaannya Pak Mahmud akan mengajar anak-anaknya membaca Al-Quran sekiranya dia tidak turun ke laut ataupun ada urusan lain. Kadang-kala isterinya atau pun anaknya Halwa yang akan mengajar adik-adiknya mengaji .
"Anak-anak abah kena rajin membaca Al-Quran supaya bila abah dan mak dah tak ada nanti bolehlah bacakan Surah Yaasiin untuk kami berdua dan jadikanlah membaca Al-Quran ini sebagai amalan kamu setiap hari. Ingatlah Al-Quran adalah mukjizat Agung Nabi kita Muhammad S.A.W. Selain itu, dapat memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa dalam diri kita" pesan Pak Mahmud panjang lebar kepada anak-anaknya yang berlima itu.
"Ya, baik abah dan kami akan ingat pesanan abah ni..In shaa ALLAH" jawab Halwa bersama adik-adiknya.
"Usu pun dah pandai mengaji kan abah kan.." kata Ikhwan anak bongsu Pak Makmud dengan suara ceria bersemangat.
"Ya..Usu anak abah pun dah pandai mengaji.." jawab Pak Mahmud sambil mengusap belakang anaknya.

Tak lama kemudian...
Dari kejauhan, kedengaran suara bilal melaungkan azan dengan penuh syahdu dari masjid kampung itu, menandakan masuknya solat isyak. Terasa damai mendengarnya..
Kemudian, Pak Mahmud anak-beranak pun menunaikan solat isyak berjemaah.
Setelah selesai bersolat, mereka sekeluarga pun masuk ke dapur. Halwa bersama dua orang adik perempuannya membantu maknya menghidangkan makanan untuk diletakkan di atas tikar mengkuang yang sudah dihamparkan oleh abahnya tadi. Mereka sekeluarga pun duduk untuk menikmati makan malam bersama-sama yang disajikan oleh mak Salwa. Kemudian, Pak Mahmud pun membacakan doa makan.

Selesai makan malam..
Pak Mahmud bersama tiga orang anaknya pergi ke ruang tamu sambil memantau anak-anaknya membuat kerja rumah atau pun menelaah mata pelajaran sekolah mereka. Halwa dan adiknya Mumtaz sibuk membantu maknya di dapur mengemas dan kemudian membasuh pinggan mangkuk yang mereka gunakan tadi.
"Mak..Biar Halwa dengan adik Mumtaz yang membasuh semua ni ya..Mak pergilah berehat " kata Halwa kepada maknya.
"Ya, betul. Mumtaz sokong kata kak Halwa tu mak..Mak berehatlah.. Biar kami yang basuhkan semuanya" tambah Mumtaz pula.
"Tak pa lah..Anak-anak mak ya.. Pergilah siapkan kerja rumah dan ulang kaji pelajaran. Selepas tu, awal berehat dan esok nak pergi sekolah lagi kan. Biar mak saja yang selesaikan semuanya ni" kata maknya sambil mengusap pipi kedua-dua anak perempuannya itu.
"Tapi, mak..Halwa dah siapkan semua kerja sekolah yang cikgu Halwa suruh tu siang tadi.. Jadi,Halwa bolehlah tolong mak ya.. " jawab Halwa sambil tersenyum kepada maknya.
"Kalau begitu.. Mumtaz pergi siapkan kerja sekolah dululah, mak. Tapi, Kak Halwa mesti tolong periksakan jawapan Mumtaz nanti ya kak.." kata Mumtaz manja.
"Ya lah.. Nanti akak tolong adik Mumtaz ya sayang.. Jangan lupa bagi upah kak Halwa nanti" kata Halwa berseloroh sambil mencuit pipi adiknya.
Mumtaz pun berlalu dari dapur dan menuju ke ruang tamu untuk menyiapkan kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya siang tadi. Manakala Halwa membantu maknya di dapur sehingga selesai semuanya.
Setelah itu, Halwa pun menyemak kerja sekolah dan memberikan tunjuk ajar kepada adik-adiknya di ruang tamu sambil mereka duduk bersembang dengan abah dan maknya.

Dia Bukan Ditakdirkan Untukku  Where stories live. Discover now