Sebelum masuk tidur..
Halwa dan adik-adiknya akan menyalam dan mencium tangan ibubapa mereka lantas mengucapkan salam kepada keduanya. Kemudian, mereka pun beredar masuk ke bilik masing-masing. Kebiasaannya, Halwa akan menyalakan lilin untuk menelaah pelajarannya kerana tiada bekalan eleterik dalam setiap bilik di rumah mereka. Namun, itu tidak mematahkan semangat Halwa untuk terus berusaha dengan lebih rajin dan tekun dalam pelajarannya. Dalam bilik yang sama, kelihatan kedua adiknya Mumtaz dan Zahrah sudah tidur lena dan mungkin tengah diulit mimpi yang indah. Halwa pun membetulkan selimut dan lantas mengusap kepala mereka sambil mencium dahi adik-adiknya yang sedang tidur lena itu. "Ya, ALLAH.. Engkau peliharalah kedua ibubapaku, adik-beradikku dan diriku ini daripada segala kejahatan. Sesungguhnya hanya padamu tempat hambamu yang dha'if ini bermunajat Ya, ALLAH.. Aamiiin" doa Halwa dalam hati dengan berlinangan airmatanya. Selepas itu, Halwa pun berbaring untuk tidur di sebelah adiknya Mumtaz.
Tiba-tiba.. Halwa terimbas perbualan di antara abah dan maknya petang tadi. Waktu itu, Halwa baru nak menuju ke dapur.
"Bang.. Pagi tadi, kak Long datang menagih duit yang kita guna untuk membayar yuran dan keperluan sekolah Halwa dan adik-adiknya tu. Salwa ajak naik pun kak Long tak nak bang.. Apa lagi, nak jamah makan minum kat rumah kita ni, jauh sekali bang.. " kata maknya memberitahu abahnya. Pernah suatu ketika, Mak Salwa mempelawa kakak iparnya tu naik dan makan di rumah mereka. Dengan muka sombong, kak long cakap air minuman dan makanan yang Mak Salwa hidangkan tu semuanya najis dan beracun. Tak ada selera dia nak menjamah makanan tu walaupun secebis. Abahnya pun menjawab, "tak apa.. abang akan usahakan untuk membayar secara ansuran duit yang kita pinjam kat abang Long tu nanti. Biarlah, kalau kak Long tak sudi nak naik dan minum kat rumah kita ni. Kita dah masak sangat dengan perangai sombong kak Long tu. Dah lah.. Nanti Halwa dengar tak elok pula, maknya. Maklumlah.. Anak kita tu matang orangnya " kata suaminya. "Ya lah bang.. Kasian pula Halwa kalau dengar semua ni. Mana pula, Halwa ni..? " kata maknya.
Selepas terimbas itu, Halwa berfikir dan akhirnya, mata Halwa yang sangat mengantuk itu pun terlelap dan tidur bersama-sama adiknya yang berdua itu dengan beralaskan tilam yang lusuh dan berobek-robek. Tapi, mereka tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada alas tidur agar tidak merasa terlalu kedinginan apabila sejuk nanti. Adakalanya, Halwa akan bangun semula tengah malam untuk menunaikan solat tahajjud dan bermunajat kepada ALLAH. Begitulah yang selalu diamalkan oleh Halwa sekeluarga.Sebelum menjelang subuh, Halwa akan bangun awal untuk menyedarkan adik-adiknya Mumtaz dan Zahrah supaya mereka dapat bersiap sedia lebih awal di atas sejadah sambil menunggu azan subuh berkumandang. Di luar bilik pula, abah dan maknya sudah menanti mereka untuk bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Amru dan Usu pun dah bangun juga.
"Assalamualaikum.. Adik-adik akak.. Bangun.. Bangun...Mumtaz, Zahrah... cepatla bangun dik.. Abah dan mak kita dah tunggu kat luar tu.. Sebentar lagi, azan subuh akan berkumandang dah ni. Jom lah bangun.. Adik-adik sayang.. " beritahu Halwa sambil mengoncangkan badan adiknya dan memicit lembut hidung mereka berdua. Begitulah rutin yang selalu dilakukan oleh Halwa apabila membangunkan adik-adik kesayangannya tu. Tak lama kemudian, Mumtaz dan Zahrah pun bangun dan beriringan berjalan bersama dengan kakaknya Halwa ke bilik air di sebelah dapur mereka. Setelah selesai, mereka pun menuju ke ruang tamu abah dan maknya menanti.
Tak lama kemudian, azan subuh pun berkumandang. Mereka sekeluarga pun menunaikan solat subuh berjemaah seperti kebiasaannya.
YOU ARE READING
Dia Bukan Ditakdirkan Untukku
RandomSinopsis Kehidupan suka duka dan percintaan gadis yang bernama Halwa Jannatun dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup bersama keluarganya yang tercinta. Halwa seorang gadis yang tabah dan cekal namun dia juga seperti gadis lain yang ingin mempunyai...