ICHI(1)

115 5 6
                                    

"Apa otou-san?!". Kaori terjerit apabila mendengar keputusan ayahnya itu.

"Iya.. Kamu kena jugak...". Jawab Encik Yamazaki kepada anak daranya itu.

"Alah otou-san... Tak nak lah.. Takutlah tak pernah buat macam ni...". Pujuk Kaori.

"Haish.. Apa yang takutnya? Kamu tu memang kena sekolah campur. Dekat sikit dengan rumah kita ni. Tak payah lalu stesen banyak-banyak". Terang Encik Yamazaki kepada anaknya itu lagi.

"Alaa... Taknaklah sekolah ada lelaki. Takutlah..".

"Aikk? Ahh.. Takde banyak alasan lagi. Sekolah je kat situ. Muktamad!". Encik Yamazaki menegaskan keputusannya.

Kaori hanya mencebik bibir. Dia bergerak ke biliknya dengan hati yang sedih lagi sedu.

"Kaa-san.. Taknak sekolah situ. Tapi otou-san paksa. Huwaa!!". Adu Kaori kepada ibunya.

"Kalaulah kaa-san ada lagi. Mesti dia marah otou-san sebab paksa aku". Rungut Kaori di dalam biliknya.

Ya, ibunya telah meninggal dunia 3 tahun lepas. Sejak itu Encik Yamazaki terus berpindah ke Jepun semula untuk hidup bersama ibu dan ayahnya yang berada di sini. Dan dia membawa Kaori bersama. Kini Kaori dan ayahnya hidup bersama.

"Haihh, macam mana ni? Apa aku nak buat? Sekolah dah lah mula esok. Otou-san ni pun bukan nak bagitau awal-awal aku kena sekolah campur. Bolehlah aku sedia mental sikit. Hishh otou-san ni saje je lah". Rungut Kaori lagi.

"Huwaa! Macam mana nak buat ni? Aku dah lah takde kawan langsung kat jepun ni".

Ya, betul. Kaori tidak mempunyai seorang pun kawan di sini. Adalah beberapa tapi tidaklah terlalu rapat. Ini kerana imejnya yang menutup aurat. Disebabkan dia muslim, Kaori dibenarkan untuk memakai tudung labuh, tidak men'tuck-in' baju dan berskirt labuh. Comel. Tapi tiada siapa yang ingin berkawan dengannya kerana menganggap dirinya pelik. Dan sebelum ini dia bersekolah di sekolah antarabangsa perempuan. Jadi, tidaklah terasa janggal sangat. Kerana adalah beberapa orang juga yang memakai tudung sepertinya.

"Ah! Daripada aku runsingkan kepala, baik aku pergi melukis kat luar". Kata Kaori. Hobinya itu tak pernah ditinggalkan sejak berumur 10 tahun. Arwah ibunya sangat menggalakkan hobi anaknya itu. Kata Kaori, dapatlah lukis kenangan.

Kaori pun melangkah keluar dari rumahnya menuju ke taman bunga yang berdekatan dengan rumahnya dengan sebuah sketch book di tangannya. Dengan semangat untuk melukis.

Sesampai sahaja di taman dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi panjang. Dia melukis pokok bunga sakura yang belum lagi mengeluarkan bunga yang berwarna merah jambu itu.

'Ahh, lantaklah bunga tak banyak pun. Janji aku dapat melukis'. Leka sungguh Kaori melukis sampai tak sedar dah nak maghrib. Sudahlah kawasan yang didiami ini susah untuk didengari azan yang dikumandangkan.

Usai melukis Kaori melihat kembali ke kertas lukisannya itu. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilukis dia terus melihat jam pada telefonnya.

'Hah?! Dah pukul 6.00!'.

Dia berjalan dengan pantas. Ikut sunnah nabi.

Tiba-tiba...

'Bukk!'. Dia terlanggar bahu seseorang. Habis berterabur barang melukisnya.

"Ittaii...(aduh)". Kaori mengaduh.
'Mak oii aku langgar tiang besi ke apa'. Dia memandang ke atas.

'Alamak langgar lelaki'. Menggelabah dia mengutip baranganya semula. Sambil berfikir.

'Kurusnya badan dia tinggi pulak tu. Ni kalau kena tiup angin jatuh ni. Tapi sakit pulak badan aku langgar dia tadi'. Budak lelaki itu pun tolong kutip sekali. Kaori tidak tahu perkara itu.

Sesudah dia mengutip, dia membangunkan badannya dan terus ingin berlalu pergi. Namun dihentikan dengan teguran budak lelaki itu.

"Oii". Sambil menghulur kertas lukisannya tadi. Gelabah Kaori dibuatnya. Dia merentap kertas itu tanpa memandang muka lelaki itu.

"Arigatou. Gomen(maaf)". Dia berkata begitu dan terus berlalu pergi. Budak lelaki itu hanya memandangnya pelik.

Budak lelaki itu mengerut dahi melihat perangai Kaori.

'Sekilas je dia pandang muka aku'. Fikir budak lelaki itu.

Sementara itu Kaori telah sampai ke rumahnya dengan keadaan tergopoh-gapah.

"Nande Kaori-chan?. Gelabah je otou tengok".

"Hah? Tak de papelah otou-san. Terjatuh je tadi". Jawab Kaori.

"Daijobuka?(awak tak apa-apa?). Betul ni ok?". Tanya Encik Yamazaki meminta kepastian.

"Daijobudesu!(saya ok)". Jawab Kaori lagi dengan bersemangat. Tidak mahu ayahnya tahu apa yang telah terjadi.

'Baik tak payah cakap. Kang buat malu je otou-san bantai gelak kat aku nanti'. Fikir Kaori sebelum dia terus melangkah masuk ke biliknya.

Semasa di biliknya Kaori masih lagi memikirkan hal tadi.

"Hiihh. Takutnya aku tadi. Nasib baik tak beku. Muka dah lah serius semacam. Macam nak makan orang pun ada". Kaori bercakap seorang diri.

"Ah! Mandi lagi baik. Solat pastu masakkan makan malam". Rancang Kaori. Selepas kematian ibunya, Kaorilah yang memasak untuk ayahnya.

'Hmm.. Nak masak apa eh? Mi udon ke nasi goreng?'. Fikir Kaori selepas dia menunaikan fardhu maghribnya.

"Tou-san! Hari ni nak makan apa? Mi udon ke nasi goreng?". Tanya Kaori dengan manja kepada ayahnya.

"Hmm.. Mi udon lah!". Jawab Encik Yamazaki. Dia paling gemar dengan masakan anak daranya yang seorang itu. Masakannya sama seperti arwah ibunya.

"Ok! Saya masak nasi gorenglah macam tu". Kaori membuat keputusan. Terus mati senyuman Encik Yamazaki.

"Aik? Tapi otou nak makan mi udonlah". Ayahnya kepelikan.

"Hehhe. Inilah balasan memaksa saya ke sekolah campur!". Jawab Kaori dengan sengihan jahatnya.

"Haih.. Apa-apalah Mirza". Keluh Encik Yamazaki sambil menggeleng kepala. Hanya dia yang memanggil Kaori dengan nama Mirza.

"Asalkan kamu pergi ke sekolah tu!". Ejek Encik Yamazaki. Kaori hanya mencebik bibir tanda tidak puas hati.

'Hishh. Tak jadi nak kenakan otou-san. Aku yang kena balik'. Geram sungguh Kaori terhadap ayahnya.

'Aku letak julap dalam ni karang'. Kaori memasang niat.

'Aish.. Tak boleh pulak. Nanti aku nak makan apa. Hehehe'. Dia menyengih seorang diri.

"Hai.. Sengih apa tu Mirza? Teringat teman lelaki ke?". Usik Encik Yamazaki.

"Nai.. Nai..(takdelah). Merepek je otou-san ni". Jawab Mirza. Ingatannya terus melayang kepada perkara yang berlalu tadi.

'Haish.. Boleh pulak aku terlanggar budak tu?. Ahh! Esok aku lupalah muka dia nanti'. Fikir Kaori. Makanan pun sudah siap dimasak.

"Otou-san! Mari makan!". Ajak Kaori memanggil ayahnya untuk makan sekali.

"Hah? Dah siap ke? Haa.. Yelah yelah otou datang ni!". Sahut Encik Yamazaki.

Mereka berdua makan bersama-sama sehingga habis nasi goreng itu. Kaori membasuh pinggan dan melangkah ke biliknya.

"Harghh!". Kaori melepaskan nafas berat.

"Esok dah nak sekolah!". Dia mengeluh lagi.

"Sekolah tu ada lelaki!". Dia mengerut muka pula.

"Huwaa! Kaa-san!". Dia merengek menyebut arwah ibunya. Tapi tidaklah sehingga menangis.

"Ah! Tidur lagi baik. Esok nak bangun pagi buat bento untuk aku dan otou-san. Yosh! Ganbatte Mirza Kaori-chan!". Kaori memberi semangat kepada dirinya sendiri sebelum dia terlelap dan terlena. Kemudian bermimpi yang entah apa-apa sampailah ke esok pagi.

Pandang Aku Boleh?Where stories live. Discover now