Cerita ni memang kim mirae punya POV je.kalau ada orang lain punya baru saya buat "-'s POV" . so kalau mula terus keluar perkataan 'aku' jangan pelik ya? 😊
÷÷÷÷÷÷Perlahan-lahan aku melangkah ke kantin sekolah.. Seperti biasa, aku berseorangan. Sejak berita mengenai Taehyung oppa dituduh mencuri dan membunuh, semua orang mula menjauhkan diri merka daripadaku.
Aku ingat lagi, hampir 5 bulan aku tak boleh jumpa Taehyung. Aku teringin sangat mahu melawat Taehyung tetapi tidak tahu mahu pergi dengan siapa . Namun, sejak kehadirannya dua bulan lepas, hari-hari aku dapat melawat oppa.
FLASHBACK ( 2 MONTHS AGO)
"Awak ni.... adik Kim Taehyung?"
Aku terkejut .
"y-ya" Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa takut. Yelah , abang aku dituduh membunuh, aku pula langgar orang dengan troli dekat super market. Mahunya dikata aku juga pembunuh, habislah aku dihalau keluar dari sini.
Lelaki tadi tersenyum. "Saya Jimin. Park Jimin. Kawan lama abang awak. Dia selalu cerita pasal awak dulu. Selalu juga hantar gambar awak. Tu yang saya boleh cam awak tu.Oh by the way, mana Taehyung?Lama tak jumpa dia "
Aku mengeluh lega apabila lelaki ni tidak fikir seperti apa yang aku takutkan. Aku menundukkan kepalaku apabila terdengar soalannya tentang Taehyung oppa. Soalan ini, sensitif
" Dia ermm Dia... Oppa...Taehyung oppaa..." Aku tidak dapat mengawal diriku daripada menangis. Jimin kelihatan serba salah. Membulat matanya cuba mencari dimana silapnya sehingga membuatkan aku menangis. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
Aku mula menangis teresak-esak. Pandangan pelanggan lain membuatkan Jimin makin gelisah. Dia menarik tubuh aku ke bahagian rak yang agak tersorok
"Kenapa nangis? Apa jadi sebenarnya?" Jimin menggaru kepalanya lagi. Seperti ada kutu je gayanya. Dia kekok mungkin. Yelah kitorang baru jumpa,tiba-tiba aku menangis.
Aku menceritakan segalanya. Mungkin orang cakap jangan percaya dengan stranger. Tapi bagi aku Jimin bukan stranger. Aku tahu dia kawan baik
END FLASHBACK
Lepas dia tahu mengenai kisah sebenar, hampir setiap hari dia ajak aku berjumpa dengan Taehyung di penjara.Kecuali kalau dia sibuk dan hari-hari yang tak dibenarkan melawat.
♟♟
Aku melangkah keluar dari kawasan sekolah. Mataku meliar memandang keadaan sekeliling. Aku tersenyum apabila aku ternampak susuk tubuh Jimin yang sedang bersandar pada keretanya sambil matanya tertancap pada skrin phone. Lantas aku mendekatinya.
"Awal oppa sampai harini?" aku turut bersandar pada keretanya. Bahu aku tersentuh dengan lengannya.
Aku panggil dia oppa kerana dia sama umur dengan abangku; Kim Taehyung.
Jimin memandang aku dan tersenyum. Telefonnya dimasukkan kedalam poket seluar.
"Kelas oppa habis awal harini. Jom pergi lawat Taetae" Jimin membuka pintu kereta bahagian pemandu sebelum memuatkan dirinya didalam kereta.
Aku tergelak kecil.Taetae.Sungguh, aku rindu dia.
♟♟
"Oppa..."
Aku tersenyum lemah. Kerusi dihadapanku ditarik lalu punggungku dihenyak di atas kerusi tersebut.
Wajah cengkung disebalik cermin itu menjadi dipandang sayu. Aku masih rindukan dia walaupun kerap kali melawatnya. Cermin yang memisahkan kamilah yang membuatkan aku makin rindu. Dia terlalu dekat tapi tidak dapat aku capai, apa gunanya kalau begitu?
Dia turut membalas senyumanku. " Mirae sihat?" Taehyung bertanya menggunakan telefon yang disediakan untuk berhubung disebalik dinding kaca. Aku mengangguk perlahan. Aku sihat fizikal tapi mental tidak.
"Bogoshippeo" kataku dengan suara yang mula serak. 6 bulan berjauhan memang memeritkan. Dia tersenyum pahit sebelum mengetap bibirnya. "nado..." dia menjawab perlahan.
Aku mengelap air mata yang bersisa di pipiku lalu cuba mengukirkan senyuman yang nampak lebih ceria dari tadi.
Aku tak nak sedih di depan Taehyung. Aku tak nak dia risaukan aku lebih dari risaukan diri dia sendiri. Mukanya yang cengkung manambahkan lagi rasa sedih dihatiku.Tapi aku kena kuat. Demi Taehyung oppa.
"Oppa sihat?" Aku bertanya dengan suara yang dibuat-buat ceria.
"sihat" Taehyung tersenyum. Aku nampak senyuman kalini ikhlas,bukan senyuman terpaksa.
"Yeke sihat? Muka oppa cengkung,pucat. Haa tengok! Lengan oppa nampak tulang. Macam takde isi pun dekat lengan tu!" Aku bercakap seperti biasa. Mengabaikan cermin yang memisahkan kami dan polis di belakang Taehyung. Taehyung tergelak kecil.
Jimin turut tergelak. Sejujurnya aku terlupa dia ikut aku datang sini. Sudah lah dia yang membawa aku kesini, boleh pulak aku lupa tentang dia.
Perbualanku dengan Taehyung diteruskan lagi sehinggalah hari sudah petang.
"Bye oppa!" Aku melambai. Taehyung membalas lambaian ku. Dia bangun dari kerusinya tadi. Polis yang berada di belakangnya tadi kini berada di sisi Taehyung,memegang lengan Taehyung.
"Encik..... Jaga abang saya elok-elok eh? Bagi dia makan setiap hari. Saya nak dia sihat bila dia keluar nanti"
Semua pergerakan terhenti, semua orang disitu terkaku. Polis itu hanya menganggguk lemah sebelum membawa Taehyung ke bilik kurungannya semula. Taehyung sempat memusing kepalanya memandang aku dengan mata berairnya sekilas. Aku mengetap bibir. Melihat Taehyung ditarik keluar dari sini membuatkan mata aku turut berair.
Sebaik sahaja Taehyung hilang dari pandangan, aku terus menangis. Tanganku naik menekup muka sambil bahuku terhinjut-hinjut dek tangisanku yang ditahan-tahan. Mustahil aku mahu meraung disini.
Jimin yang dari tadi sekadar memerhati memeluk pinggangku sebelum menarik aku keluar. Tangisanku masih belum berhenti.
Sampai sahaja diluar, Jimin terus memelukku. Dia menepuk-nepuk belakang badanku lembut sambil kepalanya sengaja digosok-gosokkan dengan kepala aku.
"dah shuuuh. Jangan nangis. Everything is gonna be alright"
Aku menangis lagi. Alright? Alright?serius,alright?!
Tapi aku hanya mampu menangis. Appa tinggal aku, Omma benci aku, Taehyung akan pergi tinggal aku.
Ya, Kim Taehyung abang kandung aku akan dihukum mati tanpa membuat kesalahan. Kejam bukan?
♟♟
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
Fiksi PenggemarTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...