Bab 4

45 2 0
                                    

Selepas seminggu bersekolah..

Akhirnya, minggu orientasi bagi semua pelajar baru tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Sri Melati pun sudah selesai. Kini, tibalah masanya pembahagian kelas untuk semua pelajar baru tingkatan satu. Dalam perhimpunan hari ini, Pengetua sekolah memaklumkan bahawa selepas ini guru kelas masing-masing akan mengumumkan senarai nama pelajar kelas mereka. Pelajar tingkatan satu yang berdaftar adalah seramai tujuh puluh lima orang di sekolah ini. Oleh itu, mereka akan dibahagikan kepada tiga kelas iaitu kelas Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Sesi pembahagian kelas pun bermula..

" Izzatul Aini, Nurul Qamar kita kembali satu kelas" kata Halwa Jannatun dengan wajah yang ceria selepas mendengar Cikgu Fatimah Binti Fataha selaku guru kelas mengumumkan nama mereka sebentar tadi.

"Ya, Halwa.. Seronoknya kita bertiga dapat bersama dalam satu kelas seperti di Sekolah Rendah dulu kan.." balas mereka berdua serentak sambil berpegangan tangan di antara mereka dengan wajah yang ceria.

"Baiklah, semua pelajar diminta berbaris dan ikut Cikgu sekarang untuk masuk ke kelas. Mulai hari ini, maka bermulalah sesi pembelajaran kamu seperti biasa.." kata Cikgu Fatimah memberi arahan kepada pelajar kelasnya tingkatan satu Hang Tuah.

Mereka semua mematuhi arahan dan bergerak dengan perlahan mengikut barisan kelas masing-masing. Kelas mereka ditempatkan di tingkat yang bawah. Apabila sampai di dalam kelas, mereka pun memilih tempat duduk masing-masing. Susunan kedudukan pelajar kelas itu adalah sebelah kanan dan kiri kelas tiga baris ada sembilan meja manakala tengah kelas pula tiga baris tapi lapan meja. Semuanya ada dua puluh lima buah meja yang telah disediakan.

"Jom..Jom... Kita duduk dekat tingkap sebelah kanan ni.. " kata Nurul Qamar mengajak sambil mengusik tangan Izzatul Aini dan Halwa.

"Mari, jom.." balas mereka berdua serentak dan terus menuju ke meja tersebut.

Dekat tingkap Izzatul Aini, tengah Nurul Qamar dan dari tingkap Halwa Jannatun. Begitulah kedudukan yang dipilih oleh mereka bertiga.

Setelah Cikgu Fatimah memberi salam dan dijawab oleh pelajar serta diiringi dengan bacaan doa belajar daripada mereka.

"Baiklah, semua pelajar boleh duduk. Sebelum kita mulakan sessi taa'ruf , cikgu nak semua pelajar lelaki yang lapan orang ini duduk di barisan hadapan setiap tiga kumpulan ini.." kata Cikgu Fatimah memberikan arahan kepada pelajar lelaki di kelasnya itu. Mereka pun bergerak masuk dalam kumpulan masing-masing seperti mana yang diarahkan oleh cikgu Fatimah sebentar tadi.

Dia Bukan Ditakdirkan Untukku  Where stories live. Discover now