Prolog

63 4 5
                                    

Harlina menangis lagi. Tangannya menggeletar. Dia terasa dirinya tidak sesuci dahulu. Walaupun mahkotanya masih terjaga. Dia mengutuk-ngutuk dirinya yang terlalu lurus atau bodoh kerana sangat mempercayai lelaki. Sudahlah tinggal lagi 4 hari dia akan menunaikan umrah. Dia nak menghadap Allah dengan adanya dia di kedua-dua tanah suci Allah. Apa yang dia dah lakukan? Kalaulah mak ayahnya tahu tentang hal ini. Sudah tentu dia akan dibelasah sehingga mati. Sepatutnya dia sebagai wanita perlu elakkan bukan menggalakkan lelaki terjerumus dalam maksiat yang dia sendiri bersubahat.

"Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Aku berdosa. Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkan aku! Aku menyesal. Ya Allah,aku mohon kau pertemukanlah aku dengan lelaki yang sebenar-benarnya beriman padamu,akhlaknya yang baik dan pertemukanlah aku dengan orang yang baik dan boleh membimbingku hingga ke syurgamu Ya Allah. Tolonglah Ya Allah!" Sambil memandu Harlina berdoa sehingga tangannya menggeletar kerana ketakutan dan rasa bersalahnya pada Yang Maha Pencipta.

Dia mengimbas semula apa yang terjadi sebentar tadi. Dia merasakan dirinya sangat hina. Kenapa bodoh sangat! Damn it! Hampir. Hampir sahaja dirinya diperkosa. Tapi,dia masih merasakan jika dia yang tak biarkan dirinya berdua-duaan bersama lelaki itu,perkara itu tak akan terjadi.

Pernah Imran atau Im tanya padanya ketika keluar bersama.
"Dear,kalau kahwin nanti,U nak pakai tudung labuh jugak ke?" Mukanya berkerut.
"Kenapa U tanya soalan macam tu? Tudung ni untuk tutup aurat kan? Kenapa pulak tanya soalan pelik-pelik?" Dirinya rasa sangat pelik. Ya lah,tanya soalan macam tak tau agama pulak.
"Saje. Kalau tak pakai pun tak apa kan?" Ish,mamat ni. Sewel ke apa? Macam nak pergi 'scorpion' je kepala Im ni. Boleh pulak sarankan macam tu.

Dari soalan yang macam tu pun dah tau dia lelaki yang macam mana. Tapi,sayang punya pasal tak apalah. Dia anggap manusia boleh berubah. Mungkin Im sengaja nak uji dia.

Tapi,sekarang. Tengoklah apa yang jadi. Harlina,awak dah nak pergi umrah. Dah nak buat amal ibadat. Kenapalah pergi jumpa mamat tu? Patutnya sekarang waktu untuk 'revise' balik persediaan ke tanah suci. Doa-doa pun tak hafal lagi. Sempat pulak keluar dengan lelaki bukan mahram.

Sebelum bertemu Im,dia ada berkenalan dengan lelaki-lelaki yang lain,tapi semuanya macam tak serius nak kawan dengannya. Bila tanya Im,bila nak jumpa mak ayah,jawabnya "Nantilah. Bukannya kita nak nikah pun. Kawan je kan?" Lepas tu dia buat muka macam nak kena makan penampar 5 das. Sakit hati. Tanya yang lagi seorang pulak, katanya "Abang memang nak jumpa pun. Tapi abang ada hal kat Kuala Lumpur.Nanti abang jumpa." Tapi sampai ke sudah batang hidung pun tak nampak. Dah tu ber'abang-abang' pulak. Geli betul.

Runsing dengan lelaki-lelaki yang berlegar di fikiran,Harlina melakukan istikharah. Sahabatnya As menasihati untuk melakukan selama 3 malam berturut-turut. Istiqamah.  Harlina patuh. Sebaik sahaja malam yang ketiga,dia mendapat bayangan seorang lelaki kurus tinggi dan putih dan hensem! Ceh,suka aje bab hensem tu! Terus terjaga dari tidur. Bila difikirkan semula,tiada seorang pun lelaki yang bersahabat dengannya seperti yang terdapat dalam mimpinya.
"Ah..mungkin sekadar mimpi."Tak tahu pula siapakah gerangan lelaki di dalam istikharahnya itu. Oleh kerana tak ambil endah dengan istikharah tu,Harlina ambil keputusan untuk terus berkawan dan 'couple' suka-suka dengan Im. Dah jadi macam ni,baru nak terngadah. Barulah nak insaf. Cari tikar sejadah untuk taubat. Terkena batang hidung sendiri. Padanlah muka Harlina oii.

Konon nak cari jodoh tapi yang dapat malapetaka. Yelah. Zety Harlina ni manalah pernah 'couple' pun. Tula first time dia berjumpa lelaki dan berani pulak nak 'couple' bagai. Sedangkan selama 26 tahun tolak waktu 'baby' lah kan,tak pernah pulak nak 'couple'.

Dah umur 27 tahun baru teringin nak 'couple' sebab nak cari jodoh. Cari suami. Tengok kawan-kawan lain dah menimang cahaya mata baru berangan nak bersuami dan mempunyai 'baby'. Mak ayah pun bising. Apalagilah mak dan pak sedara semua,bising mengalahkan macam diaorang je yang nak kahwin. Semua menyemakkan minda Lina yang dah memang semak.

"Arghhhhh....!!!" Jerit Harlina. Bungkam. Kenapa semua ini terjadi padanya. Bagaimana nak tebus balik? Allah maafkan dia kah?
"Aku mesti tebus semula kesalahanku. Ya Allah,terimalah aku di sana nanti. Ampunkan aku. Ampunkan aku." Monolog sendirian. Harlina risau akan apa yang terjadi. Hal jodoh dia dah tak kisah dah. Asalkan dia perlu menebus kesalahan dan segala dosa yang dilakukannya. Manusia kan tak sempurna.

Biarlah. Biarlah jodohnya ditentukan selepas pulang dari umrah. Sekarang,dia perlu menyiapkan diri untuk menunaikan umrah. Hal yang pahit baginya itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Biarlah hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yang ada di bumi ini.

To be continue....

*maaf,part yang sebelum ni agak melampau pulak rasanya dan sangat tak sesuai. Jadi,saya tukarkan kepada yang baru. Maaf,saya budak baru belajar. Ayat pun masih 'kurang mengancam'. Harap dapat beri pendapat tentang tulisan saya ni. Tq. Assalamualaikum.😊*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOU'RE MY MR. MUTAWWIF!Where stories live. Discover now