"akak cik! Alin dah Datang."Hannah berlari-lari anak apabila alin memanggil nama hannah dan bila dihadapan pintu pagar hannah terlihat alin dengan payung warna pinknya kemudian Hannah masuk semula dan mengambil tudung sarung dan memakainya lalu dia keluar sambil memengang kunci untuk membuat pagarnya.
"Assalamualaikum kak cik." Alin menyalam tangan hannah, kemudian hannah menyambutnya tapi teragak-agak memberi cium tangannya kepada alin, alin melepaskan tangan kak iparnya tu kemudian dia tersenyum.
"Waalaikumusaalam, sorang ja? Abang tak bawak sekali? Eh jemput la masuk, akak ada masak untuk tengah hari."
"Haaa, baguih sangat tu la kak. Ni panaih ni aduh hitam kulit alin hahaha."
Hannah tersenyum riang lihat adik iparnya tu, mereka segera kedalam rumah hannah dan suaminya. Afif Hafizi.
"Sedap la kak cik masak ni, untung abang cik dapat bini macam akak en bang." Afif hanya diam, hannah pulak tersenyum melihat telatah Adik iparnya yang seumur dengannya tu, kemudian dia menikmati semula makanannya.
"Ni kalau kak cik buka restoran, fuh melambak mamat bangla beratur kat kaunter sebab nak bungkus Nasi briani ni. Fulamak sedap." Kata alin bila mulutnya penuh tu membuatkan dia bercakap separuh-separuh.
"Haaaa, kalau nak makan lagi mai la datang rumah. Haha berapa lama alin duk sini?" Tanya Hannah, bukan menghalau tapi menannya.
"Tak pasti, eyy boleh gemuk alin tau balik kalau makan makanan akak ni." Alin mengangkat pinggannya ke singki untuk dicuci kemudian hannah memandang suaminya yang sedang menikmati makanan tu.
Suami yang baru sahaja dikawininya, 3bulan yang lalu atas sebab permintaan keluarga masing-masing, hendak dibantah masing-masing takut. Sudahnya terpaksa kawin.
"Dah puas tatap muka saya hensem ni?" Hannah tersentak, segera matanya dilarikan ke arah makanan tersebut, mukanya memerah disebabkan asyik merenung suaminya tu.
Afif menyambung kembali perbuatan yang terganggu sebentar tadi, Langsung tiada perasaan terhadap isteri yang dinikahinya tu. Baginya makanan lagi sedap.
"Abang dah nak pergi kerja?" Tanya hannah, dia memandang ke arah jam dinding. Baru pukul 12:30 ada 30 minit lagi sebelum masuk ke pejabat.
"Saya ada meeting, dah la saya nak jalan ni." Kata Afif bersahaja, alin yang memandang pasangan suami isteri yang kekok tu. Dia bukan tak sedar dengan perangai mereka.
Baru sahaja afif nak melangkah pergi alin menegur abang ciknya.
"Abang cik, kalau sibuk sekalipun takkan sampai taktau nak sambut salam isteri sendiri."
"Abang cik tak perasan laa haih." Dia menyambut salam hannah, masuk ni baru dua kali sahaja mereka bersentuhan. Kekok? Mesti la!
Kereta afif semakin lama semakin hilang dari pandangan alin dan hannah. Alin memandang hannah disebelahnya.
"Kak cik bahagia dak dengan abang cik?"
Hannah terdiam, dia nak jawab apa kalau masing-masing bilik lain, bercakap bila perlu saja. Dah macam aku pulak menyewa di rumah abang cik kau alin.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dear Husband, Em I Love You.
RomanceAfif Hafizi,Lelaki yang berahsia tapi bijak memainkan kata-kata dan seorang lelaki yang fobia dengan cinta! Ain, Gadis yang kembali meraih kasih afif bila tamat pengajian di australia namun bila dia meraih cintanya, afif sudah berkahwin dan membuat...