19

47 0 0
                                    

mama,

bukan abang taknak pulang

cuma perlu masa untuk cari peluang

hati abang yang dulu gagah sudah hilang untuk berjuang

nanti bila abang tenang, sama-sama kita julang

mama,

abang tidak seperti orang lain

tiada sedetik waktu pun untuk bermain

apatah lagi mahu bercinta

hati terlalu sakit pedih juga masih terluka

mama,

abang lupa apa sebenarnya sayang

dulu pernah wujud tapi abang dah buang

kata mereka ia terlalu busuk

takut nanti siapa pun taknak peluk

mama,

sabarlah untuk beberapa hari

abang akan pulang bila setaraf biggie

dan doa kan didalam setiap sujud

moga nafas ku tidak senang untuk luput.

B U i HWhere stories live. Discover now