Akal

19 3 3
                                    

"Eh, kau pengemis pergi kau dari sini," kata tuan kedai dengan tangan dihala ke arah pintu.

"Saya nak minta sikit makanan. Dapat yang sisa pun tak apa, encik. Tolonglah. Saya lapar sangat," rintihnya meminta simpati.

"Hey, aku peduli apa! Kau makan ke tak, itu kau punya hal. Kerja malas tahu nak minta-minta saja. Dah, berambus kau dari sini!" ditolak pengemis itu dengan kasar. Terdorong dia ke belakang dengan tolakan kasar pemilik kedai tadi.

"Encik tolonglah. Makanan dalam tong sampah pun tak mengapa encik. Saya lapar sangat ni encik," ujarnya dengan tangan diperut. Ditekan kuat untuk mengurangkan rasa lapar.

"Kau nak makan, kau pergi cari sendiri. Tong sampah kat luar sana berlambak. Apasal kau nak tong sampah kedai aku? Dah, aku tak ada masa nak layan kau. Baik kau berambus sebelum aku balun kau dengan batang kayu. Berambus!"

Pengemis itu berlalu. Setitik air mata jatuh di pipinya. Kejamkah mereka? Atau kejamkah aku?

***

Beberpa bulan lalu...

'Isy, kucing ni lagi! Semak aku tengok kau ni. Nanti kau!' getus hati Mika lalu dia mencapai penyapu seraya berjalan ke arah kucing yang mengiau-ngiau meminta makan pada para pengunjung di kedainya.

Dia menolak kucing itu dengan penyapu tetapi, kucing itu tetap tak mahu berganjak. Malah kucing itu semakin merapat ke arah pelanggannya yang seorang wanita.

Wanita itu bertindak menghalang Mika dari meneruskan niatnya.

"Saya tak kisah kalau kucing ni dekat dengan saya. Awak, kalau tak suka jangan sampai menganiaya!"

"Akak tak kisah, tapi pelanggan lain kisah. Kucing tu busuk, berkurap pulak tu. Selalu sangat buat bising di sini. Menyibuk betul," tingkah Mika sambil bercekak pinggang.

Mika betul-betul naik angin. Dia menghayun batang penyapu sekuat hati kearah kucing itu.

Wanita dan pelanggan yang lain terkedu dengan tidakannya itu.

'Lari pun kau. Cabar aku lagi,' desis hatinya. Kucing malang yang tidak berdosa itu berjengket-jengket pergi. Apabila melihat ia terjatuh, Mika terbahak di hadapan pintu kedai.

Beberapa kali, Mika mengintai ke luar. Memeriksa arah si kucing berpergian, tidak mahu ia datang semula. Kemudian dia berlalu dari situ dengan wajah sombong. Pelanggan wanita itu hanya menggeleng-geleng.

Tidaklah Mika tahu, kucing itu kembali di pintu belakang. Di situ, majikannya Encik Said, sudah siap-siap menggaul nasi sejuk dengan ikan kembung goreng.

***

Selepas beberapa hari, kucing itu kembali lagi. Langkahnya longlai tak bermaya. Mampir ke kedai itu, ia mengiau-ngiau tanpa henti.

Tetapi, semakin kuat ia mengiau, semakin banyak mata ditundukkan. Semakin banyak kaki yang dialihkan, mengelak bersentuhan dengan kurap yang sudah penuh di telinganya.

Selepas setengah jam ia bising di lantai itu, masih belum ada sesiapa yang sudi mencampak sisa makanan ke bawah meja. Dengan langkah perlahan dan lemah, ia berlalu. Tetapi, belum sempat sampai ke luar tubuh kecilnya ditarik kasar.

"Kau lagi! Kau lagi! Kau ni tak reti bahasa ke? Aku dah cakap banyak kali, jangan datang sini. Degil betul!".

Dia membawa kucing itu ke belakang kedai. Ia meronta dengan sisa tenaga yang tinggal. Tetap berdaya melawan tenaga manusia. Matanya memandang meminta simpati.

Di belakang, kucing itu dicampak ke tanah. Mengeliat badanya menahan sakit. Belum sempat ia bangun mahu melarikan diri terus ia ditarik. Sempat ia mencakar tangan besar yang menarik tubuhnya untuk mempertahankan diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AkalWhere stories live. Discover now