(Dahlia)
Mustahil ini benar menyekat rindu,
Rindu yang seperti mampir tanpa memberitahu,
Mustahil ini sungguh menggarap rasa,
Rasa yang bercambah hapus lenyap kecewa.Tapi bila mustahil adalah kamu,
Sungguh
Hati terlerai satu persatu(Lebah)
Jiwa diracik tanpa belas
Jasad terbeku tiada nyawa
Aku rela - -Kamu adalah impianku
Impian yang mustahil
Kerana berharap pada yang mustahil(Adik)
Mustahil amat mustahil ,
Hatiku akan bercamtum kembali ,
Sudah hancur bagaikan dilanda taufan haiyan .Mustahil amat mustahil ,
Jiwaku tetap memberontak ,
Merayu untuk pulih ,
Tapi apakan daya ,
Bila melihatmu
air mata darah ,
memecah di jubir mataku .
YOU ARE READING
Sorak Suara
PuisiPuisi gabungan 4 insan, 4 latar belakang berbeza, 4 jiwa membuak meluah rasa. Kami (dahlia, lebah, adik, fakhrul) adalah skuad Rumah Penulisan Aforisme (RuPA) dari Fakulti Puisinis sedia melontar aksara. Mahukan yang lebih? Boleh follow RuPA di: Twi...