Ayden layangkan tangan di atas fireplace. Hilang sedikit rasa sejuk yang mencengkam. Memang dia minta interior designer yang design penthouse dia ni bina satu fireplace di ruang balkoni itu.
Melepak di balkoni itu memang kegemarannya kalau dia tidak ke mana mana. Selalunya memang dia tidak berkesempatan dek kerana kesibukkannya. Sampai rumah kadang kadang sudah awal pagi, mata sudah tak nampak benda lain selain katil.
Namun balkoni ini tidak pernah dianaktirikan. Ayden design sendiri dan diusulkan pada pereka dalaman. Seratus peratus adalah ideanya. Berlantaikan fake grass, balkoni itu dilengkapi mini water fountain tapi memandangkan sekarang musim sejuk tak dapatlah Ayden dengar bunyi deruan air. Air terjun pun dah beku.
Selain itu, Ayden turut menempah mini gazebo khas dari Bali. Gazebo itu begitu utuh walaupun musim silih berganti. Di bahagian bumbung gazebo itu Ayden gantung pelbagai bentuk hiasan daripada besi dan cengkerang. Apabila ditiup angin, ia akan mengeluarkan bunyi bunyian yang sangat indah.
Balkoni itu juga dipenuhi dengan pelbagai jenis succulent bermacam bentuk, saiz dan warna yang ditempatkan di dalam mini glass house dengan bumbung boleh dibuka dan suhu boleh dikawal. Bila cuaca panas elok, bumbung itu akan dibuka dan bila cuaca sejuk menggigit, bumbung akan ditutup macam sekarang. Ayden letak meja kayu dua kerusi dalam glass house itu. Boleh dia bersantai santai sambil membelek succulent miliknya.
Semuanya di tanam di dalam pasu pelbagai bentuk. Ada juga yang ditanam didalam tin-tin unik, kasut, tray telur, mug, balang kaca dan juga barangan antik milik Ayden. Ayden memang gilakan succulent nasib baiklah succulent bukanlah tumbuhan yang perlukan perhatian berpanjangan. Ayden cuma upah orang tengok tengokkan dua kali seminggu.
Ayden labuh duduk di kerusi malas berhampiran fireplace. Bahang panas memberi rasa selesa padanya. Dia berbaring sambil merenung handphone di tangan. Last seen Rania 7 minit lepas.
Tadi dia begitu rancak berborak di WhatsApp dengan Rania. Terubat sikit rindunya buat gadis itu. Rania telah selamat sampai ke Malaysia. Bukan main gembira Rania bercerita betapa seronoknya bila dah tak perlu lagi pakai baju berlapis lapis. Rania kata dia rindukan cahaya matahari terik. Maklumlah 11 hari diselubungi salji tebal.
Ayden hanya mampu ketawa dengan perangai keanak anakkan Rania. Siap bersemangat beritahu dia makan roti canai dan teh tarik. Ayden pernah sekali makan roti canai. Sedap dan berlemak. Masa tu ada peminat hadiahkannya di lapangan terbang masa dia tiba di Malaysia untuk press conference konsertnya tak lama dulu.
Pasti Rania sudah tertidur. Penat dengan perjalanan jauh yang ditempuh agaknya. Haihh. Rindu Ayden kembali muncul.
"May I join?" Suara lunak itu menyentak lamunan Ayden. Terus hilang bayangan Rania digantikan dengan tubuh kakaknya. Ayden yang sedang berbaring terus melipat sila. Memberi sedikit ruamg untuk kakaknya duduk.
Ardell tersengih. Di tangannya penuh dengan barang. Ada sepinggan cracker, sebotol nutella, strawberi, marshmallow dan dua skewer besi. Sebotol air berkabonat dikepit di tangannya. Kelam kabut Ayden membantu. Kang berterabur semua memang dia paksa Ardell kemas sampai suci murni malam ni jugak!
Semua barang dilambakkan di atas kerusi malas itu. "Let's s'morry!" Ardell menjerit kecil. "What's s'morry?" Ayden menyoal pelik. Tak pernah didengar pulak perkataan tu. Perkataan baru ke?
Ardell tidak menjawap sebaliknya tangannya lincah mencucuk seketul besar marshamallow di hujung skewer. Marshmallow itu kemudian dilayur di atas api dari fireplace. Ayden hanya memandang dengan pandangan pelik.
Marshmallow itu kemudian Ardel letak di atas craker yang telah dilapis dengan Nutella. Kemudian Ardell letak hirisan strawberi sebelum diapit dengan sekeping lagi cracker. Ardell tiup sikit kemudian disumbat ke dalam mulut Ayden yang asyik merenungnya dari tadi.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...