Jurujual dan Hantu Alice
Kisah seram malam ini mengisahkan tentang seorang jurujual atau dalam bahasa mudahnya salesman, yang mengalami tekanan mental dan emosi. Tekanan ini membuatkan dia dimasukkan ke hospital psikitari untuk pemulihan, sehinggalah dia terlepas daripada hospital. Memburukkan lagi keadaan apabila dia telah kembali menggalas tanggungjawabnya sebagai jurujual namun dengan cara yang berbeza. Orang mental jadi jurujual, apa yang jadi ya? Untuk pembaca-pembaca kami yang berprofesion sebagai jurujual, diharap jangan ambil serius tentang apa yang kami tulis, ini hanyalah sebuah cerita rekaan sahaja. Dan untuk peringatan terakhir, anda dilarang sama sekali meniru aksi-aksi yang dipaparkan dalam cerita ini. Kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.
Rasa sejuk begitu mencengkam diri. Eka cepat-cepat menyarungkan baju panas yang dipegangnya tadi ke tubuh. Dia melajukan langkah. Lorong belakang kedai yang sunyi dan berkabus membuatkan hatinya gelisah. Kelihatan dua tiga ekor tikus berlari-lari di tepi sudut dinding berdekatan longkang kecil. Hanya itu sahaja satu-satunya jalan untuk dia menuju ke hentian bas. Eka mula terfikirkan akan cerita-cerita seram yang diceritakan rakan-rakan sepejabatnya siang tadi. Eka bukanlah tidak takut akan cerita-cerita sebegitu, cuma dia malas hendak mengambil serius. Bimbang akan mempengaruhi fikirannya.
Eka sudah hampir sampai ke penghujung lorong, cahaya dari lampu jalan di hadapan membuatkan hatinya sedikit lega. Jam baru menunjukkan pukul 8.45 malam, jadi dia masih sempat lagi untuk menaiki bas yang terakhir. Namun, kelibat satu susuk tubuh di hadapannya ketika itu telah membuatkan jantung Eka berdegup kencang. Seorang lelaki yang berpakaian separa kemas sedang berdiri bersandar di dinding bersebelahan peti janakuasa elektrik. Eka perhatikan sahaja lelaki tersebut. Dia memakai kemeja putih beserta tali leher hitam. Lengan bajunya digulung, manakala tali lehernya di pakai longgar. Rambutnya serabut bagai tidak disikat. Kelihatan juga sebuah beg hitam petak besar di sisinya.
Eka malas hendak memandang lama-lama, bimbang diapa-apakannya. Eka cuba mempercepatkan langkah. Eka seperti dapat mengagak yang lelaki ini mesti akan menegurnya, paling tidak pun 'hai'. Ataupun 'hai, nak balik kerja ke?".
"Hai, nak balik kerja ke?" Lelaki itu menegur. Sangkaan Eka tepat. Rangkap ayat teguran kepada dia juga tepat seperti apa yang Eka fikirkan.
"Haah." Eka membalas pendek. Dia malas hendak melayan. Lagipun dia bukan jenis perempuan yang suka melayan. Prinsip Eka satu, dia tahu jika dia melayan lebih-lebih, lelaki akan mula naik tocang. Bila naik tocang, mulalah hal-hal yang lain berlaku.
"Ada masa sekejap tak. Saya ni jurujual barang, kebetulan dah malam ni, jadi saya anggap awak ni pelanggan terakhir saya lah untuk malam ni." Lelaki itu cuba menarik perhatian Eka. Eka terus membuat muka tak puas hati.
"Awak jual apa? i'm not interested, sorry." Eka cuba mengelakkan diri.
"Oh, it's okay. it will take only a minute." Lelaki jurujual mengeluarkan sekeping kad di saku kemejanya.
"Why not you try this? Kalau nasib awak bertuah malam ni, awak akan dapat hadiah." Lelaki jurujual menghulurkan sekeping kad gores dan menang kepada Eka. Eka memandang dengan muka penuh bosan. Dia tahu dalam banyak-banyak benda mengarut di dalam dunia ni salah satunya adalah kad gores dan menang.
"Will you? please. Cuba je, kalau tak menang tak apa. At least you try. Got four box at here, one of four will offer you a prize. So, awak kena gores salah satunya. Kalau nasib awak baik, awak akan dapat hadiah yang ada dalam salah satu 4 ruangan kotak ini" Lelaki jurujual cuba mempengaruhi Eka lagi. Eka yang pada mulanya malas hendak melayan benda-benda mengarut itu terus mencuba nasib dengan menggores. Niatnya hanya mahu balik cepat.
Eka gores kotak sebelah kanan sekali. Gambar gerudi elektrik terpapar. Terangkat kening Eka.
"Oh, i'm so sorry miss. Unfortunately, malam ni bukan tuah awak. Hadiah sebenarnya bukanlah gerudi ini. Thanks for trying, have a good night miss." Lelaki jurujual terus mengambil kad gores dari tangan Eka lalu menyimpannya semula ke dalam saku baju.
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..