Part 4[masa depan]

535 33 47
                                    

"Madara? Tapi, macam mana? Bukan dia dah mati ke? Bukan dia dah kena bunuh ke? Bukan ke dia dah kalah ke?" Amboi Kakashi, banyaknya dia punya 'bukan'.

Hanako masih lagi dalam mood misterinya. "Tu lah. Korang tak tau. Saya ni tau segala apa yang berlaku kat negara shinobi korang. Apa yang berlaku kat korang semua. Siapa kawin dengan siapa. Ah, semualah. Kalau korang nak tau, semua episod cerita korang saya ada." Kata-kata Hanako menyebabkan mereka yang ada ternganga.

"Tapi, macam mana?" Soal Sai yang tak puas hati dengan kata-kata Hanako.

Hanako menjeling Sai. Dia menarik nafas perlahan. Sabar je dia melihat si muka batu tu. Tak ada eksperesi langsung!

"Siannya Ino. Dapat laki cam Sai." disebabkan suara Hanako sangat perlahan, jadi mereka tak dapat mendengarnya dengan jelas.

"Okay. Macam ni. Macam yang Nami beritahu tadi, korang ni datang dari dunia anime. Seriously saya tak tau apa pasal korang boleh sampai sini. Yang tu korang kena cari sendiri la jawapan dia. Dalam cerita asal pun takde semua ni." Dia berhenti sejenak sebelum menyambung.

"Tapi, saya tau siapa Tobi a.k.a uchiha Madara yang memang saya benci." Hanako menumbuk kuat meja dihadapannya. Akibat terlalu geram dengan Madara agaknya.

Nami yang baru sahaja selesai membasuh pinggang menjeling kawannya yang sesuka hati mak datuknya itu menumbuk meja mahal peninggalan keluarganya.

"Jemput makan pencuci mulut ni." Nami mempelawa mereka yang ada untuk menjamah buah tembikai yang sempat dia cekau kat tepi jalan masa balik dari shopping tadi.

Tangan Naruto yang pertama menyambar buah yang masih sejuk kerana baru dikeluarkan dari peti.

"Aummmm.. oishi..." dengan muka penuh nikmat, Naruto berkata. Bukan apa. Cuaca dah la panas. Bincang pulak kes hangat. Memang la best bila dapat makan menda sejuk macam ni. Sakura hanya menggeleng perlahan melihat gelagat sahabatnya itu. Dah tak kuasa nak marah. Buat penat je.

Hanako ternganga melihat nafsu makan Naruto yang agak besar. Mana taknya, tadi dah hampir lima mangkuk dibedalnya ramen buatan Nami. Pastu, dua gelas besar air sunrose. Pulak tu, dia ambil ekstra naruto fishcake. Sekarang ni dia bantai pulak buah manis tu? Tak senak ke perut dia?

"Hanako, abaikan si Naruto tu. Dia memang macam tu. Okay, teruskan." Ujar Kakashi selamba. Dia dah biasa dengan Naruto. Nak buat macam mana, dari kecil lagi dia bersama Naruto. Apatah lagi, dia sangat mengenali ayah Naruto yang merangkap senseinya dan juga hokage ke-4 di Konohagakure.

"Okay. Mana tadi? Oh, pasal Madara kan? Sebenarnya, Madara asal memang dah mati. Cuma si Tobi, tu pengikut dia. Apa yang saya tau la, Tobi ni sebenarnya diselamatkan oleh Uchiha Madara. Sebab tu dia sanggup tolong Madara. Tapi, saya lupa la siapa sebenarnya si Tobi tu. Hehe, sorry. Nanti saya bagi tau semula ye?" Ujar Hanako sambil tersengih. Maklum la, ingatannya bukan baik mana pun sejak kebelakangan ni. Tambah-tambah exam dah dekat.

"Korang berenam." Tetiba Nami memanggil mereka.

Mereka berpaling mengadap Nami. Nami memandang wajah mereka satu persatu sebelum keluhan dilepaskan.

"Mana korang nak tinggal sebelum korang boleh balik dunia asal korang?" Soalan Nami membuatkan Yamato mengerutkan dahinya.

"Senpai. Ni satu lagi masalah. Mana kita nak tinggal. Kalau sebelum ni, boleh la kita tinggal kat hutan, tapi, ni bandar. Celah mana kita nak tidur?" Soal Yamato. Kakashi memegang kepalanya yang kusut.

"Apa susah, rumah Nami kan besar. Takat korang berenam, memang muat la. Kan Nami kan?" Hanako memberi buah fikirannya sambil memandang wajah Nami.

Naruto!! Enter!! √Where stories live. Discover now