BAB 1

298 9 0
                                    

KUMPULAN Ghost Facer menuju ke Bandar Awara untuk memenuhi kehendak pelanggan yang meminta mereka menyiasat kes paranormal yang sedang giat berlaku di sana.

Aisy Yumni, Azidi, Nurhirmawaty dan Sazrin berada di dalam sebuah kereta. Manakala Murazean, Sodiqin dan Edinur pula berada di dalam van yang membawa segala peralatan penyiasatan mereka. Setiap seorang daripada mereka memiliki walkie talkie masing-masing untuk memudahkan mereka berhubung di antara satu sama lain ketika penyiasatan sedang dilakukan.

"Zid, jauh tak perjalanan kita ke bandar Awara tu?" tanya Nurhirmawaty.

Terasa perjalanan yang panjang kali itu cukup membosankan.

"Jauh juga dalam lapan jam kita akan sampai. Bandar Awara agak terpencil, itu yang memakan masa," jelas Azidi yang duduk di sebelah Aisy Yumni yang sedang memandu kereta mereka.

ketawa membuatkan rakan-rakan yang berada satu kereta dengan Nurhirmawaty sudah tersenyum mendengarnya.

"Waze tahu ke tempatnya?" tanya Nurhirmawaty, naluri ingin tahu membuak-buak di kala itu.

"Tahu. Aku dah check. Insya-ALLAH kita akan sampai sebelum malam," jelas Azidi akan segala pertanyaan Nurhirmawaty.

"Kita akan mulakan malam ni juga ke?" Sazrin pula ingin tahu.

"Kita akan tengok keadaannya terlebih dahulu. Kalau tak ada aral, malam ni kita dah boleh mulakan tugas kita. Lebih cepat habis lebih bagus," ujar Aisy Yumni pula.

"Agaknya apa yang Eyanz buat ya dalam kereta satu lagi?" soal Nurhirmawaty mula tersengih nakal.

Semua ahli di dalam kereta itu sudah tahu bahawa gadis itu ingin mengusik Murazean. Begitulah cara Nurhirmawaty membuang kebosanan dalam perjalanan.

"Aku yakin dia sedang baca novel. Kalau kau tak percaya, boleh call dia tanya," kata Sazrin 100 peratus yakin dengan telahannya itu.

Nurhirmawaty terus mencapai walkie talkienya untuk berhubung dengan Murazean. Sekejap sahaja panggilan gadis itu bersambut.

"Ya, Hirma?" soal Murazean mula membalas panggilan Nurhirmawaty.

"Kau buat apa tu?" soal Nurhirmawaty kembali.

Bicara sudah bermula antara dua orang gadis ini. Seorang tegas dan seorang lagi agak gila-gila bahasa, namun sikap Murazean cukup mencuit hati kumpulan itu. Jika tiada Murazean pasti kumpulan Ghost Facer akan berasa bosan. Murazean adalah penyeri kumpulan ini.

"Aku tengah baca novel. Kenapa? Kau ni macam tak faham pula dengan minat aku," jelas Murazean.

"Kau tak pening ke baca novel dalam kereta? Siapa yang drive?" tanya Nurhirmawaty lagi kerana dia tidak perasan pula siapa yang memandu kereta sebuah lagi.

"Psiko.Aku dah biasalah baca novel dalam kereta. Tak ada pening-pening ataumual-mual," balas Murazean sambil 

"Novel apa kau baca?" tanya Nurhirmawaty lagi.

Naluri ingin tahu Nurhirmawaty begitu tinggi sekali. Sebab itulah dia tidak pernah gagal dalam menjalani penyiasatan paranormal dalam setiap kes yang mereka kendalikan.

"Kau Cinta Akhirku sambungan dari Pengantin Ekspress hasil karya Pitteriah Abdullah. Syok ooo... cerita ni," ujar Murazean sambil mengangkat novelnya seolah-olah dapat dilihat Nurhirmawaty.

Nurhirmawaty hanya mencebik sahaja mendengarnya.

"Kau ni jiwang karatlah Eyanz. Novel cinta yang kau baca? Tak ada novel lain ke selain novel jiwang-jiwang macam tu. Bukannya best pun!" kutuk Nurhirmawaty.

ATUKWhere stories live. Discover now