Hati.

51 1 0
                                    

Kalau nak cerita pasal hati, banyak sangat nak diterangkan. Satu juta patah perkataan pun belum tentu kau mampu cover untuk cerita pasal hati. Hati kau, hati aku, semua berbeza. Benda yang sama, mengalami perkara yang berlainan. Mungkin hati kau kuat, mungkin hati orang lain lemah sangat, dan hati aku? Hati aku, susah untuk ditafsirkan.

Hati ni kalau nak cerita, haiwan pun ada hati. Mereka ada naluri. Sayang cuma mereka tiada akal yang dikurniakan. Manusia ada akal? Tapi apa mereka buat? Hati mereka lebih menguasai diri berbanding akal. Wujudlah cerita bunuh diri sebab hati retak. Kisah cinta dua anak muda tidak mampu bersama, membawa kepada satu kemautan yang tak sepatutnya berlaku.

Lemah sangat ke akal yang Allah dah kurniakan pada kita? Lemah sangat ke sampai hati lebih bermaharajalela sedemikian? Binatang tahu untuk jaga anak mereka. Kasih sayang yang ditumpahkan tidak mampu terkalahkan. Kau sendiri sedar perkara tu. Tapi untuk hari ini, bukan itu untuk aku kupaskan. Banyak cerita yang terpendam, namun satu yang ingin aku lepaskan. Kisah hati yang tak semestinya sekuat hati-hati yang ada di dunia, namun hati yang mampu aku tinta di setiap bait-bait kata.

Pernah alami rasa yang kau sentiasa menjadi pilihan terakhir? Aku selalu rasa. Kalau nak diceritakan, memang tak termampu untuk diluahkan. Pedih. Sakit. Perkataan sedemikian, sentiasa tersemat dalam hati ini. Dia punya sakit dan pedih, Tuhan dan diri sendiri yang tahu. Kau mungkin tak rasa, sebab kau sentiasa yang pertama. Orang akan pilih kau dulu, orang takkan lupakan kau. Kau sentiasa menjadi orang pertama yang keluar dari minda mereka mereka itu.

Aku? Aku mungkin akan jadi orang yang bila mereka tiada pilihan. Selepas sehabis kudrat mereka memikir, barulah keluar dari minda mereka tentang aku. Itu pun dah mengambil masa yang lama. Kau pernah rasa macam tu? Kalau tak pernah rasa, mungkin lepas ayat-ayat yang kau baca ni, dapat buka minda kau perkara sedemikian.

Aku bukan nak membebel sebab aku sentiasa jadi yang terakhir, tapi aku nak bagitahu, sakitnya tu, jadikan kau seorang yang begitu kuat. What doesn't kill you make you stronger. Itu yang aku sematkan dalam diri untuk sentiasa sedar dan kuat hadapi hidup ini.

My old friends,

Kenapa nak rasa diri tu lemah sebab orang lain? Kenapa melemahkan diri sebab orang lain? Hidup memang sentiasa complementary, tapi bukan untuk menyakiti. Hati kau tu dah kuat untuk diri sendiri, tapi kau melemahkannya sebab orang lain. Kau bagi hati kau, kau suruh hati kau untuk disimpan orang lain? Apa kau tak belajar dari pengalaman?

"Manusia ni, nak jaga barang sendiri pun susah, inikan pula nak jaga barang orang lain." - unknown, 2016.

Harta paling berharga engkau, hati tu, senang senang aje kau bagi macam tu? Mana harga diri kau? Takkan benda berharga yang kau ada tu diberikan kepada orang lain, dan kau hanya mampu melihat dirobek-robekkan, dipijak-pijak depan mata kau? Kau biarkan macam tu tanpa rasa nak selamatkan? Sebab apa? Sebab hati kau dijaga orang kesayangan. Orang kesayangan mampu jaga, walau dasar hakikatnya, mereka henyak hati kau macam tu. Kau lihat aje?

Hati tu Allah kurnia untuk kau jaga. Bukan diberikan kepada orang lain sedemikian rupa. Rasa diri sendiri tak mampu jaga hati sendiri bukan tiket untuk kau memberi hati kau kepada orang lain. Apa kau ingat kau hidup di dunia dongeng, hati kau dan hati dia mampu bersatu menjadi satu? Setia hidup selamanya? Kemon, you're better than that. Hati kau, hak engkau. Bukan hak orang lain.

Kalau hak orang lain, kau pergi jual hati kau, pergi mudah, pergi lazada, pergi zalora, mana mana yang mampu kau jual, dan lihat berapa ramai ingin beli. Nampak murah, kan? Begitu murah lah juga diri kita memberi hati kita kepada orang yang tak mampu menjaga.

Ingatlah sahabat,

Hidup ini banyak lagi benda nak dilakukan. Jaga hati engkau, berbalik kepada Allah. Bukan hati engkau, diberi kepada orang yang tak selayaknya. Jaga hati tu, untuk kau sentiasa sabar. Untuk kau sentiasa kuat. Jangan lemah kerana perempuan/lelaki. Jangan lemah kerana hati dah disakiti. Jangan salahkan orang lain sebab tak mampu jaga hati kau. Kau refleks diri sendiri, untuk sentiasa muhasabah diri.

Aku noktahkan tinta aku di sini, untuk orang orang di luar sana yang rasa hendak membuka mata, membuka hati. Jaga hati, kawan kawan. Aku sayang kau.

HatiWhere stories live. Discover now