Bab1

47 3 1
                                    

Ketika Edlin Ariana sedang syok melayan drama korea kesukaanya iaitu PINOCHIO di channel 708 waktu malam, telefonnya berdering.

"Hello."

"Hello, assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Edlin?" Jelas kedengaran suara garau di corong telefonnya.

"Waalaikumsalam. Edlin speak. Who's there?"

"Ahdomak, tak payahlah nak berspeaking bagai. Ni aku Arman."

"Ooo, pehal tetiba nak call aku memalam ni? Kacau daun je aku nak layan Lee Jong Suk aq." Edlin mula membuat suara gediknya lebih - lebih lagi bila bercakap tentang kpop ni. EXO, BTS, SNSD, APINK, cakap je group apa semua dia tahu. Bak kata orang 'pengetahuan di hujung jari' :p

"Ceyh, aku pun tengah layan my beloved Park Shin Hye ni. Dah lah lawa, melting pulak."--

"Mestilah lawa, kembar aku tu." Edlin mula tersengih - sengih sendiri.

"Huh, banyaklah kau kembar. Kau tu muka serupa dengan batang pokok depan rumah aku nie hah." Arman sudah ketawa sekuat - kuat tidak. Walaupun begitu ramai yang mengatakan Edlin memang serupa dengan Shin Hye. Hidungnya yang agak mancung, kulit yang putih bersih, pipi yang gebu akan tetapi matanya tidaklah sepet. Mata hazelnya yang besar makin menambahkan seri mukanya. Sekali pandang memang cair.

"Ish, dah lah. Apahal call aku memalam nie?" Edlin malas mahu melayan kerenah Arman yang memang tidak akan habis jika dilayannya.

"Hah, gara -gara layan kau, aku lupa nak cakap. Besok jam 8 set datang office, ade hal. Tak boleh lambat, Dato' Azul nak jumpa semua staf dia."

"Okok, no hal. Kalau ada apa - apa inform aq tau."

"Ok, bye. Aku nak call Emira sekejap. Assalamualaikum."

"Ok, bye. Waalaikumsalam." Akhirnya Amran memutuskan taliannya lalu Edlin mengambil bantalnya dan menyambung menonton drama korea.

***

"Hai Edlin." Arman datang ke meja makan Edlin dan Emira dengan membawa sepinggan nasi lemak unyuk breakfast.

"Eee, gediknya." Emira menunjukkan gaya geli geleman melihat Arman yang masih mencuba nasib pada Edlin walaupun sudah ditolak berkali - kali. Bukanlah kerana Edlin tidak ada hati dengan Arman. Arman ni sekali pandang macam Fattah Amin, sekali senyum boleh cair kalau iman tak kuat. Edlin hanya melihat kedua - dua rakannya itu yang bagai pinang dibelah dua walaupun sering bergaduh ketika bertemu.

"Apa kata korang kahwin jew. Sweet." Edlin yang baru tersedar dari lamunannya terus menekup mulutnya menggunakan tangan kerana dia terlepas cakap. Membuntang mata Amran dan Emira mendengar kata - kata Edlin. Edlin hanya tersengih setelah melihat mereka berdua memandangnya tajam.

PAP!!!!

"Aduh, sakitlah Mir. Taulah peha aku kecik, agak - agaklah kalau ye pun." Edlin mengusap pehanya yang dipukul olah Emira.

"Papejelah. Btw, aku dengar hari ni Dato' Azul ada bawa anaknya datang ke office. Jdi bos. Die lelaki baru belajar dari Seoul, Korea. Umur pun still muda, dalam 23 tahun." Dia terkejut melihat muka rakannya tiba - tiba bersinar semacam.

"Apa pasal korang ni?"

"Tak delah. Aku nak try usha lah anak Dato' tu. Mana tahu sangkut." Emira sudah melayan dunianya.

"Kau pun sama Erin?" Tanya Amran kepada Edlin setelah menggeleng melihat Emira.

P/s vote pless. Sambungan minggu dpn

I HATE YOU MR. KOREA!Where stories live. Discover now