Part ١

324 28 0
                                    


Kota Pompeii boleh dikisahkan seperti kisah si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya. Sejarah ini berlaku sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, kawasan ini terletak di sebelah tenggara kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Italia. Pompeii musnah oleh letusan gunung Vesuvius. Debu letusan gunung tersebut telah melenyapkan kota pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota tersebut hilang selama 1,600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja.

Sejak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan Kekaisaran Romawi. Ketika ini kota Pompeii ini merupakan salah satu dari Situs Warisan Dunia UNESCO kerana kisahnya yang berkisar bencana besar yang menimpa sebuah kota yang identik dengan kemaksiatan dan kemerosotan moral manusia.

Sepeti biasa para penduduknya bergerak sibuk sama seperti kota purba yang lain. Aktiviti jual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain. Sehinggalah secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap seperti tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini.

Kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui akan kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas mereka menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan tersebut. Bagaimanapun, pada 1631 gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampiran termasuklah kawasan penemuan artifak berkenaan.

76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah terkubur di bawah tanah di kawasan berkenaan dikorek. Ketika aktiviti menggali tersebut, misteri kehilangan kota Pompeii selama ini akhirnya terbongkar. Malah lebih mengejutkan adalah artifak yang dijumpai bukan sahaja berupa tembikar dan barangan purba tetapi dijumpai juga puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota tersebut secara tidak langsung turut menyimpan 'wajah' sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu. Allahuakhbar....

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat penzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nauzulillah.... Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius. Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Setiap bangunan yang dibina disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.Dapat dilihat dengan jelas raut wajah penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar lagi cerita sebenar mengenai kota Pompeii.

Sejarah : Kota PompeiiWhere stories live. Discover now