full part

239 8 1
                                    

Iman Rania termenung jauh memikirkan masa depannya yang dirasakan begitu gelap sekali.

Sesekali dia merenung cincin yang tersarung pada jari manisnya.Cincin pertunangan.Ya,cincin pertunangan dengan lelaki yang amat dia kenali.Jika diberi pilihan,dia lebih rela tidak berkahwin dengan lelaki itu.

Entahlah,apa akan jadi pada hidupnya pada masa akan datang.Dia sendiri tidak pasti.

"Aku nak kau terima pinangan keluarga aku.Kalau tak,siap kau !"Ugutan itulah yang membuatkan dia di sini.Menjadi tunangan Aqiel Faheem. Ya,Aqiel Faheem.Sungguh tidak tidak terduga dia akan bertemu kembali lelaki itu setelah 7 tahun berlalu.

"Ringkasnya majlis kau.Akad nikah je?"Ujar Fazlin.Iman hanya tersenyum sahaja.Katil pengantin dikemas elok . "Cukuplah tu,aku bukan artis pun nak buat besar-besaran.Ringkas-ringkas je sudah."Ujarnya lembut.

"Hmm,untunglah laki kau dapat isteri yang pandai berjimat-cermat.Eh,bakal hubby kau tu kerja apa?"Fazlin menyoal lagi.Antara ramai kawan-kawan Iman,Fazlinlah banyak cakap.

"Entah,bukan aku kenal sangat dengan dia pun."Balas Iman selamba.Berkerut dahi Fazlin mendengar.Hairan dengan sahabatnya seorang ini.Selalu sangat buat kejutan.

"Engkau ni kan,aku Tanya dia boleh jawab main-main pulak."

"Dia buka bisnes sendirilah dengan kawan dia,"Jawabnya.Fazlin sudah membesarkan matanya sambil tersenyum."Wah,nanti bolehlah kau tolong kenenkan aku dengan kawan dia,"ujar Fazlin dengan penuh teruja.

Iman tersenyum kelat.Bagaimana harus dijawab segala persoalan Fazlin.Seandainya wanita itu tahu siapa Aqiel.

******

IMAN memandang Aqiel yang baru sahaja duduk dihadapan Imam.Wajah putih bersih lelaki itu yang segak berbaju melayu putih gading.Tenang sahaja lelaki itu saat melafazkan ikrar janjinya.

Laju air mata Iman mengalir.Dengan sekali lafaz sahaja dia sudah sah menjadi seorang isteri.Wajah umi di sisi dipandang sayu.Tangan umi digenggam erat bagaikan tidak mahu dilepaskan.Ibu,ibu kepada Aqiel tersenyum memandangnya.Dia membalas senyuman itu.

Entah bila Aqiel berada dihadapannya.Gelang tangan diikat pada tangan kanannya.Selepas itu tangan lelaki itu dikucup perlahan.Pelbagai rasa dalam jiwanya.

Ya Allah,tabahkanlah hatiku.Bisik Iman dalam hatinya.

"Iman nanti ikut suami kena pandai jaga diri.Jaga pakai makan suami.Ingat pesan umi ni.Umi tak ada dekat sana nanti."Pesan umi.Bagai mahu menitis air mata Iman mendengar kata-kata pesanan daripada umi.Iqbal,Iqraam,Irfan memandangnya dengan pandangan yang nakal.Mereka sudah tidak boleh membuli adik mereka lagi.

"Adik ni nangis sebab nak tinggal umi ke sebab sedih tak dapat kena buli dengan abang ni,"usik Iqraam.Iman hanya tersenyum kelat.Air matanya dikesat. Pantas sahaja tangannya menumbuk perlahan perut abangnya itu.

"Aduh,ganasnya adik ni.Woi,Along kaulah ni yang ajar dia."Protes Iqraam.Iqbal dan Irfan hanya ketawa.

"Padan muka."Ejek Iman sambil tersenyum.Aqiel sudah memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta.Iman hanya memandang bagaikan tiada apa yang berlaku.Kemudian,Aqiel menghampiri mereka .Pinggang Iman diraih.Wanita itu terkaku seketika.Ya Allah.

"Umi,kami balik dululah.Nanti lewat pulak sampai rumah."Ujar Aqiel.

Umi dan abang-abang Iman menguntum senyuman.Senang melihat Aqiel yang melayan Iman dengan baik. "Hmm,baiklah.Jaga anak umi ni baik-baik.Dia seorang je puteri umi yang ada,"pesan umi.Aqiel tersenyum mendengar pesanan itu .

"Yelah umi.Jangan risaulah.Anak kesayangan umi akan saya jaga dengan baik."Kata Aqiel dengan yakin.Iman mengukirkan senyuman nipis.

"Jom,sayang.Nanti lewat pulak sampai.Lusa abang dah mula masuk office,"ujar Aqiel sambil memandang Iman.Wanita itu hanya menguntum senyuman.Apakah niat Aqiel yang sebenarnya?Tangan umi disalam.Sebuah kucupan singgah pada pipi Iman.Bagai mahu menitis air matanya saat umi melayangkan kucupan dipipinya. "Umi jaga diri ya?Nanti Iman akan selalu telefon umi."Katanya.Umi hanya mengangguk.Aqiel sudah merangkul pinggang Iman untuk bergerak sama.

INGIN KAMUWhere stories live. Discover now