(Adik)
Hanya kerna titik hitam ini
Aku dimamah dek dunia
Terus nyenyak tidur diulik mimpi
Bagaikan lupa bila-bila saja;gunung berapi mampu meletus sekelip mata(Dahlia)
Hanya kerna titik hitam ini
Aku seperti membuta tuli
Apa makna dosa pahala
Entah, seperti sengaja melupa
Walhal mati semakin menghampiri
Sudah diperingat acap kali(Lebah)
Titik-titik hitam makin melata
Hingga hati berkerak keras
Tatkala hidayah ingin mengetuk pintu
Sang hati menolaknya jatuh
Jauh ke dalam lubuk hitam
Tak berpenghujung(Fakhrul Adam)
Titik hitam semakim kelam semakin pitam
Hilang rasa dalam bicara
Hanya amarah diikat aksara
Ya Allah Ya Tuhan
Pada-Mu sahaja aku berserah kehidupan
Pada-Mu jua aku mengharap setetes ketenangan
YOU ARE READING
Sorak Suara
PoetryPuisi gabungan 4 insan, 4 latar belakang berbeza, 4 jiwa membuak meluah rasa. Kami (dahlia, lebah, adik, fakhrul) adalah skuad Rumah Penulisan Aforisme (RuPA) dari Fakulti Puisinis sedia melontar aksara. Mahukan yang lebih? Boleh follow RuPA di: Twi...