Mak Senah rindu akan anak tunggalnya, Tipah. Entah dah sampai ke belum Tipah tu ke Kolumpo. Mak Senah memuji kebodohan dirinya yang lupa hendak meminta nombor baru Tipah. Kalau tak, bolehlah dia call habiskan kredit dia. Makin lama, makin bosan Mak Senah rasakan sejak dah seminggu Tipah ke Kolumpo. Mak Senah cuba mengisi masa lapangnya dengan bercucuk tanam tetapi tiap kali dia berehat, dia akan merindui anak suntinya itu.
Warungnya berjalan seperti biasa. Cuma kini buka separuh hari saja memandangkan Tipah tiada untuk membantu. Mak Senah ada bercadang ingin mengupah pekerja tapi Mak Senah menangguhkannya. Dia masih menunggu sesiapa sahaja untuk datang menyewa bilik Tipah. Rumahnya tidaklah besar mana cuma berbilik dua dan mempunyai ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat dan laman depan yang sederhana besar.
Sedang mengelamun, tiba-tiba henfonnya berbunyi. Mak Senah gembira kerana menyangka itu adalah panggilan dari Tipah. Mak Senah menekan butang merah di henfonnya. Tu lah, maknanya Mak Senah mereject calling itu. Sekali lagi Mak Senah memuji kebodohannya. Mak Senah menunggu panggilan kedua kerana Mak Senah tiada kredit. Dia terlupa hendak membeli top up di kedai serbaneka Pak Rahim setiap kali dia ke sana. Mana tak nya, kalau ke sana, dalam kepala dah save nak beli top up tapi dibelinya jajan. Aduh, perangai keanak-anakan Mak Senah tu masih sebati lagi. Paling favorite, dia suka jajan choki-choki.
Henfonnya berbunyi lagi. Mak Senah menekan butang hijau dengan berhati-hati. Mungkin faktor jarinya dah mengembang.
"Assalamualaikum, siapa ya?" Mak Senah memulakan perbualan.
"Senah Ronggeng ke yang bercakap?"
"Ya, saya. Siapa tu?"
"Saya Ayu. Saya ada tengok ada bilik untuk disewa. Available lagi ke?"
"Haa ya, available lagi. Ayu dekat mana?"
"Saya dekat kawasan hampir je ni. Saya nampak iklan tu semalam. Saya nak sewa boleh?"
"Boleh je. Ayu datang rumah Mak Senah ya."
"Sekarang ke?"
"Ya, boleh juga kalau Ayu tak busy."
"Dalam 10 minit lagi saya sampai. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Mak Senah melompat kegirangan. Tak ada lah, tipu je. Mana lah larat orang tua tu.
Mak Senah mula mengemas sikit rumahnya. Dia memastikan bilik Tipah kelihatan rapi. Mak Senah menjerang air panas untuk dibuat air kemudian. Lalu, dia mencapai kualinya untuk membuat kudap-kudap untuk Ayu. Mak Senah memotong nipis keropok losong Terengganu yang dikirimnya dari Gayah Avon bulan lepas. Mak Senah selalunya menggoreng jika waktu dia menutup kedai dan minum petang bersama Tipah. Ya tuhan, rindunya pada puteri satu-satunya itu.
Cerek sudah menjerit nyaring minta ditutup apinya. Mak Senah menuang air panas ke dalam jag dan memasukkan dua uncang teh dan lima sudu besar susu pekat. Dia membancuh teh susu itu dengan penuh kasih sayang.
Sedang sibuk mengacau air didalam jag sehingga air itu marah kerana Mak Senah mengacaunya hingga berkocak permukaannya padahal tadi air tu kelihatan tenang saja. Itulah, air yang tenang, jangan disangka tiada Mak Senah datang mengacaunya. Begitulah perasaan air teh susu itu.
Keropok di dalam kuali kelihatannya memercikkan minyak. Keropok hampir masak. Mak Senah mencapai senduk kerana sudipnya tertinggal di warung dan menggaul rata keropok losong itu.
Kemudian, dicapainya penapis untuk menapis minyak dan meletakannya ke atas mangkuk Avon juga dibeli dari Gayah Avon setahun lepas. Aroma keropok itu mengkhayalkan Mak Senag. Barulah dia sedar yang dia tak mengisi perutnya dengan makanan lagi. Kasihan, terseksa zahir dan batin perutnya.
Sedang sibuk tak menang tangan nak menyusun cawan dan keropok di atas dulang, terdengar bunyi seseorang memberi salam di pintu hadapan. Mak Senah mengagak itu adalah Ayu. Maka, Mak Senah melangkahkan kakinya ke ruang tamu. Dia mencari kunci yang disimpannya di dalam laci meja kayu jati cengal di sebelah pintu dan membuka selak di pintu.
"Assalamualaikum, Mak Senah ya?" Tanya seorang gadis yang elok paras rupanya persis Diana Amir bertudung lawa cun melecun bergabung meletup.
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
DiversosTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...