"Cik Nisa, termenung jauh nampak? Ingat pakwe ke?" tanya Azizi. Salah seorang pekerja bawahan Hanisah.
"Eh, tak la. Ni, ada projek. Banyak sangat. Pening kepala fikir semuanya." balas Hanisah cuba berselindung. "Haaa... Mana makanan yang saya pesan tu?"tanya Hanisah cuba mengalih topik.
"Ada je. Ni ha. Eh, cik tak muak ke makan KFC je hari-hari? Saya yang tengok ni pulak yang naik jemu." balas Azizi sambil menghulurkan bungkusan KFC yang diminta Hanisah.
"Nak muak apa? Sedap je." terang Hanisah pula.
"Suka hati cik la. Ok la. Saya keluar dulu. Ada lagi kerja yang cik bagi tak siap lagi. Nanti, lambat pulak masuk gaji saya bulan ni." kata Azizi bersahaja sambil bergerak menuju keluar dari pejabat Hanisah.
"Aaa... Bagus. Bagus. Pergi la buat. I pun nak makan ni. Segan pulak rasanya ada pemerhati dekat situ." balas Hanisah sambil tersenyum. Pintu pejabatnya ditutup rapat memisahkan dirinya dengan pekerja-pekerja bawahannya yang bekerja diluar. Dia kembali ke dunianya.
"Azizi, I need your help here." panggil seorang rakan sekerja Azizi yang bernama Rozieah. Juga dipanggil sebagai Roz.
"Yes miss? Did something wrong happen?" tanya Azizi.
"Ni. I can't understand the function for this coding. Boleh tolong tak?" tanya Rozieah lagi. "Okay".
zeroONE: sory la. bukan I taknak.
puteriIT: so? kenapa? setiap kali I ajak jumpa, ada je alasan u.
zeroONE: err... tak boleh ke kalau kita tak jumpa? terus je macam ni.
puteriIT: dah 4 tahun kita sembang. Nak juga I kenal dengan siapa selama ni I chat.
zeroONE: Ala...
puteriIT: tak apa lah kalau macam tu. Assalamualaikum.
Hanisah menutup instant messagernya. Itulah Nurul Hanisah Bt Jamaluddin. Ketua kepada ISS (IT security system) department di sebuah syarikat komputer yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan, Kuala Lumpur, D-Zone Corp. Seorang lulusan UITM dalam bidang sistem komputer rangkaian. Menjadi manager di ISS pada umur 28 tahun. Kini, sudah setahun dia memegang jawatan tersebut.
TUUUUT......
TUUUUT......
"Yes, Roz?" jawab Hanisah mengangkat panggilan telefon di pejabatnya itu.
"Dato' Ariffuddin on the line. Should I connect to you?" tanya Rozieah.
"Yes." jawabnya. "Yes dato'. Ada apa boleh saya bantu?"
Tidak lama kemudian, Hanisah keluar dari pejabatnya. "Azizi, we need to go. Roz, if anyone wish to find me, tell them, I've meeting or something. Whatever la. Think it for me." terang Hanisah kepada setiausahanya itu. Rozieah hanya mengangguk faham tetapi dengan mimik muka yang menampakkan keinginannya untuk tahu ke mana mereka akan pergi. "Klien kita kena serang virus. So, I need to be there." terang Hanisah tanpa perlu disoal pembantunya itu.
"Dato Arif ke?" tanya Rozieah membuka mulut.
"Yes. Syarikat bawah dia." jawab Hanisah. "Mana pulak mamat sorang ni? Lambat betul. Mengalahkan perempuan mekap." rungut Hanisah. Tergelak Rozieah mendengar rungutan tersebut.
YOU ARE READING
EVOLUTION
General FictionHanisah, seorang Network Security yang mahir bersama ahli kumpulannya mula kebuntuan apabila terdapat serangan virus baru terhadap klient-klient mereka. Dengan teknik scripting yang pelik, Hanisah terpaksa mencari bantuan luar. Ketika Hanisah bereha...