Pandangan mata Aoko-sensei seakan ingin menelan Nami hidup-hidup. Dah la dia sibuk tahap cipan, boleh pulak anak murid dia buat hal. Memang nak kena la jawabnya.
Aoko-sensei menarik nafas sebelum hembus perlahan-lahan. Sabar!! Jangan melatah, nanti dia jugak yang susah.
"Dah kenapa dengan kamu wahai Cik Aizawa? Ada masalah ke?" Soal Aoko-sensei.
Nami terkulat-kulat ditempat duduknya. Semua mata memandang ke arahnya. Makin ligat otaknya mencari alasan.
"Err. Takde la sensei. Cuma, saya tak sangka cousin-cousin saya nak tranfer kat sini. Kan Hana kan?" Hanako yang sedang makan roti dalam diam hampir tercekik apabila Nami menyebut namanya. Automatik badannya menjadi tegak.
Terus Hanako mengangguk laju. Lalu tangannya mencapai botol air di hujung sudut meja dan diteguk rakus. Tercekik punya pasal. Huh! Lega. Dia menjeling ke arah Nami. 'Siap kau nanti.'
Aoko-sensei memandang Nami tajam. Seakan tak percaya dengan anak muridnya yang satu itu. Matanya dikecilkan lagi. Peluh renek jatuh dari dahi Nami. 'Tolong la jangan kantoi.'
"Yeee keeee?" Soal Aoko-sensei lagi. Siap dengan lerekan lagi. Seakan tak puas hati dengan jawapan tersebut.
Nami makin berdebar.
Dub dap..
Dup dap...
Dub dap...Adakah ini yang dinamakan cinta?
Cinta kepala hotak kau!! Aku tengah kalut ni. Jangan tambahkan aku punya kekalutan boleh tak?
"Okay la kalau macam tu. Saya percaya. Lagipun, makin mudah kerja saya nanti. Ha kamu semua. Nanti tolong kawan-kawan baru kamu ambil meja dan kerusi baru kat bilik stor. Maaf la ye, sensei dah lambat. Jaa~" terus cikgu muda tersebut pergi setelah dia berpuas hati dengan anggukan anak-anak muridnya.
Sasuke terus menjatuhkan kepalanya keatas meja sebaik sahaja bayang senseinya hilang. Malas nak ambil tahu pasal budak baru kelasnya. Dia pun baru aje masuk, nak ambil tahu hal orang lain? Memang tak la.
Nami melepaskan nafas yang berat. Tangannya digosok-gosokkan di dadanya. Tanda betul-betul lega.
Cuma, dia tak puas hati dengan kehadiran mereka berempat..
Wait! Kenapa empat? Mana lagi dua?
Sai yang tanpa perasaan hanya tersenyum. Nampak sangat tu senyuman palsu.
Nami menggamit mereka semua datang ke arahnya. Pelajar lain hanya buat tak tau. Bukan apa, cuma takut dengan title 'cousin Nami'.
Mereka berempat berjalan ke arah Nami. Hinata menyorok sedikit di belakang Sakura, seakan tahu yang Nami akan mengamuk.
"Sora. Aku keluar kejap. Nak tolong diorang angkat meja. Jom Hana." Tanpa menghiraukan Hanako yang masih lagi setia dengan rotinya, Nami terus menariknya keluar dari kelas. Bersama mereka berempat.
Tapi dia terus berhenti apabila kakinya hampir menjejak tangga untuk turun ke stor.
"Korang semua tunggu kat sini. Saya ada hal kejap. Tapi ingat! Jangan berangan nak lepas dari saya. Saya nak penerangan lengkap. Faham! Hana, aku bagi perintah dekat kau. Jaga mereka." Penuh ketegasan Nami memberi arahan.
Kemudian dia terus berlalu ke arah kelasnya semula.
Hanako pula setia dengan arahan Nami. Dia memandang mereka berempat dengan pandangan mata yang tajam. Tak ada masa nak memain. Diorang semua dah la feymes. Nanti kalau orang serbu macam mana?
Cuma, dia agak pelik dengan rakan sekelasnya. Kenapa mereka semua seakan tidak mengenali Naruto ek? Macam pelik pulak. Sora pun macam biul je tadi. Bukan ke dia sama naik ke dengan aku bila bercerita bab Naruto ni? Sekarang ape yang jadi? Aih! Pening sih!!

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
Hayran KurguDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...