MENGHITUNG DETIK CINTA 19

391 13 0
                                    

Maaf sangat-ii sebab lama menghilang.tolong jangan marah dan merajuk dengan saya. Mood dan idea tetiba hilang terbang melayang.

okelah,harap enjoy bab baru ni.

.............

Bab 19

Khalif merebahkan badannya diatas sofa.sudah tiga hari dia merajuk.Kadang-kadang dia tersenyum sendiri.Sepatutnya Mawar yang merajuk padanya,Dek kerana menyebunyikan status dirinya yang sebenar.Tetapi tidak tahu mengapa diri dia pula terlalu sensitif.Dalam masa tiga hari inilah Mawar
yang dikenalinya dahulu sudah tiada.Mawar yang kini sudah pandai mengodanya.Seperti hari ini,tidak pernah sepanjang berberapa bulan mereka berkahwin,Mawar memakai short pants ketika sedang memasak didapur.

Khalif hanya menelan air liur melihat Mawar menari dan menyanyi kecil sambil membasuh pingan mangkuk disingki.

...

Malam itu setelah Mawar selesai solat isyak,dia mendekati Khalif yang sibuk membelek majalah diatas katil.Satu ciuman singgah dipipi lelaki itu.

Khalif terpampan sebentar.Dia kemudian memandang tajam kearah Mawar.

"Abang marah Fiqa lagi ke?"

Khalif diam dan kembali memyelak majalah tersebut.

"Fiqa minta maaf..." Khalif masih lagi diam.

"Abang!please cakap sesuatu.kalau abang diam aje,masalah tak akan selesai.Sepatutnya Fiqa yang marah dan merajuk dengan abang tentang itu.tapi,tak mengapalah,Fiqa dah lupakan."

Khalif memandang lama kearah mata Mawar.

"Abang dah tak merajuk tentang tu.Abang cuma kecewa dengan sikap Fiqa.Benda sepenting itu Fiqa rahsiakan daripada pengetahuan abang.Abang rasa abang suami yang tak guna." Lemah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Khalif.

"Apa maksud abang.Fiqa tak faham.Selama kita kahwin,Fiqa tak pernah sembunyikan apa-apa dari abang."

"Kenapa Fiqa tolak tawaran belajar?abang rasa bersalah sangat,sebab abang paksa Fiqa berkahwin,Fiqa terpaksa lupakan impian Fiqa.Sepatutnya abang tak perlu tarik Fiqa dalam masalah abang.Abang betul-betul suami yang dayus."

Mawar mengenggam kemas tangan Khalif sebelum dicuimnya perlahan-lahan.Dia memandang wajah Khalif.

"Abang...keputusan yang Fiqa ambil langsung tak ada kena mengena dengan abang.Dulu Fiqa sengaja mohon sebabnya Fiqa masih menganggur dan tak terikat dengan apa-apa.Jadi daripada Fiqa buang masa,baik Fiqa sambung belajar."

Fiqa menelan air liur dan tersenyum memandang Khalif.Dia menyambung kembali perjelasannya.

"Tapi sekarang Fiqa ada abang.Fiqa nak tumpukan perhatian pada perkahwinan kita.Fiqa nak tengok abang sihat dan boleh kembali seperti waktu dulu."

Khalif memeluk isterinya.Dia terharu dengan pengorbanan isterinya.Tak salah dia membuat keputusan memilih Fiqa daripada mengikuti cadangan ibu saudaranya.

...

"Boleh tak Fiqa menari macam semalam?" Bisik Khalif pada Mawar yang sibuk menumis didapur.

Mawar mengadap Khalif yang masih tersengih.Dia tersenyum malu sebelum menjegil matanya pada Khalif.

"Tak nak!.."

"Alaaa..." Khalif menarik muncung panjang selepas permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Mawar.

"Abanggg...Fiqa tengah masak ni.Tadi abang kata lapar suruh cepat-cepat masak."

"Tapi semalam abang tak puas tengok Fiqa menari.please sayang!!"

"Semalam taktik ja nak pujuk abang.sekarang abang dah tak merajuk,jadi..persembahan tu dah tamat."

"Dah-dah!! Sekarang abang pergi rehat kat depan. selagi Fiqa tak panggil abang untuk makan,abang jangan masuk.hilang fokus Fiqa nak memasak." Mawar menolak perlahan tubuh suaminya keluar sehingga keluar dari dapur.

...

Mawar membuka mata selepas terbau aroma nasi goreng didalam biliknya.

"Good morning sayang!" Khalif tersenyum kearah Mawar sambil menatang sedulang makanan.

Mawar yang cuba bangun namun kembali rebah apabila kepalanya berdenyut kuat.

Khalif mendekatinya.
"Sayang baring dulu.nanti dah kurang sakit,sayang bangun."

Khalif kemudiannya menelekap tapak tanganya diatas dahi Mawar.

"Hmmm...panas makin kurang."

Mawar memandang wajah Khalif meminta jawapan.

"Demam?" Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Kenapa tak sihat tak cakap.Abang kejut Fiqa subuh tadi,Fiqa dah mengigil-gigil.meracau-racau panggil nama abang.Ni mesti ada buat silap dengan abang."

"Mana ada..Fiqa tak sedar langsung pun.Fiqa demam biasa aje.Abang janganlah risau."

"Dah-dah.Mari abang tolong Fiqa ke toilet.Abang dah siapkan nasi goreng dengan milo suam untuk Fiqa.lepas makan bolehlah Fiqa makan ubat yang abang sediakan."

Fiqa mengangguk perlahan sebelum Khalif membantunya turun dari katil.

...

Mawar menghulurkan segelas air suam dan plastik berisi ubat kepada suaminya.

"Fiqa,kenapa susah-susah ni.awak tu tak sihat.benda senang ni,abang boleh buat sendiri."

"Fiqa dah biasa.ingat abang,abang pun tak sihat.Sakit demam Fiqa ni esok-esok okaylah.abang tak perlu risau." Mawar terus melabuhkan punggungnya disisi Khalif.

Tiba-tiba dadanya berasa serbu.Mawar terus bangun dan berlari ke singki. Dia memuntahkan semua isi didalam perutnya.Tekaknya mula berasa perit.

"Kenapa ni?" Khalif mengosok belakang isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MENGHITUNG DETIK CINTAWhere stories live. Discover now