Nak buat kerja gila?

715 18 5
                                    

2 minggu yang aman, tenang dan tanpa budak-budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki dewasa. Semua medium komunikasi aku dan Arif telah aku sekat. Aku malas nak fikir. And I know myself. Aku takut hati yang keras ini kembali lembut untuk menerima Arif.

Tuhan itu maha mengetahui. Memang benar. Dahulu aku cuma tahu. Tapi kini aku menghayati. Kesibukan dunia yang sementara ini mengisi masa lapang ku. Project pemasangan pipe bertekanan tinggi mengisi ruang-ruang kosong dalam fikiran. Aku tak ada masa untuk fikir masalah remeh. Kerja begini memang melecehkan. Tambahan pula bila client adalah syarikat minyak dan gas yang tidak asing lagi. Tiada ruang untuk kesilapan atau kau akan dipanggang hidup-hidup sewaktu meeting mingguan dengan pihak atasan. Sebagai project engineer, kau harus jadi koordinator keseluruhan untuk sesuatu projek. Dari aspek keselamatan, dokumentasi, design, kelulusan pihak berkuasa dan aturan kerja haruslah selaras dengan kehendak client. Bekerja di dalam dunia engineering yang didominasi lelaki memang melelahkan tetapi lebih mudah. Dunia korporat yang didominasikan secara seimbang antara lelaki dan perempuan memang bukan untuk aku. Terlalu banyak drama dan masalah remeh yang membodohkan. 

Aku memangku helmet keselamatan diriba ku. Kacamata keselamatan diselit dipoket coverall yang bertindak seperti sauna. Material yang tebal dan lengan panjang. Basah lencun sampai ke seluar dalam kalau cuaca panas. Tenaga aku semakin kurang. Sebab itu aku disini. Di pondok kecil berwarna kuning. Dengan bangku tempat duduk dan ashtray yang diperbuat dari tong dram yang telah dipotong dua. Semua lelaki di sini. Semua mata tertumpu ke arahku disaat aku duduk dan menyalakan Dunhill Light Menthol. Asap nya aku tarik dalam-dalam. Biar memenuhi mulut dan paru-paru. Aku lihat kearah mata-mata yang memandangku. Kening dan dagu aku angkat tinggi sebagai tanda"Kenapa? Tak pernah tengok perempuan hisap rokok?". Masing-masing kembali menghadap HP. Menjadi zombie teknologi. Hmmmm ini yang aku menyampah kalau berkerja di site. Rata-rata kilang memang melarang merokok di dalam premis mereka. Harus keluar ke tempat khas. Kalau di pejabat lebih aman. Aku akan ke atas atap tanpa mata-mata judgemental memerhati. Aku tidak peduli pandangan orang yang tidak merokok. Tetapi aku lebih benci dengan pandangan orang merokok yang memandang serong hanya kerana aku perempuan.

Tabiat lama yang susah untuk dibuang. Jam masih pukul 1.45pm. Aku ada lagi 15 minit sebelum kembali masuk berkerja. Aku menyalakan lagi sebatang sambil scroll contact list. Siapa yang harus aku contact. Satu nama muncul di paparan skrin. Nama yang dah lama aku tak sebut. Semua nya kerana Arif. Arif telefon Dani menyuruh Dani supaya berambus dari hidup aku. Kes cemburu buta. Dani adalah bestfriend aku sejak sekolah. Dia dan Yuyu. Kami bertiga dan dia seorang sahaja lelaki. Daripada sekolah rendah sampailah ke sekolah berasrama. Kebetulan kami dapat di sekolah berasrama di kawasan yang berdekatan. Dani di SMKA Maahad Muar. Yuyu di SMS Muar dan aku di MRSM Muar. Outing bersama. Pulang ke Shah Alam juga bersama. Dani budak sekolah agama yang berotak 'luas' dan berpandangan jauh. Manusia yang paling tidak judgemental yang aku pernah jumpa. No more Arif, jadi aku mahu bershabat semula dengan Dani. Sepatutnya aku pilih Dani dahulu bukan Arif. Zaman universiti kami saling berjauhan. Yuyu di Australia. Aku di Shah Alam dan Dani di Johor. Yuyu? Aku masih contact Yuyu. On and off. Tidak serapat dahulu sejak aku bersama Arif.

Aku create group whatsapp untuk kami bertiga. Dengan telefon Samsung yang abah beri. Sony ericsson lama aku simpan semula di bawah katil. Abah aku memang gadget lover. Bila dia upgrade, HP lama dia yang tak berapa nak lama tu akan diturunkan kepada anak-anak. Nama group yang aku create " A Yu Ni". Hahaha. Lame. Ain, Yuyu dan Dani.

"Guys. Aku rindu korang semua. Jom kita kopi-kopi."

*typing*

Dani : " Aku tak nak kawan kau. Dah lama kau tak nak contact aku kan gila... Hahahaha"

Yuyu : "Jantan hang mana Ain? Tiba-tiba buat group ni. Ada Dani. Dia check HP hang satgi. NAYA!"

"Tak ada dah. Dah kena vote out. I am all yours :-)"

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now