Adib POV...
" semua sudah sedia?" Aku melihat kumpulan kecil yang kami forming beberapa minggu ini.
" semestinya! Poji bawak bunga api sebagai acara penutup. Dan...dalam tangan kau ada apa, Dib?" tanya Kodok. Curious lah tu. Aku sengih jahat.
" hair dye. But, bukan yang long-lasting punya. Paling lama pun, seminggu." Padi ketawa.
" kaler apa?" Padi ingin tahu. Aku mengangkat beg plastik hitam itu dan senyum jahat lagi.
" a colour that she hate the most..." senyap seketika, kemudian ketawa mereka pecah.
" Chiaa chiaa chiaa!!" Kami menari sakan. Aku menugaskan Sen-sen dan Lela untuk membawa Arza ke sekolah malam ini. Walaupun hari ini birthday Arza, aku meminta mereka buat2 lupa. Aku nampak wajah masam Arza apabila tiada seorang pun yang wish birthday dia. Memang kelakar gila!
" kau letak mana kek dia?" Aku bertanya pada Padi.
" padang sekolah." Aku angguk, berpuas hati. Kodok, Poji dengan MU sedang mengisi air puaka mereka di dalam belon. Amoi pula set bunga api yang dibawa oleh Poji. Keli pula sudah hilang dengan cat untuk disetkan di dalam kelas kami. Dan, segalanya bermula daripada kelas. Hehehe...chiaa! chiaa! chiaa!
Walkie talkie yang aku gunakan berbunyi. Kodok dan aku keluar beberapa hari untuk mencari 'menatang' ini. Puas jelajah satu bandar, sampai ke bandar sebelah, baru jumpa. Itu pun mahal gila! Sebuah walkie talkie ini pun dah cecah hampir 20 hinggit. Botak kepala.
" Road 3 dan 4, roger!" Aku menjawab panggilan itu, seolah2 pegawai polis. Cewah!
" Road 3 dan 4, kami sudah membawa suspek datang ke tempat yang di sediakan. Over!" balas Sen-sen.
" Road 3 dan 4, sila berhati2 kerana suspek berkemungkinan besar sangat merbahaya malam ini. Over!" Aku membalas pula.
" Road 3 dan 4, menerima arahan. Over and out!" panggilan mati begitu sahaja. Aku menarik nafas panjang sebelum hembus keluar. Siapa cakap aku tak gabra? Gila nak mengenakan Arza, The Great Queen of Prankster. Silap haribulan makan kaki, o_o!
=========
Pagi sebelum malam prank...
Arza POV...
Tap!Tap!Tap!x2
Serius aku tengah sakit hati sekarang ni. Semua buat tak tahu dengan aku. Birthday aku, mereka lansung tak wish! Damn! Feel lonely, duh...
Semua buat hal masing2. Adib jangan cakaplah. Semendang masam muka. Period ke, pakcik? Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan bersandar malas di dalam kelas yang kosong tanpa pelajar. Semua pergi bilik komputer, dan aku seorang je yang ponteng. Mana ada mood beb?!
" arghhh!!!!!!" Aku menggosok2 rambut aku sehingga serabai. Kalau pontianak nampak aku sekarang ni, pasti dia ingat aku kawan dia. Aku meletakkan kepala di atas meja dengan perasaan berbuku. Tak pergi sekolah hari ni pun tak pe! Baliklah! Aku bangun dan menarik beg sekolah yang tergantung pada belakang kerusi. Belum sempat kaki aku melangkah keluar, badan aku terdorong ke belakang apabila seseorang melanggar aku dengan kuat. Nasib tak tersungkur.
" buta ke?!!" aku menjerkah, bengang tanpa mempedulikan perasaan orang yang melanggar aku itu.
" hai, honey...miss me?" hidung aku berkerut apabila mendengar suara yang sangat menjengkelkan itu. Bila masa dia balik?
" kau nak apa lagi, Zaryl?" Aku mengangkat kepala memandang tuan empunya badan yang bersandar tegap di hadapan pintu sambil menyilang tangan ke dada. Dia tersenyum, manis. Senyuman yang biasa menyinari hari2 aku pada waktu dahulu, sebelum segalanya berubah sekelip mata.
" I want you back, Arza." Ohoo...so straight to the point, brader. Aku ketawa sinis. Aku berundur beberapa langkah ke belakang dan bersandar pada meja Sen-sen yang berdekatan pintu belakang itu.
" not that easy, Zaryl." Aku bermain2 dengan kuku yang aku rasakan cantik hari ini.
" but not impossible, right?" tanpa aku sedar, Zaryl sudah berada di hadapan aku, mengepung dengan kedua2 tangannya berada di sisi aku, di atas meja. Wajah kami hanya beberapa inci sahaja, sehinggakan bau mint pada nafasnya menyapa hidung aku. Kalau dahulu aku merasakan getaran hebat apabila kami berdekatan seperti ini, sekarang apa yang aku rasakan adalah marah. Tanpa sebarang amaran, aku menumbuk kuat perutnya tanpa mempedulikan kesannya. Zaryl terduduk ke lantai sambil memegang perutnya yang aku rasakan senak. Aku bangun daripada sandaran meja dan menarik kolar bajunya dengan kasar sehinggakan dua butang atasnya tercabut.
" kau dengar sini baik2, Zaryl anak Dato Murad. Sekali aku buang kau daripada hidup aku, sampai mati pun aku tak akan kutip balik. And remember what you said to me? 'Pelacur murah macam kau, aku boleh cari dekat pusat hiburan. Bersepah sana sini.' Dan, 'perempuan tak ada maruah macam kau ni, layak pergi mati.' Do you remember now?" Aku dapat merasakan racun yang keluar daripada kata2 aku mampu membunuh sesiapa, dan dalam masa yang sama membunuh perasaan lama yang masih berbaki untuk lelaki ini.
" I'm sorry..." that's it! Aku menarik tangan aku ke udara dan melepaskan tumbukan padu ke wajahnya. Dendam dan kebencian yang aku tanam selama beberapa tahun ini, aku lepaskan keluar pada Zaryl. Bagi aku, dia sudah mati. Bagi aku...hati aku sudah mati.
" sorry..." suara serak itu menghentikan tumbukan aku. Dengan perlahan, aku melepaskan kolar bajunya yang tanpa aku sedar aku koyakkan sehingga menampakkan parut lama yang aku berikan padanya, malam dimana kami putus. Zaryl is my first, but he will be my last. Hati aku terlalu keras untuk menerima lelaki lain.
" berambus!!" Aku menolak kasar tubuhnya dan berlalu keluar. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan kawan2 kelas aku yang baru habis kelas komputer. Aku berpatah balik ke dalam kelas berdekatan, dan melompat keluar daripada tingkap.
" damn..." dan tanpa aku sedar juga, air mata aku mengalir.
================
Kembali pada waktu malam...
Adib POV...
" oii, apa hal dengan Arza tu? Lain macam je mood dia malam ni?" Aku bertanya, apabila melihat wajah Sen-sen dan Lela tegang lain macam. Mereka bersembang, sesekali terdengar suara Lela menjerit marah kepada seseorang yang aku tidak pasti siapa. Sen-sen juga sama. Segala maki hamun terkeluar daripada mulut kecilnya. Perghh! Mulut macam ha*am.
Kelihatan Poji mendekati mereka berdua, dan dia ditengking pula. Berubah wajah Poji dan aku lihat dia menggenggam penumbuknya dengan kuat. Aku mendekati mereka. Arza pula senyap membatu dengan kain penutup mata di kepala.
" Poji?" Aku menepuk bahunya, tetapi ditepis kasar. Aku terkejut, Poji juga sama. Dia memandang aku, kemudian bahunya yang tegang itu, kendur semula.
" he's back..." Aku menyengetkan kepala. Hah?
" who's back? Aku kenal ke?" Aku memandang mereka berempat. Poji mengeluh berat.
" sorry, Dib. Malam ni punya event, batal. Aku akan minta semua berkemas dan berkumpul. Aku rasa kau patut tahu benda ni." kata Poji sambil keluarkan walkie talkie dan memberi arahan berkemas dan berkumpul. Aku berpaling memandang Arza yang duduk bersandar di atas kerusi sambil menyilang kaki.
" dia ni..." Aku menarik turun kain penutup mata itu ke bawah. Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
" asal, Dib?" tanya Poji. Aku angkat bahu dan menundingkan ibu jari ke belakang aku.
" minah tu membuta atas kerusi. Hebat betul!" Aku 'tsk'. Poji menggeleng sambil tertawa kecil.
********************
Assalamualaikum and good days, minna-san!!
Hmm...sudah lama tak update cerita. Haha, saya baru habis assignment last untk semester ni. Haisss, lenguh segala sendi dan pundi...Anyway, enjoy!! (w°w)
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Teen FictionSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...