Minta tunjuk ajar sifu-sifu,saya baru nak belajar.
Legasi Tok Pawang
Oleh:Balqis Jaz
A-09-01,Pangsapuri Angsana,Batu Cave.Saya perlu segera ke sana.Perjalanan selama 2 jam dari Lanchang,Pahang itu terasa amat jauh sekali.Saya menerima mesej melalui aplikasi 'whatsup' dari Fazila pun pada pukul 5 petang tadi,mengatakan anak keduanya,Ammar berkelakuan pelik selepas keluar dari hospital.Ammar adalah mangsa ketiga pada bulan ini.Sebelum ini,2 kanak-kanak dari pangsapuri itu mengalami perkara yang sama.
Setelah keluar dari pintu lif,kanak-kanak malang itu akan mengalami sesak nafas yang kronik sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dengan sekadar segera.Dalam masa beberapa hari setelah pulih,kanak-kanak itu akan dibenarkan pulang setelah taraf kesihatan mereka semakin stabil.Dalam perjalanan pulang,kanak-kanak itu akan berkelakar ganjil sebaik naik dan keluar dari lift tersebut sebelum belum sempat lagi menjejakkan kaki ke rumah.Selang 2 hingga 3 hari sahaja berada di rumah,kanak-kanak itu mula diserang demam kuat yang akhirnya menemui ajal.
Menyedari kes Ammar pun sama,Fazila nekad untuk membenamkan keegoan dan sikap cemburu suaminya Encik Zarul untuk mengundang saya datang membantu sekadar daya usaha terakhir.Fazila tidak mahu Ammar menerima nasib yang sama seperti 2 kanak-kanak itu.Ibu mana yang tidak sayangkan anak.Fazila tidak sanggup kehilangan Ammar biarpun keputusan itu menggongcang kemarahan yang tidak terhitung dari suaminya.
"Tak ada bomoh lain ke yang awak nak panggil selain jantan keparat tu",tengking Encik Zarul memercik liur ke pipi gebu Fazila.Tubuh Fazila menggigil manahan amarah.Jika Zarul boleh marah sedemikian rupa,mengapa tidak dia.
"bang,kita ikhtiar,Bang.Lupakan saja kisah lama tu",walaupun dalam keadaan marah,Fazila masih mampu menahan gelodaknya.
"Kau ingat senang-senang aku boleh lupakan dia!".
"Bang,saya isteri abang sekarang.Jangan diungkit lagi peristiwa lalu".
"Memang kau bini aku,tapi aku tak boleh terima jika 'Si Kasanova' itu menolong kita.Cuba awak fikir,boleh ke dia pulihkan anak kita.Muka pun muka pecah rumah".
"Astarfirullahalziimm...Bawak mengucap Bang.Dia dah banyak berubah sekarang bukan seperti dulu".
"Samaada dia dah berubah atau tidak,aku tak peduli.Kalau dia tak berjaya pulihkan Ammar...Aku ceraikan kau".puii...Bersepai air liur Encik Zarul meludah muka Fazila.Air mata yang deras mengalir bak Sungai Semantan itu,sedikit sebanyak dapat membasuhi air ludah suaminya di pipi Fazila.
Bila terkenangkan kembali adegan dia bertegang urat dengan suaminya semalam,Fazila tidak henti-henti menangis.Air mata adalah sahabatnya yang baharu.Sudahlah anaknya tidak sihat,suaminya pula dirasuk Ifrit.Malang apakah nasib Fazila?Malang apakah nasib kanak-kanak pangsapuri ini?Oh! Tuhan...Fazila hanya mampu menadah tangan memohon kepada Allah agar babak episod rumahtangganya berkesudahan dengan baik tanpa skrip dan penerbitnya,hanya pada dia saja Fazila berserah.
Saya tiba di Pangsapuri Angsana hampir pada pukul 9 malam.Saya singgah sebentar tadi di 'RnR Gombak' untuk mengisi perut dan solat maghrib.Saya tidak mengharapkan tuan rumah menjamu saya.Saya hanya ingin melihat keadaan Ammar,Ya,Ammar yang comel seperti saya lihat di 'wall facebook' Fazila.Sama comel seperti ibunya.Ah!Jangan harap perasaan itu wujud lagi.Yang dah berlalu biarkan ia berlalu.Saya tidak mahu punyai perasaan itu lagi.
Saya menekan lif untuk naik ke aras 1.Walaupun hanya aras 1,saya tetap ingin menggunakan lif juga.Kerana menurut Fazila,Ammar mula sesak nafas dan pengsan setelah keluar dari pintu lif tersebut.Apabila pintu lif itu terbuka,saya cuba memakrifat diri.Seperti yang pernah Arwah Pawang Mat pesan kepada saya di suatu waktu ketika dahulu...Ada bayangan yang kurang jelas terbias melewati lif itu,namun saya sendiri pun tidak pasti dajal apakah ia.
Sekejap sahaja dah sampai di aras 1.Saya perlu pula cari pintu bernombor A-09.Rupanya tidak berapa jauh dari pintu lif tadi.Selepas dua kali memberi salam,barulah daun pintunya terbuka separuh.Saya disambut dengan wajah cuka Encik Zarul.Dari separuh daun pintu yang terkuak itu,jelas saya nampak mata Fazila bengkak seperti baru lepas menangis.Saya hanya mampu memberi sedikit sedekah senyuman kepada mereka,kerana saya dapat mengagak apakah yang telah berlaku kepada mereka jika mengaitkan nama saya.
"Masuk lah Sas",Fazila mempelawa saya dari dalam biarpun Encik Zarul masih berdiri di muka pintu menghalang ruang untuk masuk ke dalam.
Setelah Encik Zarul memberi laluan barulah saya dapat masuk.Saya tidak terus duduk,sebaliknya saya lantas mendekati Ammar yang sedang berkata-kata kepada dinding di hadapannya.
"Mana makanan aku?",kata Ammar kepada dinding dan perkataan itu berulang lagi.
"Maafkan saya.Saya harap Encik Zarul dapat memaafkan segala kesalahan saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Lupakanlah yang sudah-sudah,Saya dah insaf sekarang",saya alihkan pandangan saya ke arah Encik Zarul.
"Kalau kau hebat sangat,pulihkan anak aku tu.Jika tidak,baik kau berambus saja.Menyemak saja di sini!".
"Sakit datangnya dari Allah,Dan Allah juga yang menyediakan penawarnya.Kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa sahaja",walaupun Encik Zarul mengherdik saya,namun saya tetap menahan sabar.Memang patut dia marahkan saya pasal perkara itu.
"Fazila,ada simpan kacang tanah tak,di dapur?",Fazila menganguk dan bergesa ke dapur untuk mengambil kacang tanah yang berbaki dalam balang simpananya.Dia hulurkan kepada saya.Saya ambil kira-kira dalam 10 ulas dan saya unjukkan kembali padanya.
"Tolong rebus dalam 15 minit,selepas airnya menggelegak,tos kan airnya dan berikan kepada saya semula ya".pinta saya kepada Fazila dan dia menurutinya.Encik Zarul duduk di sofa sambil memerhatikan sahaja gelagat kami berdua.Wajah cukanya masih tetap sama.
Lebih kurang dalam 15 minit,Fazila muncul kembali dengan membawa kacang tanah yang telah direbus tadi.Saya minta sehelai kain cuking bertujuan untuk mengering dan membungkus kacang itu.
"Boleh tak Encik Zarul dukung dan bawa kami ke depan pintu lif tu,tak",pinta saya dan Encik Zarul menuruti.Alhamdulilah,walaupun dia amat bencikan saya,tapi demi seorang anak,dia ketepikan juga perasaan itu.
Perkataan yang diulang-ulang Ammar itu terus bergema malah lebih kuat lagi apabila tiba di hadapan pintu lif.
"Adakah budak 2 orang yang meninggal tempoh hari menyebut perkataan yang sama?",soal saya yang hanya mendapat jawapan anggukan kepala yang longlai dari Encik Zarul.
Kring..Lif berbunyi.Rupanya pintu lif yang disebelah,yang terbuka.Ada sekeluarga 4 beranak yang keluar tapi saya tidak terarah kepadanya kerana fokus kepada masalah yang sedang saya hadapi ini.Sudah pasti mereka juga penghuni pangsapuri ini juga.Fikir saya sendirian.
Belum sempat saya membaca Surah Al Fatihah,bahu saya ditepuk dari arah belakang.Sya berpaling untuk melihat siapa gerangan,tapi..
"Assalammualaikum,Pawang Sas".
"Waalaikumussalam",ringkas dari saya,tapi memang itulah wajib dijawab.
"Kau kenal dia ke,Samad?",soal Encik Zarul kepada orang yang bergelar Encik Samad itu.
"Apa tak kenalnya,Pawang Sas inilah yang mengubat adik ipar saya yang terkena sihir tahun lepas di Rawang",jelas Samad kepada Encik Zarul bersungguh.
"Panggil saya Sas jer,Samad.Saya bukannya tok pawang,deme je yang menggelor gitu",saya cuba merendah diri dan saya juga tidak berapa selesa dengan gelaran itu.
"Memandangkan ramai berada di sini,saya nak minta bantuan.Encik Zarul tolong berdiri dalam lif dan pastikan pintu lif sentiasa terbuka.Samad dan yang lain tolong saya pegangkan Ammar.Jangan sampai terlepas andai dia meronta",saya arahkan mereka berada diposisi yang telah ditetapkan.Saya minta Ammar dibaringkan di hadapan pintu lif yang sedang terbuka setentang dengan Encik Zarul.Saya mulakan kembali dengan Surah Al Fatihah sebagai kunci pembuka kata.
Perlahan-lahan saya mengambil lada hitam dari bekas jabir yang saya bawa.Bersama lada hitam itu saya urutkan tapak kaki Ammar sambil membaca surah-surah dari 3 Qul.
"Aduh!Panas...Jangan kacau aku..Aku cuma mahu makanan aku saja",jerit Ammar.
"Makanan apa?",soal saya kepada Ammar yang sedang menggelupur seperti cacing kepanasan itu.
Ammar tidak menjawab.Lalu saya bacakan Surah Al Jin ayat 1 hingga 5 ditelapak tangan.Saya lurutkan tapak tangan saya dari ubun-ubun hingga membawa ke hujung ibu jari kaki kiri Ammar.Rontaan dari Ammar kian longgar.Tidak sekudrat tadi.
"Lepaskan Ammar",dengan tenang saya mencuit lengan Samad.Keadaan Ammar ketika itu cukup melegakan hati saya dan mungkin lebih-lebih lagi ibunya.Saya bangun dan berdiri di hadapan pintu lif.Saya buka kembali bungkusan kacang rebus tadi.Saya pandang ke pintu lif yang ternganga.Hanya Encik Zarul sahaja yang tercegat di situ menekan butang.
"Aku berjanji pada kau,andainya kacang ini hidup subur selepas aku tanam,maka inilah makanan kau sehingga Israfil meniup Sangkakalanya.Dan aku mahu kau menjaga pokok kacang ini nanti sehingga ia mengeluarkan hasil.Oleh itu,kau tidak akan berada di sini lagi.Allah Hu Akbar...!",cepat-cepat saya tutup kembali bungkusan kacang itu dan saya simpan dalam jabir.
Semua yang berada di situ masih tercengang melihat saya.Saya cuba berselamba seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
"Alhamdulilah,dah selesai,bawalah Ammar masuk",kata saya pada Encik Zarul.Ammar segera didukung oleh Encik Zarul sambil dibuntuti Fazila.
Memandangkan saya masih terkebil-kebil di situ,Samad mempelawa saya bertandang ke rumahnya dahulu berehat.Saya dihadiahkan oleh isteri Samad secawan teh yang agak tawar tapi cukuplah sekadar hanya dapat membasahkan tekak.Bermacam-macam topik yang kami bualkan terutama kegemaran Samad iaitu perihal politik semasa yang sememangnya saya tidak berminat tapi saya layankan juga.Sehinggalah soalan klimak yang ditanya Samad itu membuatkan saya terkedu.Apakah pertelingkahan peribadi antara saya dengn Encik Zarul sehinggakan Encik Zarul sampai menyimpan api kebencian terhadap saya?Jawapannya amat panjang untuk dihuraikan dalam ruangan yang terhad ini.
19 tahun yang lalu,ketika saya berusia remaja,saya memang tergila-gilakan Fazila.Fazila memang gadis yang amat cantik pernah saya ketemui di atas muka bumi ini.Saya tidak dapat menahan rasa kecewa setelah Fazila menolak lamaran saya atas alasan sudah pun bertunang dengan Encik Zarul terlebih dahulu.Tidak rela berputih mata,saya mengnakan Ilmu Pengasih Tuju Darah yang saya pelajari dari Pawang Mat.Fazila merangkak mencari saya dan mengajak saya dengan segera,Manakala pertunangannya dengan Encik Zarul diputuskan menjelang 3 hari perkahwinan yang telah ditetapkan.Perbuatan saya itu dapat dihidu Pawang Mat setelah Encik Zarul datang ke rumah mengamuk membawa sebilah parang untuk membunuh saya.Mujurlah Pawang Mat campur tangan memujuk Encik Zarul agar bertenag,jika tidak,sudah pasti ajal saya berada dihujung parangnya.Pawang Mat memulihkan Fazila kembali seperti sediakala dan mereka berkahwin pada tarikh yang telah mereka rancangkan sebelum ini.Walaupum Encik Zarul berjaya memiliki Fazila,dendamnya terhadap saya tidak juga terhapus.Dulu saya memang lelaki kasanova.Pantang saja yang lalu de depan mata berdahi licin,mulalah saya memikat dan memperaktis apa yang saya pelajari dari Pawang Mat.Seorang cikgu yang cantik semasa saya bersekolah menengah dulu pun terjerat dengan ilmu pengasih saya sehingga membawa pertemuan di Hotel Genting Highland.Mujurlah pantang Ilmu Pengasih Tuju Darah ini melarang menodai wanita yang digoda itu sebelum menikah,jika tidak,sudah pasti ramai gadis-gadis yang saya telah rosakkan.Kini,setelah ketiadaan Pawang Mat,ibarat layang-layang terputus talinya,saya mulai insaf dan sedar.Jika saya tersilap langkah lagi,tiada yang akan mempertahankan saya lagi.Saya manfaatkan sepenuhnya apa yang saya pelajari dari Pawang Mat untuk membantu orang.
Dulu tapak pangsapuri ini memang keras.Ramai pekerja binaan terbunuh ketika proses menyiapkan lif kerana di situlah tempatnya penunggu itu berumahtangga.Memandangkan projek pangsapuri ini perlu disegerakan,melalui khidmat seorang bomoh dari Indonesia,pihak pengurusan bersetuju memenuhi syarat penunggu itu yakni,setiap 1 tahun berselang,bumbung lif itu perlu disemah dengan darah 3 ekor kambing.Tetapi,pada tahun ini pihak pengurusan pangsapuri ini sudah pun bertukar tangan,upacara itu tidak lagi diadakan.Penunggu itu marah,ia mahu menjadikan 3 orang kanak-kanak dari pangsapuri ini sebagai galang gantinya.
Sedang Samad terbuai dengan kisah penunggu pangsapuri dari saya,secara melulu pula Encik Zarul muncul lantas memeluk saya.Dia berkali-kali mengucap penghargaan terima kasih di atas bantuan saya itu.Saya bersyukur kerana ikatan ukhwah antara saya dan dia bakal terjalin erat selepas ini.Saya meminta izin dari Samad dan Encik Zarul untuk segera pulang le Pahang kerana hendak menguruskan hal kacang tanah bersama penunggunya itu.Secara spontan Encik Zarul mengeluarkan beberapa helaian wang kertas kepada saya namun saya tolak pemberiannya.Cukuplah sekadar segala kesalahan saya telah pun dimaafkan Encik Zarul.Walaubagaimanapun,saya meminta hanya 25 sen sahaja dari Encik Zarul seperti mana lazimnya ketika Pawang Mat mengubat orang dulu.Jumlah itu sahaja yang dimintanya dan tidak pula lebih.Kini,saya juga mahu begitu.Seperti Pawang Mat.Maka,saya akan meneruskan legasinya.TAMAT
YOU ARE READING
Legasi Tok Pawang
HorrorMinta tunjuk ajar sifu-sifu,saya baru nak belajar. Legasi Tok Pawang Oleh:Balqis Jaz A-09-01,Pangsapuri Angsana,Batu Cave.Saya perlu segera ke sana.Perjalanan selama 2 jam dari Lanchang,Pahang itu terasa amat...