........................................
Hai, nama aku Fitri Ahmad. Tapi hampa semua boleh panggil aku Fitri ja. Aku ni baru first time buat penampilan dalam cerita ni.. Macam mana aku terpilih pun tak tau la. Mungkin sebab life aku macam cerita omputih tu kot.. Alaa,, cerita cinderella tu.. Cerita tu sama ja dengan life aku, yang bezanya aku ni lelaki dan nama aku bukan Cindy dan bukan Ella.. Hat lain lebih kurang sama.. Tu yang buat penulis ni pilih aku kot. Haha.. Banyak cakap pulak aku ni.. Let the story begin..
Hari ni first day aku masuk Sekolah Persendirian Mawar untuk Form 4 dan Form 5. So, tak dak lagi story yang macam cinderella tu.. Lain kali aku cerita kat hampa nahh. Ok, back to the point. Sekolah ni jenis sekolah elit untuk orang yang ada mak bapak kaya ja. Aku dapat masuk pun sebab result aku cemerlang.. Bak kata omputih, flying colour.. Aku dapat scholarships penuh sampai aku graduate.. Kiranya setahun ja aku kat sekolah ni,, aku kan dah Form 5.. Senior dah weyhh.. hahaah..
Bila aku masuk ja gate sekolah tu, semua orang pakat tengok aku. Yalah, jarang orang yang average lagi kiut miut macam aku ni (hehehe,,perasan sat) dapat masuk sekolah yang hebat macam tu. Dah macam rusa masuk kampung jugak la aku time tu.. Dengan tak tau nak ke arah mana, orang kat situ pun macam nak tak nak ja tegur aku.. Dengan muka blurnya aku tegur sorang mamat ni, muka nampak macam baik tapi mana kita nak tau kan perangai dia macam mana.. Kenal pun tak..
"Assalamualaikum, brader.. Tumpang tanya boleh? Pejabat kat mana eh?" Aku bertanya dengan penuh santunnya.. Tapi mamat tu hanya menoleh sekilas ke arah aku selepas tu dia baca buku.. Amboi,, berlagaknyaa.. Aku tanya ja kot.
Haihlah nasib badan.. Nasib ada seorang cikgu selamatkan aku.."Kamu ni Fitri Ahmad kan? Budak scholars tu."
Aku hanya mengangguk kepala sebab aku speechless.. Eh eh,, ada orang cakap dengan aku la. Siap tahu nama penuh aku pulak tu.. Mimpi di siang hari ka aku ni? Tangan kanan aku naik ke pipi lalu mencubit kuat..
"Adoi!!" Sakitnya,, tak mimpi rupanya aku ni.. Tangan kanan aku sekalI lagi menjalankan tugasnya sebagai tangan dengan mengosok-gosok pipi aku perlahan.
"Eh, kamu ni dah kenapa? Dah la jom ikut saya ke kelas baru awak. Nama saya Cikgu Melati, saya guru kelas awak. Saya mengajar subjek matematik.. Kalau awak ada masalah apa-apa boleh rujuk saya ya."
"Baik, cikgu." Oh,, cikgu rupanya.. Ingat sapa la yang tegur aku tadi. Aku hanya mengangguk perlahan tanda patuh dan mengikut cikgu itu ke sebuah kelas yang berada di blok hujung sekali. Eh,, cikgu ni kata nak pergi kelas. Ni kenapa yang bawa aku pergi office ni? Tertanya jugak la aku.. Rupa-rupanya memang semua kelas kat sekolah ni macam office.. Kaya sungguh budak-budak sekolah ni.. Kelas tu serious nampak macam office sebab kelas tu tertutup dan ada AIRCOND.. Weyhh,, AIRCOND kot.. Kat sekolah lama aku kalau nak jumpa aircond cuma dekat office, bilik guru dengan bilik komputer ja. Mana ada kelas yang ada aircond macam nihh.. Memang betul la ni sekolah orang kaya..
"Selamat pagi, kelas. Hari ni kamu semua akan dapat kawan baru. Fitri,, masuk dan perkenalkan diri kamu kepada kelas."
Bila dapat ja signal daripada cikgu Melati,, aku pun masuk dalam kelas yang mewah tu..
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua,, nama saya Fitri Ahmad bin Kamil.. Kamu semua boleh panggil saya Fitri.. Hmm,, harap kita semua boleh jadi kawan la lepas ni.."
Aku perkenalkan diri aku dengan confident lagi sopan.. Rasanya ok kot nohh.. Bahasa utara aku pun tak ketara sangat. Harap sangat diorang semua nak berkawan dengan aku yang tak seberapa ni..
Bila aku scan semua muka bakal classmates aku,, tiba-tiba pandangan aku terhenti dekat sorang perempuan nih.. Dia nampak cantik sangat,, like seriously,, macam QUEEN.. Aku rasa nak tercrush ja kat dia tapi aku perbetul balik niat aku yang hanya nak belajar ja dekat sekolah elit ni.. Terus aku tak jadi nak minat dia.
"Fitri, kamu boleh duduk di kerusi kosong sebelah Rayyan tu.. Rayyan, angkat tangan kamu."
Aku pun berjalan ke arah budak lelaki yang cikgu Melati panggil Rayyan tu.. Rayyan ni nampak macam budak baik ja.. Harap dia nak berkawan dengan aku..
Dan yang paling penting aku harap aku dapat survive first day aku kat sekolah ni..
........................................
Ok, dah settle part 1 cerita ni..
Pendek ja part 1 ni.. Maaf yaa.. Huhu..😁😁😌Sampai sini saja part 1 'Cinderella
P/s: Vote and Comment yaa...
Terima kasihh..😊😊See you next time..
NFA^^
YOU ARE READING
Cinderella Remake?
Teen FictionFitri Ahmad, atau lebih dikenali dengan nama Fitri. Orangnya baik hati, rajin, dan hormat orang tua. Sedikit perasan tapi dalam diam jelah.. Dia ni kira macam malu jugak la. Rupa pun ada tapi kena makeover sikit la. hehe.. Macam pompuan pulak.. Wa...