Isu malunya seorang wanita?

357 18 0
                                    

1) SIFAT malu adalah satu kewajipan bagi seorang beriman, lebih-lebih lagi wanita. Lagi tinggi sifat malu seseorang, lagi tinggilah darjatnya di sisi Allah. Lagi rendah sifat malu yang ada pada seseorang, lagi rendahlah darjatnya di sisi Allah.

2) wanita yang menghiasi diri dengan sifat malu ni, macamana? Maka saya boleh nyatakan beberapa nilaian ZAHIR agar sama-sama korang boleh muhasabah semula, adakah ia wujud dalam diri korang ?

a) seorang wanita yang ada sifat MALU itu takkan bercakap dengan lelaki bukan mahramnya melainkan perkara yang betul-betul mustahak sahaja, serta menjaga adab-adabnya.

b) seorang wanita itu akan malu untuk MENINGGIKAN SUARANYA atau melunakkan suaranya di hadapan lelaki. Hari ni, kat sekolah misalnya, dalam kelas, ada certain kelas yang perempuan lagi bising dari laki, gelak-gelak, gedik-gedik, dan bersembang sesama mereka dengan kuat, tanpa ada sedikitpun rasa malu. Apakah ini? Sama-samalah muhasabah.

c) seseorang wanita itu akan malu untuk BERCERITA tentang lelaki, samada artis korea/jepun/barat/melayu dan lain-lain, pelakon dan sama waktu dengannya, atau tentang kawan lakinya, crush , dan sama waktu dengannya. Perempuan solehah akan rasa MALU nak buat macam tu!

d) seseorang wanita akan JUAL MAHAL dan tak mudah terpikat dengan godaan cinta, tidak ada masa untuk fikir tentang cinta cinta ni, melainkan ketika betul-betul sudah bersedia untuk kahwin dan menggunakan jalan yang betul untuk berkahwin.

Nak kahwin ni , ada adab yang islam ajar. Sunnahnya adalah dengan menggunakan ORANG TENGAH. Seperti mana Khadijah ingin melamar baginda dengan menggunakan orang tengah iaitu Maisarah, seperti itu juga kita seeloknya kalau nak lamar seseorang, guna orang tengah! Itulah lambang MALU!

 Seperti mana Khadijah ingin melamar baginda dengan menggunakan orang tengah iaitu Maisarah, seperti itu juga kita seeloknya kalau nak lamar seseorang, guna orang tengah! Itulah lambang MALU!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

e) seorang wanita tu akan MALU untuk SELFIE dan menayangkan gambar-gambar samada berpudah atau tak di alam maya, kerana dia sedar akan berlaku pelbagai fitnah. Melainkan kalau dia dah pastikan bahawa tiada lelaki follow/friend, serta mereka privatekan gambar-gambar mereka untuk tontonan umum wanita sahaja. Better tak payah letak langsung. Ia lebih dekat dengan taqwa!

f) seorang wanita akan rasa malu untuk meminati artis-artis(obses), melihat drama-drama korea jepun hindustan, running man, cerita barat dan yang sama waktu dengannya, kerana dia SEDAR, perkara itu akan merosakkan hatinya.

•diterbit dari sebuah buku tarbiah sentap• untuk diri sendiri & orang lain•

Dakwah Gadis NiqabWhere stories live. Discover now