Rome yang Epik

391 13 2
                                    

6 jam yang paling lama dalam hidup aku. Aku dan Yuyu cuma lepak di kafe. Membeli sebotol air Arizona Ice Tea seorang satu untuk menagih password wifi. Wifi untuk pelanggan cafe di airport kami guna sebaiknya. Untuk hantar mesej kepada keluarga di rumah yang kami sudah selamat sampai di Amsterdam. Makanan yang berasaskan roti dan telur kami jadikan santapan untuk mengisi perut yang kosong. Masa lapang dipenuhi dengan mengumpat ex boyfriend masing-masing. Puas aku memujuk Yuyu untuk tunjukan aku gambar boyfriend baru yang menawan hati Yuyu. Gagal. Kedekut betul.

Solat di Amsterdam bukan masalah. Ada bilik untuk bermeditasi yang boleh digunakan sebagai ruang solat. Yang paling awesome sekali toilet di airport Amsterdam ada automated bidet. Buat kan kau tidak was-was untuk menanda kawasan. Botol mineral untuk cebok tidak diperlukan disini. Pancuran bidet yang nyaman hanya dengan tekanan jari ke butang WASH. Rasa bersih setelah beristinjak dengan penuh tidak keselesaan di dalam pesawat.

Tepat  6 jam, aku dan Yuyu terpacak didepan pintu perlepasan. Seperti anak kecil di depan pintu masuk Taman Tema Genting Highland. Tidak sabar menanti semua adventure yang menanti.

Bontot kematu. Setelah 12 jam ke Amsterdam, transit 6 jam, dan akhirnya aku sampai di persinggahan pertama. Kota Rome. Kota yang penuh sejarah. Sejarah ribuan tahun. Aku tiba tepat jam 11.00 pm. Aku tiba di Roma termini yang bertindak seperti KL Sentral Rome tepat 12.00am. Ledakan keghairahan masih tidak dapat aku rasakan hingga lah aku dan Yuyu menjejakan kaki keluar dari perut keretapi. Even the air is ancient!

Aku buka daypack yang sarungkan didepan. Mengeluarkan buku nota. Disitu aku sudah tulis semuanya. Tentatif dan cara mencari hotel dari setiap stesyen keretapi. Tulisan separa cakar ayam tapi masih mampu dibaca. Tidak seperti tulisan doktor klinik dirumah aku. Macam cacing kerawit.

"Yu. Aku tulis sini, kena keluar dari train station. Hotel kita betul-betul depan train station. Lintas satu jalan"

"Haaaaa...Sana pintu keluaq..."

Aku dan Yuyu keluar dari pintu utama. Dihadapan kami hanya lah sebuah jalan yang agak luas dan bas hop on hop off (HOHO) yang sudah tamat waktu operasi. Tersadai menanti pelanggan esok hari. Mustahil lintas jalan ni getus hatiku. Aku ikut kan gerak hati sendiri. Dan mencari jalan lain. Tepat sekali. Di pintu keluar dan masuk kali ini berhadapan dengan jalan dua lane. Terpampang nama hotel tempat persinggahan kami untuk malam ini dengan lampu neon berwarna kekuningan.

Bahu sudah mahu rebeh memikul 20kg beg yang dibebani sambal mak dan barang-barang lain lagi. Kami melintas jalan raya yang memisahkan kami dengan bantal dan tilam yang empuk. Jalan raya di Rome memang jauh berbeza dengan jalan raya di Malaysia. Jalan raya kita selalunya diperbuat dari tar atau interlocking brick yang berwarna maroon atau jingga. Jalan raya disini adalah susunan bata seperti bentu arc yang disusun dengan teliti. Bata yang nampak seperti sudah ratusan tahun kerana sudah berwarna coklat cair dan bertompok. Tiada lagi sisi yang tajam. Menampakan seperti batu ini seperti sudah puput dimakan usia. Dan juga tidak berapa rata.

Setibanya di reception, aku memberikan pasport yang diselit sekeping kertas kepada perkerja disitu. Booking confirmation untuk mendaftar. Dia berbicara dalam bahasa Italy. Aku yang bingung membalas katakatanya yang ku anggap soalan dengan soalan dalam bahasa Inggeris.

"Sorry I am not Italian" Aku dan Yuyu bangga sekejap. We look like Italian? Kebanyakan mereka mempunyai anak mata yang berwarna gelap. Rambut coklat yang lebat dan separa kerinting. Alis mata tajam yang bisa memanah hati jejaka Malaya.

"Reservation for one night and for double room?"

"Yes. Yes!" Aku lega dengan kata yang aku faham.

"Okay. Here are your keys. Payment are made via online. Enjoy your stay." jawab lelaki yang nampak seperti dalam lingkungan lewat 40an atau awal 50an.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now