Mudah !
Sungguh mudah
Memang mudah mengungkapkan sayang
Memang mudah menyairkan puisi rindu
Memang mudah memeterai kasih di hati
Mudah juga mengikat janji
Bersama sehidup sematiTetapi..
Tidak mudah menjaga hati
Tanpa keikhlasan cinta
Tanpa penjagaan hati yang rapiHati
Tercalar dan terluka
Tanpa sedar menjadi nanah
Tanpa sedar menjadi barah
Sehingga hilang rasa sayang dan cintaNamun
Hati ini jugalah
Yang memberi sinar baru
Kepada pengkhianat
Yang baru mengenal erti kehilangan sebenar ...